Ahad, 20 Disember 2015

Sistem Pendidikan Terus Diperkasa



SEPANJANG tahun 2015, pelbagai penambahbaikan dilakukan membabitkan pendidikan pada peringkat sekolah, antaranya format Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan ditambah baik bermula tahun depan daripada lima menjadi enam.

Keputusan menjadi enam berikutan subjek Bahasa Inggeris (BI) dipecahkan kepada dua gred iaitu kertas pemahaman dan penulisan bertujuan memperkasakan subjek itu, serta meningkatkan penguasaannya dalam kalangan murid.

Turut diubah adalah subjek Sains yang dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Kertas 1 membabitkan soalan objektif dan Kertas 2 (subjektif), tetapi gred bagi ujian itu masih kekal satu.

Peperiksaan UPSR tahun depan juga akan menyaksikan pengurangan soalan objektif aneka pilihan, sebaliknya bilangan soalan objektif pelbagai bentuk akan ditingkatkan selain ditambah dengan soalan respons terhad iaitu soalan pendek, sejajar dengan usaha membudayakan unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Selain itu, penambahbaikan juga membabitkan kertas bagi subjek Bahasa Melayu (BM), BI, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil untuk ujian pemahaman, akan mempunyai soalan dalam bentuk subjektif berbanding hanya objektif ketika ini.

Berikutan pengasingan gred kertas BI itu, calon UPSR bagi Sekolah Kebangsaan (SK) akan mendapat enam gred berbanding lima sekarang, manakala calon Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil akan memperoleh lapan gred berbanding tujuh pada masa ini.

Ketika ini, calon UPSR untuk SK diberi lima gred berdasarkan subjek BM yang dipecahkan kepada pemahaman dan penulisan; BI; Matematik dan Sains manakala calon SJK Cina dan SJK Tamil pula diberi tujuh gred berdasarkan subjek BM (pemahaman dan penulisan); BI; Matematik; Sains serta dua lagi masing-masing membabitkan kertas Bahasa Cina dan Tamil (pemahaman dan penulisan).

Sekolah tutup ekoran jerebu Tahun ini, kejadian jerebu yang melanda negara pada Oktober lalu juga turut memberi kesan kepada institusi pendidikan negara apabila lebih 4,700 sekolah di sekitar Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Pahang, Sabah dan Sarawak, terpaksa ditutup sementara.

Tahun ini juga, Kementerian Pendidikan membuat keputusan untuk menangguhkan syarat wajib lulus mata pelajaran BI dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang sepatutnya berkuat kuasa mulai tahun depan. Penangguhan itu bertujuan memberi ruang dan peluang kepada guru, murid serta pihak berkaitan membuat persediaan lebih rapi.

Selain itu, Peperiksaan Pusat Amali Sains membabitkan mata pelajaran Fizik (Kod 4531), Kimia (Kod 4541), Biologi (Kod 4551) dan Sains Tambahan (Kod 4561) yang sepatutnya dilaksanakan dalam SPM mulai tahun depan juga ditangguhkan kerana kerajaan ingin memastikan kemudahan dan kelengkapan bilik makmal sains sekolah di seluruh negara mencapai piawaian ditetapkan sebelum peperiksaan itu dilaksanakan.

Malaysia juga mencipta sejarah dalam bidang pendidikan apabila berjaya menduduki kerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi penggal 2015-2019 selepas memperoleh undi tertinggi dalam kalangan negara Asia Pasifik. Pemilihan Malaysia yang diumum pada Mesyuarat Pleno Ke-12 Persidangan Agung UNESCO ke-38 yang berlangsung pada 11 November lalu, di Paris. Malaysia memperoleh 165 undi, diikuti Vietnam (156); Sri Lanka (149), Korea (137); Pakistan (135) dan Iran (128).

Bagi memperkasakan lagi bidang pendidikan, Kementerian Pendidikan menerima peruntukan RM41.3 bilion melalui Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 23 Oktober lalu sebagai bukti keprihatinan tinggi kerajaan kepada sektor pendidikan. Bajet itu bersifat menyeluruh dan merangkumi seluruh sektor dalam pendidikan seperti pembangunan, kurikulum, kokurikulum dan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET). Melalui peruntukan itu juga, Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan dua inisiatif bagi mengukuhkan usaha memperkasa penggunaan bahasa Inggeris diperkenalkan, membabitkan kos RM38.5 juta iaitu Program Imersif Tinggi (HIP) dan Program Dwibahasa (DLP). Pelaksanaan HIP di semua sekolah akan dilakukan secara berperingkat, manakala DLP dilaksanakan secara pilihan. Harum nama negara HIP adalah usaha berterusan Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam komuniti sekolah manakala DLP pula ialah program pengukuhan berbentuk pilihan yang ditawarkan untuk sekolah. Menerusi DLP, sekolah boleh memilih untuk menawarkan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Rekabentuk dan Teknologi (RBT) dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Tahun ini juga menyaksikan empat pelajar sekolah rendah tempatan mengharumkan nama negara pada Pertandingan Reka Cipta Inovatif Pelajar Antarabangsa di Hong Kong, selepas menggondol enam anugerah khas dan satu anugerah emas. Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ramakrishna, Georgetown, Pulau Pinang itu mempertaruhkan produk inovasi Noise Reducer, yang dibuat berasaskan sisa buangan pertanian bagi mengurangkan kebingitan bunyi pengisar menggunakan campuran tiga jenis sisa buangan pertanian iaitu sabut kelapa, hampas tebu dan tangkai jagung serta soda.

