free
hit counter

Bagaimana Menjadi Pelajar Terbaik Dalam Sekolah

Saya rasa ingin nak berkongsi bersama anda tentang cara untuk menjadi pelajar terbaik dalam sekolah. Boleh kan?

Saya adalah pelajar yang terbaik dalam peperiksaan SPM dalam sekolah saya. Tapi orang kata “Bolehlah, kampung-kampung”.

Jadi, mungkin saya ada secebis pengalaman dan idea untuk menjadi pelajar cemerlang berbanding sekeping pengalaman yang orang lain miliki.

Kenapa kita harus simpan rahsianya yang mungkin baik untuk orang lain untuk diri sendiri kan? Lagipun saya sekarang ni sudah habiskan juga ke alam Universiti. Jadi, untuk adik-adik sekalian, mungkin apa yang saya pernah lalui sedikit sebanyak boleh adik jadikan pedoman.

pelajar baik
pelajar baik

Saya Seorang Pelajar Dari Kampung

Saya bukan dilahirkan di kawasan bandar, saya cuma seorang pelajar dari kampung yang bersekolah di sekolah harian biasa. Saya tak tinggal asrama dan saya juga tidak banyak mengikuti tuisyen macam apa yang selalu diimpikan boleh menjana kecemerlangan seorang pelajar.

Saya pun merupakan seorang pelajar yang biasa saja. Saya bukanlah seorang yang akan berdiri setiap masa dengan lantang menyuarakan pendapatnya.

Saya juga seorang pelajar yang berdarah gemuruh dan pemalu. Jadi, bila anda fikir orang yang terlebih aktif dan berani dalam kelas itu boleh lebih berjaya. Maka , anda pun boleh tidak kira macam mana pun personaliti anda.

Apa yang lagi penting adalah kemahuan. Sebab kemahuan itulah yang membimbingkan hati dan fikiran kita untuk mencari jalan merealisasikan keinginan kita tu. Seperti kata guru saya “kekuatan sebenar terletak pada hati”.

Pertama sekali, saya ada pegangan. Macam yang saya bagi tahu, saya juga merupakan seorang pelajar yang biasa juga dan jauh sekali dari genius.

Saya pun mempunyai keupayaan mengingat yang bukannya luar daripada biasa. Saya cuma percaya di mana jika orang lain boleh buat, semua orang pun boleh buat.

Dengan kepercayaan begini, saya perlukan ‘orang lain’ yang boleh buat. Siapa orang lain itu, anda kena cari. Mungkin Siti Nurhaliza. Mungkin Nabi Muhammad. Mungkin juga Gandhi. Anda boleh ikut dengan jejak mereka. Tapi, dalam masa yang sama perlulah anda bina peribadi sendiri.

Kemudian, saya suka buat latihan dan bertanya guru. Nak dibuat cerita, ada satu buku yang saya baca mengisahkan tentang dua orang pelajar yang bakal mengikuti peperiksaan besar.

Pelajar pertama sangat rajin, di mana-mana ada sahaja buku yang dibawanya untuk ditelaah. Bagi pelajar kedua pula adalah pelajar yang tidak pernah ke sekolah langsung, tapi bulan-bulan terakhir sebelum peperiksaan tersebut bermula, dia siapkan latihan daripada kertas peperiksaan dari tahun-tahun yang telah lepas.

Pada hari bermulanya peperiksaan yang dimaksudkan, pelajar pertama menjadi gelabah dan panik. Pelajar kedua pula sudah terbiasa dengan latihan yang seumpama kertas yang ada di depannya sekarang.

Keputusannya, pelajar kedua mendapat keputusan yang lebih cemerlang daripada pelajar pertama. Jadi, di sini. Pengajarannya ialah, bila dah terbiasa. Maka jadi biasa sahajalah menghadapi apa yang dah biasa tu.

Ketiga, saya suka bersaing secara sihat. saya ada sebuah buku nota kecil. Sesiapa sahaja yang mendapat markah tertinggi dalam sekolah (setiap subjek), namanya akan tercatit bersama markahnya di dalam buku nota saya.

Kalau tak segan, saya akan bertanya “Awak study camne ye?”. So, bila dah tahu. saya rasa lebih yakin untuk study. Sebab dah ada orang yang membuktikan cara study tu bagus. Bila dah yakin, ilmu tu insyaAllah berjalan lancar macam air dicurah ke dalam gelas.

Lepas tu, aktifkan diri dalam kokurikulum juga. Kenapa? Sebabnya, penglibatan seseorang dengan aktif dalam bidang kokurikulum secara tidak langsung akan membantu seseorang untuk meluaskan lagi skop pemikirannya dan mendapatkan pengalaman yang lebih banyak.

Pengetahuan tambah pengalaman sama juga dengan idea, insyaAllah. Kalau saya, berucap tu memang tak lah kan. Tapi bukan semua aktiviti perlukan kita untuk berucap setiap masa. em, bagaimana dengan kadet.

Saya pernah mengikuti Perkemahan perdana kebangsaan Kadet Remaja. Jadi, dengan title kebangsaan tu. Kita sudah boleh dapat markah kokum yang kira tinggi juga tau.

Hmm, dengan aktiviti ni, saya dapatlah juga jalan-jalan sikit kat negeri orang, tengok kebudayaan orang lain. Ini sedikit sebanyak telah membantu menambah pengetahuan saya.

Jangan risau kulit anda jadi gelap, saya masih comel walaupun pernah berkadet beberapa kali tau. Haha (ketuk-ketuk kepala).

Saya highlight 4 perkara yang di atas sahaja. Tapi apapun usaha kita, takkan sempurna kalau kita melupakan orang sekeliling kita untuk dihormati dan dihargai. Ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan ramai orang lagi. Terutamanya kepada Allah. Apa yang baik tentulah datang daripada-Nya. Dan kepada-Nya kita bersyukur.

Dengan perwatakan saya yang sangat skema ni. Kalaulah saya anjurkan GA, saya akan bagi buku motivasi dan alat tulis. haha, nak tak?

Baca juga:

Leave a Comment