free
hit counter

Asasi Sains UiTM 2011/2012 dari Pendapat Pelajar

First of all, tahniah kepada adik-adik yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya samada STPM, Matrikulasi, Politeknik/ kemahiran, Pasum dan ataupun asasi, khususnya kepada adik-adik yang mendapat tawaran ke asasi sains, UiTM Puncak Alam.

Kepada junior akak yang berada Sabah, tahniah.

Ramai juga junior yang bertanya kepada akak mengenai Asasi Sains UiTM ni, bermula dari hal pendaftaran hinggalah ke final exam.. Almaklum, akak memang ex-asasian 2011/2012.. Tahniah atas semangat anda. So, di sini, akak ingin berkongsi sedikit mengenai pengalaman akak di sana..

UiTM ada menyediakan panduan bagi menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan, so gunakan sebaiknya. Sediakan semua dokumen yang diperlukan awal-awal lagi dan pastikan tiada yang tertinggal.. Jika mampu, lebihkan satu salinan untuk setiap dokumen yang diminta.. insyaAllah memang berguna.. Setiap sijil yang difotostat pula pastikan telah di cop/stamp terlebih dahulu oleh orang yang layak.. Kemudian, jangan lupa untuk susun dengan elok dalam fail k.. Time pendaftaran nanti ada juga akak dan abang-abang yang ditugaskan untuk membantu.. Diorang memang super-baik, dan sebenarnya sangat memegang amanah untuk membantu adik-adik.. Tapi kalau boleh, jangan susahkan mereka. Ada beribu orang lagi yang mereka kena urus..

Selain itu, listkan segala keperluan seperti pakaian dan aksesori yang penting supaya senang untuk adik-adik manage benda yang perlu dibawa nanti, apatah lagi bila adik berasal dari Sabah/Sarawak. So, kalau tertinggal sesuatu, memang susahlah ko nanti. Untuk perempuan, pakailah baju kurung siap sedia dari rumah jika berhasrat untuk go on the spot to the dewan pendaftaran.. Macam akak dulu, pakai baju long sleeve biasa dari rumah.. Tup tup, akak pakai baju kurung yang tak digosok di dalam toilet airport KKIA.. Nasib baik tak berkedut.. Then, on the spot p tempat pendaftaran.. Sebab akak p tepat pada hari pendaftaran..

apa yang perlu dibawa
apa yang perlu dibawa

Adik-adik juga akan diberi biasiswa KPT.. sebanyak RM 1960 kalau akak tak silap.. Tapi jangan boros.. Sebab ada yuran yang perlu dibayar.. RM703 yuran pengajian, RM 420 yuran kolej, sekitar RM250 untuk buku-buku, lebih kurang RM50 untuk barang elektronik (satu barang RM10) dan duit untuk fotostat slide note pun perlu di bajet juga. Tapi jangan risau, duit tu memang cukup untuk menampung kehidupan adik-adik di sana.. Makanan di cafe pula tak mahal sangat, ngamlah dengan harga untuk seorang student.. Kalau adik-adik dah berjimat dari awal lagi, adik masih boleh beli Sony Ericson Xperia di akhir pengajian nanti (untuk sem pertama lah, untuk sem yang kedua lagi banyak sebab yuran pengajian reduce RM400). Maksud akak jimat, bukan makan maggie k.. Makan macam biasa lah.. Nasi tomato, nasi kukus or pelbagai lagi jenis nasi.. Akak suka laksa (RM3), favourite setiap petang.. Lebih kurang RM12 a day untuk tiga kali makan..

So, yang lain-lain mengenai hal pendaftaran ada diletakkan dalam panduan tersebut kan.. So, tu je lah.. Yang penting jangan ada yang tertinggal dan cop semua salinan dokumen.. Eh, buat medical checkup awal-awal tau.. Akak ni banyak membebel sebab akak buat lambat haritu , dan hampir-hampir tak dapat buat.. Menyusahkan diri sendiri.. Masa tu, akak sedar.. Ramai orang yang suka untuk membantu.. =)

Mengenai pengajaran dan pembelajaran pula (P&P)..