Difahamkan idea itu tercetus disebabkan bunyi pengisar kegunaan untuk memasak yang agak membingitkan telinga. Semua pelajar berkenaan mengambil masa kira-kira dua tahun bagi menyiapkan serta memastikan ciptaan itu berfungsi sepenuhnya.



sumber:
Berita Harian

Khamis, 26 November 2015

Cara hilangkan stress paling berkesan

Bila saya stress, saya buka hset main candy crush saga. Tapi kadang kadang main games ni, bertambah stress pulak kalau tersangkut pada level tertentu.


Siapa lagi yang masih main candy crush saga. Saya main semula candy crush saga dari level 1 sejak Oktober 2014. Dah lebih setahun, dah sekarang dah masuk level 950. Dah tak sabar nak masuk level 1000.

Selasa, 17 November 2015

I'm a teacher

I'm a teacher..............
Behind that doctor,
Is me, a teacher...........

Behind that economist,
Is me, a teacher..........

Above those astronomers,Is me, a teacher..............

I carry the light even though they mostly make jokes of me...........

But I am a teacher........

I don't qualify for a RDP house nor earn enough to buy an expensive one.............

But yes, I am a teacher...........

Some think or even say that I have too many holidays, never knowing that I spend those holidays either correcting papers or planning what and how I'm going to teach when i go back to school........
Because I am a teacher..,

sometimes I get confused and even get stressed by the ever changing policies by the politicians who have political powers over what and how I have to teach.......

Despite all that I am a teacher and I have to teach and i'm teaching.............

On pay days I don't laugh as others do, but by the next day I have to come with a smile to those that I teach........... Because I'm a teacher.........

The main source of my satisfaction is when I see them growing, succeeding, having all those assets, bravely facing the world and its challenges,
and i say yes I've taught in spite of living in a world opened by Google..

Because I am a teacher............
Yes I am a teacher........
It doesn't matter how they look at me,

it doesn't matter how much more they earn than me,

it doesn't matter that they drive while I walk
because all what they have is through me, a teacher.. Whether they acknowledge me or not......

I am a teacher...........



Copy paste dari Whatsapp

Ahad, 1 November 2015

Kenangan Untuk Cikgu Ingat

Korang ingat tak,
tahun pertama mengajar,
tiap-tiap malam kita ulangkaji pelajaran,
macam kita yang nak menduduki PMR dan SPM,
Sains Tingkatan 1 pun aku rasa susah,
Kimia tingkatan 4 lagi-lagilah susah.
kadang-kadang bila masuk kelas aku risau,
takut terajar ajaran sesat.
takut nanti budak gagal sebab aku.


Korang ingat tak,
dulu semasa universiti,
macam-macam teori pendidikan kita belajar,
kognitif, konstruktivism, behaviorism dan segala bagai,
Tapi bila mula mengajar, semua teori entah ke mana,
Masalah aku adalah kawalan kelas,
aku bercakap, murid pun bercakap,
Aku pergi bantu seorang murid, seorang murid lesap dari kelas.


Korang ingat tak,
kalau ada kursus, kitalah orang yang terpilih,
kononnya kita masih muda,
kita harus cari banyak pengalaman,
kita masih bujang,
aku redha je lah,
best jugak pergi kursus,
asalkan bukan cuti sekolah.


Korang ingat tak,
kita juga insan terpilih untuk jadi guru pengiring
macam-macam pasukan yang kita bawa.
Ada yang memamg pasukan yang kita latih,
tapi ada juga yang kita bantu rakan guru yang lain.
Aku suka jadi guru periring, sebab dapat jalan-jalan.


Korang ingat tak,
selain jadi guru pengiring,
kita jugak jadi guru pembimbing.
Tugas kurikulum dah cukup banyak,
tapi kena juga menyumbang pada kokurikulum
petang petang datang sekolah
melatih murid sampai memang.


Korang ingat tak,
kita juga tak terlepas jadi guru kelas,
penatnya tangan nak tulis nama murid dalam register,
kemudian tulis maklumat diri dan tanda kehadiran setiap hari.
Bila hujung bulan kena pulak kira hitung panjang murid.
Semuanya kena perfect,
tak boleh silap sebab liquid paper tak boleh guna.
Selain register, kena pulak isi SMM.
Tapi aku suka jadi guru kelas,
sebab hubungan dengan murid jadi sangat rapat.


Korang ingat tak,
kali pertama jadi pengawas peperiksaan,
kali pertama jadi guru bertugas mingguan,
kali pertama terlibat dengan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah,
kali pertama terlibat dengan Hari Sukan,
kali pertama terlibat dengan Hari Bersama Waris
kali pertama terlibat dengan Mesyuarat Agong PIBG...


Korang ingat tak,
1 Nov 2007 tarikh keramat bagi kita,
tarikh tu, kita mulakan kerjaya masing-masing,
kalau di universiti dulu kita sekapal
tapi sekarang kita naik perahu masing masing


Sekarang ni,
pengalaman kita semakin unik,
seperti uniknya murid kita,
dan kisah hidup kita.



Selamat ulang tahun ke-8
1 Nov 2007-1 Nov 2015




Jom Belajar Bahasa Sarawak

Bahasa Melayu Sarawak yang mungkin sik difaham generasi akan datang : * Sentiasa dikemaskini. Terima kasih kepada yang berkongsi perkataan2 Sarawak baru, lama & makin jarang diguna.

- Tiris : Bocor

-muntang : mudah . Cth, tang muntang jak kerja ye.

-tang : macam

-Amor puro / amor ruto: Kotor yang teramat sangat

- Mudit : Mudik

-bedurok : bergotong-royong . Biasanya petani secara bergilir membantu menuai padi di kawasan huma masing-masing memudahkan kerja menuai padi.

