free
hit counter

Cara Sambung Belajar di Jordan Untuk Pelajar Malaysia

Terdapat semakin ramai orang yang berminat untuk sambung belajar ke negara Jordan selepas ambil keputusan SPM mereka.

Kebelakangan tahun ini, bilangan pelajar Malaysia yang belajar di Jordan secara purata adalah di antara 1,300 – 1,500 orang.

Jadi, sekiranya anda juga minat atau bercadang untuk melanjut pelajaran ke Jordan, anda mungkin ingin tahu macam mana untuk jadikannya.

sambung belajar ke jordan

Sistem Pembelajaran Di Jordan

Sebelum itu, kita perlu tahu macam mana sistem pembelajaran di sana.

Di Jordan, terdapat universiti awam dan swasta. Universiti di Jordan menawarkan pelbagai program pengajian. Kelas dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris ditawarkan di banyak universiti di Jordan.

Kursus-kursus yang sedia ada:

Tahap Prasiswazah (Undergraduate Level)

Ijazah Sarjana Muda(Bachelor’s Degree)

  • Ini adalah ijazah tahap pertama yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi di Jordan.
  • Syarat kemasukan: Pelajar mesti memiliki “sijil pendidikan menengah am”.
  • Tempoh: 4 tahun (Untuk pergigian, kejuruteraan dan farmasi- 5 tahun; dan untuk perubatan-6 tahun)
  • Jam Kredit: 126-257

Peringkat Pascasiswazah(Postgraduate Level)

Ijazah Sarjana (Master’s Degree)

Ijazah sarjana boleh diperoleh dengan salah satu cara berikut:

  • Penyelesaian kerja kursus dan tesis, atau
  • Penyelesaian kerja kursus dan peperiksaan komprehensif
  • Sekiranya dilakukan dengan kerja kursus dan tesis, ia memerlukan 24 jam kredit kursus dan 9 jam kredit penyelidikan; dan jika dilakukan dengan kerja kursus dan pemeriksaan komprehensif, memerlukan 33 jam kredit.
  • Tempoh: 1-2 tahun
  • Syarat kemasukan: Pelajar mesti memiliki ijazah sarjana muda atau kelayakan yang setaraf dengannya

Ijazah Kedoktoran (Doctorate Degree)

  • Ini adalah ijazah tertinggi yang boleh diperoleh universiti di Jordan. Pelajar dikehendaki menyiapkan dan mengemukakan disertasi penyelidikan yang asli.
  • Jumlah jam kredit yang diperlukan: Kerja kursus-24; Penyelidikan-24
  • Syarat kemasukan: Pelajar mesti memiliki ijazah sarjana dalam kajian yang berkaitan.
  • Tempoh: 3 hingga 5 tahun, bergantung pada bidang pengajian

Permohonan Untuk Menyambung Pelajaran ke Jordan

Ada sesetengah orang yang tersilap langkah apabila memohon untuk sambung belajar ke Jordan dengan ambil STAM terlebih dahulu. Sebenarnya, STAM tidak berperanan sebagai satu kelayakan bagi seseorang untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan.

Padahal, keputusan SPM saja sudah cukup tetapi mesti dengan kelulusan yang baik. Kelulusan mesti sekurang-kurangnya 80%.

Di samping itu, anda memerlukan bantuan kewangan yang agak tinggi. Terdapat ramai orang yang mengalami kesusahan untuk dapat bantuan wang dari mana-mana pihak. Maka mereka perlu sediakan wang yang cukup dengan usaha sendiri untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Jika anda perlukan bantuan kewangan, boleh anda pertimbangkan untuk memohon biasiswa. Biasanya pada bulan Mac, selepas keputusan SPM sudah keluar, pihak kementerian pelajaran akan mengumumkan permohonan biasiswa, pada masa itu boleh anda cuba untuk buat permohonan.

Biasanya dalam bulan Jun atau Julai sudah boleh tahu jawapan sama ada permohonan anda berjaya atau tidak. Ada biasiswa yang akan meliputi tiket penerbangan ke Jordan juga. Jika tidak, perlu anda keluarkan wang sendiri.

Bila tiba di Jordan, orientasi dan program yang tersusun sudah disediakan di Jordan dengan sempurna. Pelajar cuma perlu berdaftar atas kursus-kursus yang dia ingin belajar dan juga membuat pembayaran atas pelajarannya.