Dalam satu group ada lebih kurang 30 orang, ada juga yang kurang.. Group akak ada 33 orang dan ramai lecturer yang cakap, group akak tu besar.. Padahal akak rasa sama je macam time sekolah menengah dulu.. Hehe.. Mudah-mudahan batch adik-adik nanti akan ada program mento-mente juga.. Dalam program ni, satu group akan diberi satu mentor dan boleh organize group adik-adik kepada sistem macam di sekolah menengah dulu.. Ada ketua kelas (Class representative), p. ketua kelas dan juga bendahari.. Group akak dapat mentor yang sangat baik dan cantik.. Ahli group akak panggil dia sebagai Ibu Malissa.. So, di sini adik-adik bukan setakat belajar untuk masuk degree, tetapi dalam masa yang sama, saling mengeratkan sillaturrahim dan merasai suasana kekeluargaan..

Ada tiga jenis kelas yang perlu dihadiri, Lecture, Tutorial dan Lab.
Kelas lecture ialah kelas seperti kuliah, tapi depends on lecturer pada masa tu bagaimana kaedah pembelajaran yang digunakan.. Di sini, adik-adik akan belajar teori..

Kelas tutorial pula ialah kelas untuk adik-adik mantapkan pemahaman adik-adik.. Di sini lah quiz, assigmnent dan soal-jawab akan berlaku.. Kebanyakan lecturer dalam kelas tutorial ni masih muda, bergaya dan of course baik.. So, tak payah malu untuk bertanya.. Sekiranya adik malu untuk bertanya semasa dalam kelas. Jangan malu untuk bertanya di luar kelas pula..

Lab Class pula seperti biasa iaitu menjalankan tugasan amali.. Lab Class ni cuma ada untuk subjek Bio, Fizik dan Kimia sahaja.. Dua minggu sekali akan ada satu Lab Class, untuk setiap subjek.. Akak sarankan, jangan meniru semasa membuat lab report.. Buat sendiri, because no marks to you when you copying. Markah untuk Lab Report pula sangat penting untuk Carry Mark..

Bercakap mengenai carry mark..

Adik-adik akan membawa 50% markah untuk ditambah kepada 50% lagi markah dalam final exam nanti.. So, cuma 50% markah akan diambil daripada final exam nanti.. 50% lagi dari assigmnent, lab report, quiz dan test yang akan diberi. Buat yang terbaik untuk semua test tersebut, insyaAllah carry mark akan excellent.. Akak sarankan supaya adik-adik aim untuk mendapatkan carry mark above 40% .. Percayalah, kalau adik-adik ‘sekurang-kurangnya’ belajar.. 40% ke atas tu tak susah..

Akak ada buat table untuk penanda aras pencapaian akak dulu. Akak bagi adik-adik tengok draft table tu ea.. Akak buat begini supaya senang untuk akak nilai kemampuan akak. Adik-adik boleh guna, silakan..

Korang juga ada akan ada koko (Ko-kurikulum), subjek CTU/IDA (macam tasawwur) dan BEL (english) sebagai tambahan kepada 4 core subjek (bio, fzk, kmia, math).. Adik-adik kena excel juga dalam subjek sampingan ni, baru puas hati.. k.. Nanti adik-adik kena kumpulkan 8 kupon koko.. Kalau rajin kumpullah awal-awal lagi supaya masa final exam nanti tak terganggu..

Oh ya, nanti bila adik-adik dah nak ambil peperiksaan MUET.. Aim band 4 dan ke atas. Sebab Band 3 dah kira macam telur di hujung tanduk bila memohon UPU untuk kemasukan ke degree nanti..

Yang lain rasanya dah ada dan lebih lengkap di blog rakan-rakan akak yang lain.. Akak tau adik-adik sedang mencari.. Apapun, all the best. Gudluck.. Ikhlaskan niat untuk belajar dan belajar.. Akak sarankan adik-adik singgah baca info dari sini, lengkap dan insyaAllah berguna.

Baca juga: Perkara Penting Menjelang Tahun 2014

Leave a Comment