-Milus : kecil, halus

-salus : orang berbadan rendah dan kecil

- Kamah : Kotor

- Lang : Pintu

-dukan : tempat duduk rendah bersaiz kecil diperbuat daripada kayu

- Kong : Catu / Cupak

- Gadong : Hijau

- To' Pisang : Hijau

- Biru : Hijau (Ayat biasa diguna petani : Rindok atiku nangga padi biru sekali) Mun orang mudak kinektok eran nya dengar kali..hehe

- To' Kodok : Ungu

- Semandin : Makhluk halus

- Ladin : Pisau

- Upong : Tunok / bakar

- Paq (Atas paq) / pagu : Rak / Celah dinding

-Lapak : 1. Perbuatan membelah buah kelapa
2. Kepala yang kurang rambut

- Leput : Pengsan

-Tuo Ije / Tuwe Ije / Tua Ija / Tuwija : Percakapan orang muda dah semacam orang tua (pemikiran tidak sepadan dengan umur).

-lalek : kurang pemikiran

-dalek : peduli

-baok : kena palu , pangkong

- kertas kerek / angin : beg plastik (Perkataan ini makin kurang digunakan..hanya sesekali orang-orang tua di kawasan Simunjan yang menuturnya).

-lebor lawo : basah kuyup

-lanji : gatal (perbuatan/sikap)

-kenjet : mengada-ngada

-majoh : makan (bahasa kasar)

-lepak (sebutan e pepet) : bekas tapak. Cth lepak kasut.

-lumpas : lega / rasa ringan / habis pantang

-penjan : Tingkap

-pegong : kolam

-mongan : perut

-loba : bongkak

-skalor : gila-gila

-sakai : seperti orang menemui sesuatu yang baharu dalam hidupnya.

-karong : plastik

-bijik kedaong : biji mata

-rusin : kayu yang dibelah kecil-kecil

-jujoh : jatuh mengalir . Cth , jujoh air matanya

-sik kongang : tidak mampu / tidak larat

-kabey / kongang : mampu

-beliang ati : tergamam

-sik ku pian : tidak diingini

-palak tut : lutut

-mengok : makan..cth , Siapanya mengok buah pisang ku tok.

-lanjar : lancar / getah seluar longgar

-tuyuk : bongok

-jaber : bilik mandi

-Kebak : terkejut

-entingal : degil

-mehey / kemaik: pengotor

-speta : Hospital

-dreba : Pemandu

-jeharu : jahanam

-nyaru : kilat

-saruk : keliru

-nyaruk : menyampuk / melibatkan diri secara mengejut. Cth ayat, Tiba-tiba jak Si Jamal nyaruk kalaka.

-gostan : mengundur

-gohet : meneruskan

-rikacer (algriculture) : Jabatan Pertanian

-tanjak : menaikkan / meninggikan seluar / mendaratkan perahu.

-rumpong : berlubang-lubang

-mepak : tampar

-juruk : lopak air di sekitar kawasan luar rumah terutama sekali bahagian dapur

-terusuk : tersungkur

-salo air : menyejukkan air

-ranggat : sikap yang sikit pemanas

-rengat : menggatal

-lasak : licin

-rampak : mesra / peramah . Cth ayat, Rampak adanya Si Budin ye.

- maney (manok / haiwan dll ) : betina

-nerais : menjerit

-tekiak kaong : terjerit-jerit

-lungkar langkir : berhempas pulas

- ngandor : bangun lewat

-Medam : berpusing ligat

- rangkak : gelojoh

-ngarey : bersepah

-ngandang/ nakong air : menadah air

-angol : rimas

-langkin / langkey : tempat ngunjun padi

-ngunjun : memijak-mijak padi dari tangkainya

-cepak (becepak) : kesan kotoran

-sah midin : kawasan sayur midin yang diteroka & dijaga

-antap : kejelasan yang amat sangat

-nyumpong / sumpong : hilang sebahagian

-tetas : menebas skala kecil

-leja : retak

-beber : luka ( e pertama e pepet , e kedua e taling)

-kelat : 1.mengantuk .
2.rasa bergetah

-sangkong : tumpang sekaki

-salut (nyalut aek ) : menadah air

-rekong : anak tekak

* 100 perkataan ***

-sabi : Land Survey (Jabatan Tanah & Ukur)

-linggi : Bahagian hadapan perahu

-jeringgi paoh : Kepercayaan kuno / lama masyarakat Melayu mengenai tempat (lubang) air pasang surut.

-Raja Bersenu : Kepercayaan kuno / lama masyarakat Melayu mengenai mahkluk yang mengawal air pasang surut.

-linkin pisang : Pisang emas masak yang dijemur . Nyaman woi..hehe..

-tegeley-geley : bermalasan

-tepelik-pelik : terlinga-linga

-madot : tersumbat,....xpandei nak nerang gilak..sendiri paham..haha

-cilaken menar : Celaka betul!

-rusah : belasah

-telus : menerobos

-bigik ancah : mata (bahasa kasar)

-suran : kayu kecil yang tajam seperti jarum menusuk ke dalam kulit. Cth ayat, -> Sakit jari kamek dicucok suran kayu!