Sebaik saja anda sampai di sana, segala penempatan, penginapan, dan sebagainya sudah siap sedia untuk anda.

Sekiranya anda adalah lepasan dari diploma, dan jika diploma anda diiktiraf oleh universiti Jordan, maka anda perlu menyediakan diploma yang telah diterjemah ke bahasa Arab. Demikian juga dengan transkrip yang diterima berserta dengan buku panduan pendidikan atau buku rujukan yang ada menyatakan subjek-subjek yang anda ambil untuk diploma anda.

Universiti Terbaik di Jordan

Jordan University of Science and Technology (JUST)

Jordan University of Science and Technology (JUST) adalah universiti yang komprehensif dan disokong oleh negara yang terletak di pinggir Irbid, di utara Jordan, 70km utara Amman, ibu kota Jordan.

JUST ditubuhkan pada tahun 1986 sebagai institusi pengajian tinggi nasional yang berautonomi dengan objektif utama untuk menghasilkan profesional yang cemerlang dalam pengkhususan yang sesuai dengan keperluan Jordan dan tempatan.

Amman Arab University

Universiti Arab Amman ditubuhkan pada tahun 1999 sebagai sebuah institusi swasta yang bukan keuntungan. Universiti ini mengkhusus dalam pengajian siswazah dan dengan nama Universiti Arab Amman untuk Pengajian Siswazah, ia telah menjadi universiti Jordan pertama yang kompeten dalam menawarkan program sarjana dan kedoktoran. Institusi ini juga merupakan antara satu ahli Persatuan Universiti Arab.

University of Jordan

university of jordan

Universiti Jordan adalah institusi Pengajian Tinggi moden dan lama di Jordan. Ia ditubuhkan pada tahun 1962 dan sejak itu Universiti ini telah menerapkan dirinya pada kemajuan pengetahuan tidak kurang dari penyebarannya.

Dengan kapasiti sebagai institusi pengajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat yang komprehensif, University of Jordan membolehkan para pelajarnya memilih dari pelbagai program – lebih daripada 3500 kursus berlainan yang ditawarkan oleh universiti ini.

Yarmouk University

Ditubuhkan pada bulan Jun 1976 oleh Diraja Jordan, Universiti Yarmouk telah berkembang dengan mantap dan sudah menjadi salah satu institusi pendidikan yang terbesar dan paling berprestij di Jordan.

Universiti ini kini menempatkan 27,850 pelajar, 936 ahli fakulti, dan 1,740 kakitangan pentadbiran. Kakitangan teknikal di universiti ini tersebar di 13 fakulti yang menawarkan 56 program ijazah sarjana muda, 63 program ijazah sarjana, dan 19 program PhD dalam pelbagai pengkhususan. Ia juga mempunyai 11 pusat penyelidikan dan pengembangan kerjaya.

Perlu Tahu Bahasa Arab Ke?

Ada ramai orang yang risau sama ada mereka boleh sambung belajar ke Jordan jika mereka tidak ambil bahasa Arab semasa ambil SPM di sekolah menengah.

Walaupun pun anda tidak ambil bahasa Arab, tetapi masih layak juga untuk anda melanjut pelajaran ke Jordan jika anda ingin pergi.

Kekurangannya ialah anda perlu berusaha dengan lebih kuat sebab bila anda sudah sampai ke Jordan, anda perlu bertatabahasa dalam bahasa Arab.

Dalam waktu persedia 3 bulan yang diberikan oleh universiti yang anda belajar itu, anda akan belajar bahasa Arab Ammi yang bermaksud bahasa yang biasa dicakap di tempat Jordan.

Jika belajar bahasa Arab di Malaysia, biasanya kita akan belajar bahasa Arab Fushah yang merupakan bahasa Arab standard.

Ia adalah berbeza dengan bahasa Arab Ammi. Jadi, perlu anda ingat ini supaya tidak akan anda rasa hairan kenapa banyak bahasa Arab yang anda dengar di Jordan macam tidak sama dengan apa yang anda belajar di Malaysia.

Jika anda tidak dapat menguasai bahasa ini, maka anda akan mengalami kesukaran semasa belajar di sana.

Baca juga:

Leave a Comment