Rabu, 19 Julai 2017

Kenyataan Media Elaun Sara Hidup Pelajar IPG

ELAUN SARA HIDUP PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU




lnstitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) , Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa;


i) Bagi pelajar lnstitut Pendidikan Guru (lPG) Program Persediaan ljazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan baharu bulan Jun 2017, bayaran elaun sara hidup RM430.00 sebulan dan belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500.00 untuk sekali setahun akan terus dibayar sepanjang tempoh program PPISMP (1 tahun).


ii) Pelajar lPG sedia ada (ambilan sebelum bulan Jun 2017) akan terus menerima elaun seperti yang telah diselaraskan mulai 1 Januari 2017, iaitu pada kadar RM430.00 sebulan di samping belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500.00 untuk sekali dalam setahun sehingga tamat pengajian.


iii) Bagi pelajar baru ambilan bulan Jun 2017 yang menyambung pengajian ke peringkat Program ljazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP - tempoh pengajian empat tahun) tiada elaun diberikan mulai ambilan bulan Jun 2018. Namun begitu, yuran pengajian berjumlah RM27,831 .00 ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.


iv) IPGM telah berbincang dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenaraikan IPGM sebagai salah satu agensi penerima PTPTN bagi membolehkan pelajar lPG yang akan menyambung pengajian ke peringkat PISMP mulai bulan Jun 2018 menerima kemudahan pinjaman wang sara hidup.



15 Julai 2017
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
sumber: Web KPM