-kayo-kayo : merayau-rayau

-bulak : bohong

-ngelepar : menggelupur

-naso : payah

-padong : kawasan atas siling

-kalas : merah jambu

-mabuk : cetek

-tiro : air rasanya tawar

-mukaq : muntah bayi

- iloi-iloi : orang bersikap tak berapa waras/betul

-kareh : kais

-ngaley-ngaley : seluar longgar

-asi-asi : harap-harap tapi tiada

-emperong : kontena

-nyedey baju : jemur baju

-tekowan/ketel : tempat nyimpan air minuman

-berekot : berlari

- saro-saro : tidak tentu arah

-ngulun : orang suruhan

-merancah : Membuta, tido . (bahasa kasar)

-nganso : 1-nangis(nembiak tok nganso@ngan serjak2),
2-pulang (nganso gik kita tok)

- Sekoh/skoh: loba/eksen

-Jaharu: jahanam

- Gap: kemas melampo²..😂

- Baharong: biasa diguna utk kawasan hutan berbukit.

- Kudik: hari mendung bercampo dgn kilat sabong menyabong..

- Bahari: dah masok senja/maghrib

- lepo : beg plastik (bahasa diguna penutur di Asajaya)

-pelempok : Polistrin bersaiz tebal

-kemeh : kencing

-begarin : tergolek

-barin : baring

-ngelebat : camney nok nerang..haha.. Perbuatan seakan menggelupur..melawan.

- keja-keja / kejai-kejai : menahan sakit yang amat sangat

-rumbey : berjuntai

-jungkar : serambi air

-insut : alih

-berinsut : beralih kedudukan

-berjihen : terkinja-kinja

-tikam : baling

-bertakong : air yang menakung

-lasan : bekas tempat menyimpan makanan dll.

-taybi : Televisyen

-Gedio : Radio

-Bidiyo : Video

- ampus : 1. Terlalu kenyang
2. Aras ketinggian air melebihi

-limpas : lalu , melalui

-kenak : 1. Kenapa
2. Kena

-anok : dimarahi

-manas : marah

-beranyi : menuai padi

-kejeron : teringin sangat

-pepet : puting susu

-bejarah : bersalam

-indah / ndah : Pula . Ianya juga penambah seri sesuatu ayat. Bukan bermaksud keindahan dll. Cth ayat , Kenak kamek indah/ ndah dipilih? (Kenapa aku pula dipilih?)

-lewat : berkira sangat. Cth ayat ,lewat juak kawu bekira juak ngan aku?

-ngelan : melawan

-ipang : ruangan memasak

-perey : ketawa terbahak-bahak

-pelentey / plentey : bergurau

-rona aek laut : biru

-tabiut : Benda dah tidak seperti bentuk asal. Mungkin kena langgar, kena pukul..dll.

-Ngecoi : hadir/datang/sampai

-kalak : pernah

-sik kalak : tidak pernah

-Sik garik : tak nampak......contoh ayat... mane lh tuju budak2 ni dari tadi tak garik2.....

-Lindup : redup/terlindung dari matahari

-Pereso /peso / peresa / perese : samar-samar , tidak seberapa nampak, rabun

- Mukun : ianya macam kontena/ bekas untuk menyimpan duit. Org tua selalu mengatakan cth.ambik duit pecah lam mukun lok.hahah
Duit pecah/ duit cah - duit kecik/syiling

-Dan : dahan

-Semperna : perangei tidak bgus

-Olah : perbuatan/sikap

-Keluar nasik : bernanah

-Tebik : pecah sebahagian

-Mangah : garang

-Manchai : gaok

-ceridak : pengotor

-tigak : terajang

-tampa berapit: tampar kedua-dua belah muka serentak hehe

-luguk: dahi luas /tinggi

-Bubus : bocor

-bisak : koyak

-Nyebal : makan sekadar mengalas perut

-cecegar : tercegat

-Sa Cak kitak ya : rasa kacak kau ya, 😀😀😀😀

-Godam :bercakap bohong

-Godang :klinik

-Unja unja:badan yg tinggi

-Melansut : tido

-Merut :berak

-Loar : seluar

-Baju sampang :singlet

-Kain chukin: kain tuala

-sebot / sep / jemari / lemari: almari

-pateh : biasa

-'Berterumbik' : Perkataan bermaksud objek/ benda yang banyak bonjol atau benda yang terkena kerosakan yang berlubang-lubang. Contoh penggunaannya 'ee burok muka ku kenak produk ya, berterumbik jak jerawat batu'.... atau 'abis alu keta dominic toretto ya tek, berterumbik jak knak tembak'.

-Nyerobeh :mulut murai/celupar

-Terusuk : jatuh tersungkur

-Jigan : anak yg berolah

-Jurin : tajam/tirus

-Sirin : tepi

-Usey :usey nya bjalan / Jalan perlahan

-Rutit : rutit nya molah kejo

-Langko :pondok

-Berteragum : berumbak

-Dak : cepak, kahak

-Tugo : kepala besar (tugo juak palak mbiak yo)

-Nandah : biar

-Bitong : bau keteyak/badan (bau tengit)

-bincut : benjol

-Unsak-ansei : ?

-tunggang-tunggit: tunggalanv

-itok, pengitok : berkira

-Jatong taik: jamban,

-kang: beradik dgn tempayan, tp mulut besar agik dr tempayan,

-munas: menjahanamkan, punas=jahanam

-Barin / gurin = baring

-Ngenak-pakai
Cth ayat.. "coba ko ngenak bj nun"

-Nyerao : memanggikll

-nerembab: tersembam

-Seluar kadok: spander

-Seluar bit : seluar dalam

-tersimbak tebabak : terselak

- Man so - nyaman rasa/padan muka

-ruman : nak dikata habuk..bukan, kayu yanv diketam akan menghasil....

