free
hit counter

Warna Warni Cuti Semester 3 Minggu Yang Singkat Dan Padat

Sebelum pergi lebih jauh,entri ni ditaip kali kedua sebab first draft panjang sangat. Baru satu aktiviti aku cerita dah berjela. Penat menaip satu hal, nanti korang pulak tak larat membaca.

Kita keep it short sebab cuti kali ni tak macam selalu, aku tak duduk lama kat rumah. Habis exam 15 Januari, balik rumah 17 Januari, uruskan hal-hal praktikal 18 Januari dan 19 Januari terus ke Johor Bahru untuk Kem Jambori 2012.

Jambori 2012
Kem Jambori 2012

Kem ni merupakan sasaran kepada remaja sekolah dan aktiviti memang majoritinya outdoor. Macam-macam peserta perlu lakukan seperti water-confident, exploreAlam bagi dapatkan bahan masakan, masak secara survival, belajar teori dan praktikal sembelihan, War Game, Malam Kebudayaan dan Jungle Night Walk. Walaupun bilangan peserta tak mencapai target namun program boleh dikatakan berjalan lancar. Banyak ilmu-ilmu luar kelas yang telah disampaikan seperti cabaran dalam kehidupan, bagaimana meningkatkan keyakinan diri, kerja berpasukan dan lain-lain. Harapnya adik-adik ni dapat sesuatu yang bermakna untuk dikongsi dengan rakan-rakan diorang. Selebihnya, boleh tonton video dibawah.

Cabaran untuk aku sendiri menjadi antara jawatankuasa utama dalam mengendalikan kem anjuran NGO, berfokuskan kepada remaja satu Johor, dengan urusetia yang jaraknya berjauhan dan menghadap birokrasi jabatan sememangnya memeningkan kepala. 2 hari masa program aku sakit kepala. Tapi waktu tu nak enjoy the show,aku join lah aktiviti macam War Game dengan Jungle Night Walk bersama peserta. Sebelum ni banyak join program kat kampus je,sangat comfort-zone. Request bajet beribu,masak order katering tapi berbeza dengan NGO,KPIJ ni banyak yang dilakukan sendiri. Alhamdulillah kerjasama antara semua AJK yang semuanya dah kenal amat baik.

ucapanmenyampaikan ucapan penutup. Hmm,membaca ucapan kot lebih tepat sebab minta setiausaha program buatkan teks. Hahaha..

Kem ni berakhir 23 Januari lepas,lepas makan-makan kat Kg. Melayu pekena ABC Special yang tinggi giler ( terima kasih junior yang belanja 🙂 ) lepas maghrib terus drive balik ke Kluang. Mengantuk memang mengantuk,tapi itulah kedegilan biasa tetap nak drive juga.

Menjadi Ahli Tukang Masak Perkampungan Menara Gading 2012

Okey, lepas balik rumah 23hb dan lepak rumah 2 – 3 hari sempat layan drama Vanilla Coklat, hari Jumaat petang 27hb Januari 2012 bertolak semula ke Kolej Tun Dr. Ismail di UTM Skudai untuk program PMG 2012. Konsep PMG lebih kepada pendedahan alam kampus kepada lepasan SPM atau pelajar tingkatan 5. Aktiviti banyak kepada indoor, berbeza dengan Jambori. Pendedahan daripada wakil pelajar setiap kampus, LDK, group binding, forum tentang cabaran hidup di kampus dan lain-lain. Lebih kepada perkongsian realiti hidup di kampus. Kira remaja lepasan SPM pergi program ni berbaloi.

Cabaran kali ni berbeza sebab berada di biro katering dan aku satu-satunya lelaki dalam biro tu. Ingatkan job senang je lah,amik lauk bila dah siap bawak ke tempat program, lepas tu keluar pergi belanja barang dapur kira ala-ala driver macam tu. Tapi..

kipmart masakanTolak troli belanja barang basah di Kip Mart. Kemudian goreng sayur, senang je. Hehe.

Hari pertama program kami keluar belanja barang dapur agak lewat,jadi makan malam pun lewat. Biro kami gadis-gadisnya ada yang advance masak dan ada yang separa-advance. Hehe. Timing tu kurang dan makanan lambat sampai, waktu post mortem tengah malam mendapat teguranlah,macam biasa.

Hari kedua pagi-pagi aku dah siap nak ambil sarapan sebabnya tempat masak dengan tempat program jauh sikit. Kena keluar awal. Sampai kat rumah tempat memasak,dua orang chef masih membuat rempah bihun goreng lagi dan tak pasal-pasal aku kena kopek bawang. Pagi-pagi jam 7, kena kopek bawang kecil dan bawang putih. Bayangkan pagi-pagi dah menangis sebab ngadap bawang tu semua.

Serius mencabar dalam biro masakan sebab kena gerak laju dan pantas nak siapkan bahan-bahan itu ini,rumit sangat lah. Nak kata aku tak reti masak tu, nasi goreng expert dah. Hahaha. Tapi untuk diri sendiri lah,nak masak untuk 80 orang punya perut memang mintak maaf. Tapi, dapat juga peluang masak sayur kangkung untuk lunch. Lepas siang sayur kangkung, perencah semua diorang dah siap blender setakat nak masukkan dalam kuali, masukkan sayur, garam, perasa ikan bilis lepas tu gaul-gaul apalah sangat. 😆

Pengalaman memasak ni seronok, tapi kita memang takkan makan lauk tu sebab nak tengok orang lain makan dulu. Itu rasanya perasaan normal kot bila memasak ni. At least masa tu aku tahu la skill baru nak masak, karang time praktikal ( Latihan Industri ) takde lah nak makan warung je hari-hari.

Habis program 29hb, malam tu terus pulang ke rumah. Macam biasa, mengantuk lepas tu drive sorang-sorang tapi memang minat macam tu. Fikir nak balik je sebab cuti tinggal seminggu. Kali ni memang cuti tak panjang sebab ulang-alik ke JB tapi menariklah. Duduk rumah pun bukan kata tak buat apa-apa,ada kerja lain juga nak buat cuma bila expose dengan benda luar ni kita have fun dengan life, jumpa pengalaman baru.

Sekarang dah masuk semester baru,dah dekat tahun akhir. Getting serious on certain business and also for myself. Dah kena slow down program-program semua. Masuk tahun 4 nanti nak fokus kat final year project dan life after graduated. Pendek kata,duduk kampus ni kalau tak aktif berpersatuan tak jumpa benda baru, tapi kalau aktif sangat tak berpada-pada pun masalah lain akan timbul. Kira,pandai-pandailah nak hidup. Life is not to be burden but make it enjoyable.

Baca juga: Melawat dan Berjalan di Sekitar Ranau

Leave a Comment