free
hit counter

Pengalaman Menarik di Miri

Saya sudah dapat pergi bercuti-cuti ke Miri di Sarawak bulan lepas. Saya tidak pernah pergi ke sana dan ini merupakan kali pertama bagi saya kunjung ke Miri.

Tujuan utama saya pergi ke Miri adalah untuk menyertai pertandingan bola jaring pesta PSKPP. Perjalanan dengan kereta ambil masa 12 jam tapi kami naik bas sekolah, 20 jam. Hampir satu hari! Rasa penat betul.

Bas bertolak jam 7.30 pagi. Persinggahan pertama kami adalah di Pasar Serian di mana kami singgah untuk makan sarapan. Tapi selain daripada makanan,  di sini juga ada jual produk dari kampung seperti sayur, buah, ikan masin dan bakul anyaman.

Pekan Miri
Pekan Miri

Kemudian tempat kedua yang kami singgah pula adalah di Pekan Lachau. Pekan ni macam Pekan Koboi di mana ia cuma ada sederet kedai saja. Tapi saya rasa excited sangat sebab di sini terdapat banyak kedai kraftangan yang mempunyai banyak barangan yang cantik-cantik belaka.

Dan apa yang lebih penting ialah harga yang dijual di sini adalah sangat murah berbanding dengan kedai yang jual barang yang sama di Kuching.

pekan lachau
pekan lachau

Lepas tu, bas jalan dengan tidak lama dan singgah lagi. Kali ni kami singgah untuk bersolat dan makan tengah hari di Ulu Layar.

Di sini ada R&R. Lepas tu perjalanan diteruskan merentasi Sibu. Hentian seterusnya di Selangau untuk makan malam. Selepas tu, perjalanan terus ke Miri. Kami sampai di Miri menghampiri jam 4 pagi.

Sebaik saja sampai di Miri, kami pilih untuk menginap di hotel budget yang kami dapat cari di sana. Harga untuk sehari adalah RM60 untuk satu bilik yang boleh tidur 2 orang.

Untuk keseluruhan, bandaraya Miri ni terdiri daripada bangunan tiga-empat tingkat. Kalau nampak yang mencakar langit, itu adalah bangunan hotel.

Tentang Miri

Miri merupakan bandar yang kedua terbesar di Sarawak. Bandar ini mempunyai penduduk kira-kira 250,000 orang. Sebelum itu, Miri adalah sebuah kampung nelayan yang kecil sahaja.

Sehingga minyak pertama digerudi pada tahun 1910, bandar ini mula berkembang dengan pesat berikutan penemuan minyak dan ia menjadi pusat pentadbiran untuk Sarawak utara pada tahun 1929.

Bukit Telaga Minyak(Kanada Hill)

Kalau nak tengok keseluruhan bandaraya Miri, bolehlah anda naik ke Kanada Hill. Dari lereng bukit itu boleh anda nampak semua bandar Miri. Laut pun dapat nampak juga.

Anda boleh menikmati pemandangan panoramik Miri dan Laut China Selatan. Salah satu perkara yang paling popular di Miri adalah datang ke sini untuk tengok matahari terbit dan terbenam.

permandangan miri
permandangan miri

Di Kanada Hill, boleh anda dapat lihat landmark Miri iaitu The Grand Old Lady. Di sana juga terdapat muzium petroleum. The Grand old lady adalah tapak pertemuan petroleum yang pertama. Kalau anda pergi ke Miri, di sini merupakan tempat yang wajib anda kunjungi.

bandar miri

Membeli-belah

Terdapat beberapa pusat membeli-belah moden di kawasan bandar yang lebih baru serta jalan-jalan membeli-belah yang lebih tradisional yang menawarkan semua jenis barangan.

Kedudukan bandar Miri adalah sangat dekat dengan Brunei. Jadi terdapat ramai pengunjung dari Brunei yang berkunjung ke Miri untuk membeli-belah di shopping mall di sana. Mereka suka berbelanja di Miri sebab mereka dapat menikmati beli barangan dengan harga yang lebih rendah dan juga barangan dan perkhidmatan yang mereka tidak dapat di Brunei.

Pantai Tusan

Pantai Tusan terletak kira-kira 30 minit dari pusat bandar Miri. Pantai ini adalah popular dengan pecinta pantai dan jurugambar yang datang untuk mengambil gambar yang indah tentang pantai ini.

Tusan menawarkan pantai berpasir putih, tebing yang tebal dan pembentukan batu yang luar biasa. Bila anda berada di pantai ini, boleh anda bersantai dan nikmati suasana yang menyeronokkan semasa mengambil gambar, atau menyaksikan matahari terbenam yang menakjubkan di Borneo.

Bagi mereka yang suka pantai akan dapat menikmati aktiviti yang boleh mereka lakukan di pantai Tusan. Pelawat yang bertuah mungkin juga dapat melihat fenomena semulajadi yang jarang berlaku ketika laut mula bersinar di mana mikro-organisme kecil memancarkan cahaya biru di atas laut.

Gua Niah

Gua Niah mendapat kedudukan nombor dua sebagai kompleks gua terbaik di Malaysia selepas Gua Mulu. Ia juga menjadi salah satu tempat yang terbaik untuk dikunjungi di Miri selain Gua Mulu.

Tidak seperti Mulu, yang biasanya memerlukan penerbangan, Anda boleh sampai ke Gua Niah dengan menggunakan jalan raya dari Miri atau Bintulu. Ia bukan seperti Gua Mulu di mana jalan raya tidak dapat sampai. Anda perlukan penerbangan untuk sampai ke sana.

Taman Negara Gunung Mulu(Gunung Mulu National Parks)

Boleh anda pergi mengembara di Taman Negara Gunung Mulu. Anda boleh naik bot dengan menggunakan perjalanan sungai untuk sampai ke Gua Mulu. Lepas tu anda boleh daki untuk sampai ke puncak gunung itu.

Anda akan memasuki beberapa gua yang terbesar di dunia. Sekiranya anda masuk ke dalam gua pada waktu malam, anda akan dapat lihat beberapa hidupan liar yang hanya akan anda dapat lihat pada waktu malam itu.

Ambil kapal terbang atau bot sungai merupakan cara pengangkutan yang ada untuk membawa anda masuk ke Taman Negara Gunung Mulu. Jika anda nak jimat wang untuk penginapan, boleh anda sewa asrama di pinggir taman ini.

Baca juga:

Leave a Comment