-ngeykek : ketawa

-ngipong : makan lauk / makanan tanpa nasi

- selut : semak

-repuk : meletakkan sesuatu benda sesuka hati

-merepuk : keletihan teramat sangat

-bedengah : menunjuk-nunjuk

-somel : Sawmill

-bebual / bebuai : mual

-merejok : melompat

-rejok : lompat

-redak : luas

-Duman : kongsi

-Latong : tandas

-Ijo mayo :hijau yg terang

-Merah raba : merah tua/ meroon

-Teko : satu stage lending utk tangga

-Puang : kosong

- Tebah : kacak/cantik berseri2

-Nyungkit : kupak kulit niyur

- banyak keton : banyak duit...

-nyeruk : menjemput / mengundang...

-Peto : parang

-Meylak : ngangkang... (Bahasa kasar)

-Kandong / lampang : bahan makanan pemberian masa pengilan

-Polen : buli

- serakak : anak tekak/tekak...

-nunggah : panggil.... cth :- pecah serakak aku nunggah kau..... siney tuju kau tek?

- Teberong : beralih kedudukan / tebelot.

-Kenak sut : kena sepak

-Nekik : mendaki

-Terikik : naikkan lagi

-Ngasi - 1. menghidang makanan.
2. Tidak menjadi / tidak berkesan

-Kuntat : ?

-lober / lawa : sombong

-serat : rasa tak tertahan nak berak

-ngutik : seram

-langey : pondok kebun (sila betulkan jika salah)

-Ntaro : kebun

-Bekeleydak : berlumpur

-retuh-retuh : berdebar-debar

-melasik : membersih kawasan.cth kebun.

-belo! : berbaloi

-Maley : buah gugur tidak cukup tua

-Teko- seterika
Mboyak- meniarap
Keleba-rama rama
Kontet- pepatung
Laco-mengkarong
Bungas- sesuatu yg baru
Tigak- tumit kaki

Apa agik? Jom kongsi bahasa Melayu lamak dolok.. Rindok ngenang bahasa orang tua kita dolok koh..

Ahad, 25 Oktober 2015

PENGALAMAN MENGHADIRI TEMUDUGA HLPS 2015

Pada 6 Ogos 2015, saya telah menghadiri temuduga HLPS 2015 di JPN Sarawak. Ini adalah temuduga ke tiga sepanjang saya bergelar seorang guru. Temuduga pertama, adalah Temuduga SPP di PPD Kinta Utara, Perak. Saya yakin semua cikgu pernah melaluinya. Temuduga kedua pula adalah Temuduga Pensyarah Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. 


Semasa Temuduga HLPS, panel penemuduga saya adalah Pengetua Kanan Sekolah Berasrama Penuh dan Pensyarah Kanan IPG. Kedua-duanya memiliki PhD. Saya yakin, kedua-dua panel mahir tentang pentadbiran, penulisan kertas cadangan @ proposal dan up to date tentang keperluan kajian dalam sistem pendidikan Malaysia.



Semasa temuduga HLPS, dua perkara sahaja yang perlu dibawa iaitu, fail sijil dan proposal. Dalam fail sijil tu, muatkanlah dokumen-dokumen yang diminta dalam surat panggilan temuduga. Proposal pula, perlu disediakan mengikut format yang diminta oleh KPM. Format proposal diberi semasa kita mengisi borang permohonan HLPS. Proposal perlu ada tiga salinan iaitu untuk setiap ahli panel dan satu untuk rujukan kita semasa temuduga. 


Proposal, boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris. Saya menulis proposal dalam Bahasa Melayu. Sebaik-baik mungkin, binding proposal itu. Janganlah sekadar stepler sahaja. Biar nampak profesional dan bersungguh-sungguh. Semasa temuduga hari tu, saya tak sempat nak binding, tapi saya masukkan proposal dalam file. OK jugak kan. Nampak smart (^__^).





Apakah soalan yang di tanya oleh panel???? Banyak sangat. Pertama, panel tanya tentang latar belakang Kolej Matrikulasi Sarawak, iaitu tempat saya mengajar. Kemudian panel tanya tentang sumbangan saya dalam perkhidmatan. Mereka juga tanya soalan provokasi iaitu apakah cabaran paling utama semasa mengajar. Saya jawab masa. Tapi sepatutnya saya berikan jawapan yang lebih positif dan profesional. Menyesal jugak dengan jawapan yang diberikan, tapi jawapan saya tu, sangat jujur dari hati saya. Selain itu, panel tanya kenapa saya nak sambung master. Mereka tanya dalam Bahasa Melayu, dan saya jawab pun dalam Bahasa Melayu. 


Seterusnya, mereka minta saya explain proposal in English. English tau...susah saya nak twist otak saya ke English. Sewaktu saya terangkan proposal, banyak soal jawab tentang proposal saya tu. Antaranya, kepentingan kajian, kesahkan kajian, skop kajian, metadologi dan kesan variable. Panel juga tanya, ada tak kajian yang pernah dilakukan berkaitan dengan proposal yang dibuat. Panel siap tegur, teknik penulisan proposal saya. Mereka bagitahu, kalau ada dua objektif kajian, persoalan kajian pun mesti dua. Terdiam saya. Kemudian saya jawab, nanti bila sambung buat master, saya akan baiki teknik penulisan proposal. 


