free
hit counter

Melawat dan Berjalan di Sekitar Ranau

Selepas saya dilahirkan, saya sudah tinggal di sekitar Ranau. Tapi jangan anda berasa hairan sebab saya sendiri pun jarang melawat tempat-tempat pelancongan di sekitar ni.

Kebetulan semalam, saudara mara saya yang tinggal di Miri datang ke rumah saya. Jadi, rasa rugilah kalau tak alang-alang melawat tempat-tempat ni. Tanpa fikir dengan terlalu banyak, kita orang satu family pun bawa lah mereka keluar pergi berjalan-jalan di sekitar Ranau.

Mana letaknya Ranau itu?

Untuk pengetahuan anda, Ranau adalah satu tempat yang mempunyai blok kedai di jalan antara Kota Kinabalu dan Sandakan.

Jika anda ingin pergi ke sana, anda boleh naik kereta dari Kota Kinabalu dan pandu di sepanjang jalan raya. Ia ambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai ke Ranau.

Antara tempat yang kami lawati:

Sabah Tea

SABAH TEA RANAU
SABAH TEA RANAU

Di Sabah Tea, kami sempat singgah di memorial park (taman ilmu yang kecil saja), dan rumah panjang (yang sebenarnya adalah rumah sewa, tapi menarik untuk dijadikan sebagai background gambar) dan apa yang paling best untuk kami buat di sana adalah kami sempat untuk merasa air teh Sabah Tea (termasuklah Air teh Serai dan Air teh Misai kucing).

Tambahan pula masa tu cuaca di sana memang sejuk dan berembun, jadi minum pula air teh panas rasa memang best dan segar.

Alamat: Km 17, Ranau- Sandakan Road | NalapakRanau 89309, Malaysia.
Contact: (6088) 440882
Website: sabahtea.com.my

Poring Hot Springs

HOT SPRING PORING RANAU
HOT SPRING PORING RANAU

Tempat air kolam panas ini berada di puncak Range Crocker yang merupakan puncak tertinggi di Sabah.

Selain daripada menyeronokkan diri di kolam air panas, anda juga boleh berjalan-jalan di Poring Nature Reserve Park. Di sana anda boleh berjalan di sepanjang tepian kanopi hutan hujan(treetops canopy).

Bayaran masuk ke Poring Hot Springs adalah RM15.00 untuk seorang. Anda boleh pakai tiket itu untuk melawat Taman Kinabalu dan kemudian masuk ke Poring Hot Springs pada hari yang sama tanpa perlu beri tiket dua kali.

Aktiviti mandi-manda ni lebih sesuai untuk dijadikan aktiviti terakhir, sebab lepas mandi tu tentang semua orang rasa penat.

Tapi kami sempat untuk mandi di sini jugalah. Cuma kami tak sempat untuk pergi melawat di taman-taman yang ada. Pada masa kami ada di sana, ia merupakan musim di mana bunga Rafflesia tengah blooming. Sedihnya saya rasa sebab tak dapat pergi tengok bunga Rafflesia tu.

Bagaimanapun, saya rasa sangat gembira untuk masa ini, sebab ini merupakan kali pertama buat kehidupan saya untuk masuk ke kolam yang mempunyai kedalaman 6 kaki and 8 kaki.

Tapi saya ada guna pelampung pada badan saya, rasa sikit memalukan sebab sudah begitu besar masih tidak tahu berenang. Iu pun sebab ada adik yang pandai berenang.. Jadi, saya tidak perlu takut sebab jika ada apa-apa hal, masih ada hero di sebelah.

SUNGAI MOROLI
SUNGAI MOROLI

Di sini, kami mendapat spa urutan percuma dari ikan kelah jinak yang amat suka diberi makanan percuma ni. Selain daripada ikan kelah, ada juga ikan keli yang mempunyai saiz yang besar dan panjang.

Pada mulanya, saudara saya rasa takut juga dengan ikan ini. Tapi bila bertanya dengan guide yang ada di situ, rupanya itu adalah ikan keli Afrika.

Spina keli Afrika memang kurang tajam berbanding keli tempatan. Jadi, tak menyengat lagi perihal bayaran pula, untuk orang tempatan RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak. Tapi bayaran tiket ni cuma untuk kaki sahaja. Jika nak dapat urutan untuk seluruh badan pula, bayaran yang dikenakan lebih sikit.

Alamat:
Poring Hot Springs Nature Reserve
Poring Hot Springs
Ranau 89300

Kinabalu National Park

Meregang lebih daripada 75,000 hektar hutan hujan tebal dan gunung-gunung yang tercurah kabut. Taman Kinabalu itu penuh dengan keajaiban yang mengkagumkan.

Tempat yang boleh anda berkunjung di dalam:

Botanical Gardens

Sekiranya anda tiada tenaga nak daki gunung, anda boleh pergi ke Botanical Gardens yang ada di taman ini. Tempat ini buka setiap hari dari 9am – 4pm. Anda juga boleh bayar sikit duit untuk upah seorang pemandu pelancong tempatan untuk bawa anda berjalan di sekitar Botanical Gardens tu. Pemandu pelancong boleh didapati untuk 3 sesi sehari iaitu pada pukul 9am, 12pm, dan 3pm.

Canopy Walkway

Dalam taman, terdapat canopy walkway yang dibina dari tali dan papan kayu. Jika anda tidak berani sangat, anda mungkin boleh rasa takut apabila berjalan di atas Canopy Walkway kerana ia akan selalu bergoyang.

Langanan Waterfall dan Kipungit Waterfall

Anda boleh berjalan kaki dan sampai ke air terjun yang berdekatan.

Langanan adalah air terjun yang lebih mengagumkan. Ia mempunyai ketinggian 120 meter. Tetapi anda perlu berjalan kaki ke dalam sepanjang 3 kilometer untuk sampai ke sana. Kebanyakan pelancong tidak larat nak jalan jauh ke dalam dan biasanya mereka akan singgah di air terjun Kipungit.

Kipungit Waterfall terletak lebih kurang setengah kilometer sahaja dari pintu masuk ke Poring Hot Springs. Berjalan kaki dalam 20 minit boleh sampai. Tempat ini mempunyai kemudahan untuk berkelah, berkhemah, berenang, dan juga kemudahan tandas.

Baca juga:

Leave a Comment