Apa lagi yang mereka tanya???? Isu pendidikan la. Sambil explain proposal dalam BI mereka tanya tentang 21 century skill, PPPM, KBAT....mungkin ada lagi kot. Lelah saya jawab dalam BI. Saya tak tersedia nak jawab tentang isu pendidikan dalam BI...panel juga tanya tentang teori konstruktivisme dan pendekatan inkuiri (mungkin sebab saya banyak guna istilah kontruktivisme dan inkuri dalam proposal). Keseluruhan, boleh dikatakan, bahasa yang digunakan adalah English dan lebih berfokus pada proposal yang kita sediakan. Sesi temuduga ini ambil masa 15-20 minit sahaja. (tapi rasa macam sejam)


Nasihat saya untuk rakan-rakan yang akan pergi ke temuduga HLP atau HLPS buat proposal sebaik mungkin. Proposal adalah diskriminasi utama bagi calon HLP. Cari kajian yang terbaharu, iaitu diterbitkan 5 tahun terkini dan ubahsuai kajian tersebut. Contohnya, jika kajian itu dibuat untuk pelajar sekolah rendah, anda boleh buat kajian tersebut kepada pelajar sekolah menengah. Rujukan proposal pun, carilah yang terkini, daripada dalam dan luar negara. Anda boleh cari kertas kajian daripada google scholar. 


Teknik penulisan proposal, biarlah betul. Nanti ditegur seperti yang berlaku pada saya. Anda boleh rujuk cara penulisan proposal daripada blog Dr. OT. Dr Othman Taib adalah pensyarah Falkulti Pengajian Pendidikan. Mudah kita nak faham cara tulis proposal sebab contoh yang berikan berkaitan dengan PdP.


Selain itu, kaitkan proposal anda dengan isu terkini. Contohnya, dalam proposal saya, saya buat hubungkait  PPPM. Proposal saya selari dengan PPPM, dan boleh dijadikan eviden PPPM dan rujukan KPM. Seterusnya, semasa temuduga, jangan terlalu defense semasa membentangkan proposal. Terima cadangan ahli panel sebagai penambahbaikan kajian anda. Mungkin ahli panel lebih tahu keperluan kajian untuk sumbangan kepada kementerian.


Alhamdulilah, saya lulus temuduga ini. 



Semoga perkongsian saya ini memberi sedikit gambaran kepada rakan-rakan yang akan menghadiri temuduga HLP / HLPS.


Good luck!







Cinta Si Carbornyl




Kenapa awak ni complicated?
Susah saya untuk memahami awak.
Sepatutnya kita ada strong bond yang menguatkan lagi chemistry antara kita berdua.
Tapi awak sanggup break double bond kita semata-mata awak nak dapatkan Alkane!
Apa sangat ade pada Alkane tu?
Macam-macam test kita dah lalui bersama; Tollen's Test, Fehlings' Test dan jugak lodoform test
Tapi awak tetap attack saya dengan nucleophile awak tu.


Awak tau x saya sedih?
Macam-macam relationship awak buat di belakang saya.
Awak hydration hubungan kita semata-mata nak dapatkan Alkohol.
Eh, awak ingat Alkohol tu setia sangat ke ngan awak?
Dia sanggup oxidised tau sebab nak dapatkan Carboxylic Acid.


Saya malas nak citer banyak ngan awak.
Nanti kuar Aldehyde lagi,
Ketones lagi dalam hubungan kita.
Pening saya.. Stress tau dak!!!


Aldeyde tu pulak bila dia Grignard dia dapat Alkohol.
Ehhh, banyak pusing la citer ni.
Kita cerai je..
Cukuplah sampai Amine je..
Kiranya hubungan kita macam dah Amin.


Amin. dah tamat...
nyah jauh2 dari hidup saya..
Kita putus!!!


Bye Bye



Sabtu, 24 Oktober 2015

Segmen Ucing Nak Url 2

http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/10/segmen-ucing-nak-url-2.html

Hi Blogger Kali ini Saya Nak Buat Segmen "Ucing Nak Url Bahagian 2" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 1.Bolehlah Menyertai Segmen ini.



Syarat-syarat nya Mudah :



1) Masukkan Email Anda Kekotak (Animasi Melalui Email Mudah) Tekan Subscribe dan Cek Email Anda   Aktifkan.
2) Buat Tajuk Post " Ucing Nak Url 2 "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.



5 Harapan Pelajar Terhadap Guru



Berikut adalah 5 Harapan Pelajar Terhadap Guru yang dipetik daripada ASIDE


1. Kepakaran (Expertise)

2. Matlamat yang jelas (Clear goal)

3. Pementoran (Mentorship)

4. Maklum balas (Feedback)

5. Mahir menggunakan alat (Deftness with necessary tools)



Jom, sama-sama buat reflesi diri.





Rabu, 21 Oktober 2015

segmen blogwalking by mirza syazwina

Assalamualaikkum.







tarikh tutup : 25 OKTOBER 2015 JAM 12 MALAM


Sabtu, 17 Oktober 2015

PERMOHONAN ATAS TALIAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2016



Sukacita di maklumkan bahawa Sistem Permohonan Atas Talian ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia akan di buka mulai 15 Oktober - 15 November 2015.


Kepada adik-adik Tahun 6 yang ingin memohon ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2016, permohonan adalah online di laman web https://sst1.moe.gov.my/


Semua murid Tahun 6 2015 bersekolah Kebangsaan / sekolah Kerajaan / sekolah bantuan kerajaan boleh memohon.  Pemohon perlu key in Angka Giliran/ No. Kad Pengenalan seperti yang tertera dalam slip pendaftaran peperiksaan untuk log in permohonan.


Tarikh Permohonan atas talian

15 Oktober - 15 November 2015.

Aplikasi Permohonan atas talian

Permohonan adalah online di laman web https://sst1.moe.gov.my/

Pemohon tidak perlu sertakan salinan sijil semasa permohonan tersebut kerana maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Syarat pemilihan murid ke SBP


  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  •  Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  •  Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015
  • Aktif dalam kokurikulum


Keputusan pemilihan dan penempatan ke SBP


Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu (1) SBP diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan UPSR diumumkan.


Cara semakan keputusan Penempatan Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2016


  • Laman sesawang KPM; www.moe.gov.my
  • Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, (BPSBPSK) KPM
  • Talian hotline BPSBPSK 03-8321 7400
  • Kaunter JPN/PPD yang berhampiran.
  • Makluman melalui SMS
  • Mobile Apps (bagi pengguna Android)


Seorang murid hanya akan ditawarkan satu tempat sama ada SBP atau MARA. Ianya merupakan (MOU) atau Perjanjian Persefahaman di antara Bahagian ini dan pihak MARA. Setiap calon akan menerima hanya satu tawaran permohonan sahaja sama ada dari BPSBPSK atau MARA. Ini bagi memberi peluang kepada lebih ramai murid cemerlang.



Selamat memohon.



Rabu, 14 Oktober 2015

KATA ALU-ALUAN MAJALAH SEKOLAH TAHUN 2015 OLEH MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA



Berikut adalah Kata Alu-aluan Sekolah Tahun 2015 oleh  Menteri Pendidikan Malaysia, YBhg Dato’ Sri Dr Mahdzir Bin Khalid  untuk diletakkan dalam majalah sekolah tahun 2015. Kata-kata Aluan Menteri Pendidikan Malaysia ini dimuat naik ke portal KPM pada 13 Oktober 2015.

 Kata Alu-aluan ini boleh dimuat turun dari portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia atau dicapaian berikut:



Kata Alu-aluan Sekolah Tahun 2015 oleh  Menteri Pendidikan Malaysia



Seterusnya, berikut adalah Kata Alu-aluan Sekolah Tahun 2015 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg Dato’ Sri Dr Khair Bin Mohamad Yusof  untuk diletakkan dalam majalah sekolah tahun 2015. 
Kata-kata Aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ini dimuat naik ke portal KPM pada 3 Mac 2015. 

Kata Alu-aluan ini boleh dimuat turun dari portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia atau dicapaian berikut:



Kata Alu-aluan Sekolah Tahun 2015 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia




Untuk rujukan di portal KPM, sila rujuk:

Sumber 1
Sumber 2


Kepada AJK Sidang Ridaksi Sekolah, semoga perkongsian ini dapat membantu anda menghasilkan majalah sekolah yang berkualiti.



Salam Ziarah daripada Cikgu Zamrud : Part 2



Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah. Alhamdulillah, Allah SWT panjangkan umur kita lagi. Sempena cuti Maal Hijrah hari ni, saya nak teruskan misi blogwalking. Seperti sebelum ini, dalam Salam Ziarah daripada Cikgu Zamrud , saya menjenguk blog-blog yang baru update entri.

Senarai blog yang bertuah untuk saya blogwalking pagi ini adalah:




Kepada semua blogger yang sudi singgah ke cikguzamrud.com, saya tujukan serangkap lirik daripada lagu Maal Hijrah (1 Muharram) - Al-ajiba


Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan




Ahad, 11 Oktober 2015

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) 2016


Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) akan dibuka mulai 15 Oktober 2015 hingga 4 Disember 2015. Permohonan ke A1M adalah dibuka kepada semua murid  Tingkatan 1 Tahun 2016 yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan di seluruh negara.

Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:

BIL
ASRAMA 1MALAYSIA
NAMA SEKOLAH

1

A1M KUALA LUMPUR
SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
LELAKI SAHAJA
SMK (L) METHODIST KUALA LUMPUR
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
LELAKI SAHAJA
SMK ST JOHN, KUALA LUMPUR
(Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
LELAKI SAHAJA
SMK SENTUL UTAMA, KUALA LUMPUR
LELAKI SAHAJA
2
A1M JOHOR
SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR
PEREMPUAN SAHAJA
3
A1M SABAH
SMK MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH
LELAKI & PEREMPUAN
4
A1M SARAWAK
KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI, SARAWAK
LELAKI & PEREMPUAN


Syarat-syarat permohonan:

  1. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA yang akan ke tingkatan 1 pada 2016 sahaja. 
  2. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana. 
  3. Aktif dalam kokurikulum dan sukan. 
  4. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah rendah/semasa di mana pemohon belajar.
  5. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak KPM/ sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah penempatan ke Tingkatan 1 semasa murid memohon.
  6. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut: 
    • Sijil lahir / kad pengenalan pemohon
    • Salinan Keputusan UPSR 2015
    •  Sijil Berhenti Sekolah
    • Salinan Keputusan Ujian Aptitude 2015
    • Slip gaji/ Penyata pendapatan ibu dan bapa
    • Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum
    • Borang Pengesahan Pendapatan (jika tiada slip gaji atau tiada pendapatan) 
    • Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.


Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M dijangka pada 3 Januari 2016.

Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM selewat-lewatnya pada atau sebelum 4 Disember 2015.




Selamat Memohon !

Salam Ziarah daripada Cikgu Zamrud



Assalamualaikum dan Salam Ziarah. Hari ni, saya ambil kesempatan untuk blogwalking. Rehatkan minda sambil menjenguk blog-blog yang baru update entri.

Blog blog yang sempat saya ziarah adalah:


Selain itu, saya ziarah juga blog kakak saya. http://farizadarwish.blogspot.my  Kakak saya tengah aktif menjual rangkaian produk Kawaii Collogen dan Greenard GC Plus secara online. Katanya, kedua-dua produk sangat laris dan dia mendapat tempahan yang sangat banyak daripada pengguna.


Tidak ketinggalan, blog yang wajib saya ziarah setiap minggu,  http://www.cikguhailmi.com/  Sekarang Cikgu Hailmi berada di Korea kerana menyertai program pertukaran guru. Beliau update perkembangan di Korea dalam blog, dan juga vblog. Makin advance cikgu ni.  Makin menarik blog beliau.




Kepada rakan-rakan blogger yang sudi ziarah ke teratak kecil saya ni, terima kasih banyak-banyak sebab sudi support saya.


Buah selasih buah kelubi
di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila senang datanglah lagi.




LAMAN WEB E-PRESTASI https://eprestasi.moe.gov.my/

Laman web e-prestasi https://eprestasi.moe.gov.my/

Aplikasi/ Modul e-Prestasi dibangunkan di bawah peluasan Sistem Maklumat Guru(SMG) sebagai aplikasi  Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). PBPPP adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.


Asas penggubalan instrumen PBPPP adalah berdasarkan 5 penilaian utama yang sedia ada di KPM:

  • Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT);
  • Kriteria Kecemerlangan (KC) – time based berdasarkan kecemerlangan;
  • Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) - Standard 4 (Keguruan);
  • Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK) yang menggantikan PTK tetapi telah ditangguhkan mengikut SPP Bil 4/2011; dan
  • Penilaian Guru Cemerlang.




Modul eprestasi ini diguna pakai oleh semua pegawai pendidikan KPM termasuk JPN, PPD, sekolah, kolej matrikulasi, IAB dan IPG.

TEMA UMUM SEJARAH KERTAS 3 TAHUN 2015

tema umum sejarah kertas 3 2015



Tema Umum Kertas 3 Sejarah SPM Tahun 2015 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Berikut adalah tema umum tersebut:



Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
Nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada gerakan penentangan pemimpin tempatan terhadap campur tangan British dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.



Sejarah Kertas 3 yang merupakan soalan berbentuk tugasan menyumbang sebanyak 20 peratus daripada markah keseluruhan Sejarah SPM. Ujian bagi kertas ini dijalankan dalam tempoh tiga jam tetapi calon akan diberi tema atau tajuk umum sebulan lebih awal dari tarikh peperiksaan. Tema umum ini berberikan supaya calon membuat persediaan untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik yang hanya akan diketahui pada hari peperiksaan nanti.


Bagi membantu calon SPM menjawab tugasan spesifik, calon dibenarkan membawa dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis, bahan fotostat dan bahan bercetak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan. Alat atau peranti elektronik tidak dibenarkan sama sekali.


Kepada semua calon SPM 2015, selamat membuat persediaan menduduki SPM.


Rabu, 7 Oktober 2015

SENARAI TARIKH CUTI UMUM 2016

Berikut adalah senarai cuti umum untuk tahun 2016. Selamat merancang cuti.


Tahun 2016HariCuti/ SambutanNegeri Yang Terlibat
01 JanuariJumaatTahun Baru 2016Semua KECUALITerengganu, Johor, Kelantan, Perlis dan Kedah
14 JanuariKhamisKeputeraan Yang Dipertuan Besar N. SembilanNegeri Sembilan
17 JanuariAhadKeputeraan Sultan KedahKedah
24 JanuariAhadThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor
01 FebruariIsninHari Wilayah PersekutuanKuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
08 & 09 FebruariIsnin & SelasaTahun Baru CinaSemua Negeri
04 MacJumaatUlang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
23 MacRabuKeputeraan Sultan JohorJohor
25 MacJumaatGood FridaySabah & Sarawak
15 AprilJumaatHari Melaka Bandaraya BersejarahMelaka
26 AprilSelasaKeputeraan Sultan TerengganuTerengganu
01 MeiAhadHari PekerjaSemua Negeri
05 MeiKhamisIsrak dan MikrajPerlis, Kedah & Negeri Sembilan
07 MeiSabtuHari Hol PahangPahang
17 MeiSelasaKeputeraan Raja PerlisPerlis
21 MeiSabtuHari WesakSemua Negeri
30 & 31 MeiIsnin & SelasaPesta Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah & Labuan
01 & 02 JunRabu & KhamisHari GawaiSarawak
04 JunSabtuKeputeraan Yang Dipertuan AgongSemua Negeri
06 JunIsninAwal RamadanKedah, Johor, Melaka
22 JunRabuNuzul Al-QuranPutrajaya, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Perlis, Pahang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan
06 & 07 JulaiRabu & KhamisHari Raya PuasaSemua Negeri
07 JulaiKhamisUlang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang (Penang)
09 JulaiSabtuKeputeraan Yang Dipertua Pulau PinangPulau Pinang (Penang)
31 OgosRabuHari KemerdekaanSemua Negeri
10 SeptemberSabtuKeputeraan Yang Dipertua Negeri SarawakSarawak
12 SeptemberIsninHari Raya Haji/ AidiladhaSemua Negeri
13 SeptemberSelasaHari Raya Korban Haji/ AidiladhaTerengganu, Kelantan, Kedah, Perlis
16 SeptemberJumaatHari MalaysiaSemua Negeri
1 OktoberSabtuKeputeraan Yang Dipertua Negeri SabahSabah
02 OktoberAhadAwal Muharram (Maal Hijrah)Semua Negeri
14 OktoberJumaatHari Keputeraan Yang Dipertua Negeri MelakaMelaka
24 OktoberIsninKeputeraan Sultan PahangPahang
29 OktoberSabtuHari DeepavaliSemua negeri kecuali Sarawak
06 NovemberAhadHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
11 & 12 NovemberJumaat & SabtuKeputeraan Sultan KelantanKelantan
27 NovemberAhadKeputeraan Sultan PerakPerak
11 DisemberAhadKeputeraan Sultan SelangorSelangor
12 DisemberIsninMaulidur RasulSemua Negeri
25 DisemberAhadHari KrismasSemua Negeri