free
hit counter

Perlukah Menghantar Surat Berhenti Kerja?

Hari ini saya ingin kongsikan bersama anda sekalian tentang buku tulisan dari Seth Godin. Buku yang ditulis olehnya adalah bertajuk ‘The Dip’.

The Dip mengulas dan menjawab tentang persoalan bilakah masanya seseorang itu patut berhenti dalam melakukan sesuatu. Antara contoh yang diberikan dalam buku itu termasuk perlukah saya menghantar surat berhenti kerja?

surat berhenti kerja

Jawapan yang dikongsi dalam buku ini bukan khusus untuk kerja tetapi lebih daripada itu. Walaubagaimanapun, anda akan dapat ilmu dan ilham yang banyak dengan membaca buku ini.

Soalan Yang Berkenaan Dengan Motivasi

Persoalan ini sering muncul dalam soalan-soalan motivasi. Antara contohnya adalah:

Saya telah berada dan melakukan perkara ini setelah sekian lama buat banyak tahun, patutkah saya saya menghantar “surat berhenti” kepada saya diri atau meneruskan sahaja apa yang saya telah buat untuk masa yang begitu lama?

Bidang Penulisan

Contohnya seperti mereka yang melibat dalam bidang penulisan. Terdapat orang yang telah menulis pelbagai buku untuk masa yang panjang, tetapi sehingga sekarang buku yang ditulis olehnya tidak mencapai bestseller. Kebanyakan buku yang ditulis olehnya cuma dapat rezeki yang sikit saja.

Maka soalan yang mungkin timbul pada penulis itu ialah “adakah saya patut menghantar “surat berhenti” kepada saya atau tidak untuk berhenti tulis dan terbit apa-apa buku lagi? Faktor apa yang patut difikirkan oleh saya?”

Jika anda mengalami keadaan seperti itu, tips yang dikongsi oleh Seth Godin dalam bukunya nampak memang amat sesuai untuk diaplikasi oleh anda.

Tips atau petua yang diberikan dalam bukunya adalah sangat sesuai untuk jadi rujukan kepada mereka yang menjalani perniagaan sebagai kerjaya terutama bagi mereka.

Soalan Untuk Perniaga dan Usahawan

Jadi, bagi perniaga atau usahawan, soalan yang perlu ditanya pada diri sendiri adalah:

1.Untuk berjaya dalam sesuatu bidang, anda perlu melalui sesuatu halangan. Adakah anda sanggup mengharungi halangan tersebut tanpa hilaukan betapa susah halangan ini ada pada anda?

Contohnya jika seorang berhasrat ingin menjadi guru, halangan ada padanya pada zaman sekarang ini adalah untuk mempunyai ijazah perguruan dan belajar dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan.

Ataupun bagi mereka yang berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan, adakah anda sudah bersiap sedia dan sanggup menghadapi halangan dari sudut saingan hebat dari persaing yang dalam sama bidang dengan perniagaan anda?

2. Untuk berjaya dalam sesuatu bidang juga, anda mesti berada dalam bidang tersebut untuk sesuatu tempoh yang tertentu. Sanggupkah anda melakukannya tanpa undur diri dengan pelbagai alasan?

Contohnya, untuk menjadi guru tempoh proses pembelajaran biasanya memerlukan tempoh 4 tahun untuk mendapatkan ijazah. Sanggupkah anda berada dalam tempoh itu dan tamatkannya tanpa sebarang alasan untuk tarik diri selepas satu, dua tahun?

3.Anda juga perlu ketahui bahawa semakin lambat anda masuk dalam sesuatu bidang, semakin sukar anda ingin berjaya dalam bidang itu. Ini adalah disebabkan oleh persaingan dan undang-undang yang dibuat. Sanggupkah anda melaluinya jika anda dicabar oleh persaingan atau dihalang oleh undang-undang yang anda rasa tidak adil bagi anda?

Contohnya, jika kita perhatikan pada zaman dulu, jika seseorang ingin menjadi seorang guru, dia boleh dapat pekerjaan sebagai guru dengan kelayakan maktab sudah cukup.

Walau bagaimanapun kemasukkan ke kerjaya dan bidang guru ini sudah jadi semakin sukar hari demi hari disebabkan persaingan dan gubahan undang-undang yang mewajibkan guru untuk mempunyai kelayakan tertentu.Permintaan juga semakin dipertingkatkan.

Itulah merupakan antara beberapa tips yang dikongsi oleh Seth Godin dalam bukunya mengenai petua untuk membuat keputusan sama ada anda patut berhenti ataupun tidak apabila terlibat dalam sesuatu bidang. Jadi, jika anda sedang bercadangkan untuk membuat sesuatu, apa yang akan anda buat sekarang?

Adakah anda sudah bersiap sedia untuk menceburi diri dalam bidang pilihan anda? Adakah anda mempunyai kesemuaan sumber yang anda perlukan untuk memastikan anda boleh urus dengan baik dalam bidang pilihan anda? Adakah anda mempunyai tanggungjawab dan disiplin untuk berjaya walaupun ia amat susah untuk dicapai?

PS: Saya tulis artikel ini dengan tujuan untuk berkongsi bersama anda supaya anda dapat membuat perancangan yang baik sebelum melibatkan apa-apa bidang. Saya bukan bermakna di mana saya akan berhenti dari dalam bidang yang sudah saya pilih untuk melibat beberapa tahun dulu ya.

Setakat ini blog yang saya uruskan bukan jadi blog yang famous sangat di kalangan internet. Tetapi Alhamdulilah blog ini sudah menerima pengunjung yang semakin meningkat dari bulan ke bulan. Harap tidak lama kemudian blog ini boleh menjana pendapatan yang boleh menyara hidup harian saya tanpa saya risau tentang hal usul kewangan lagi.

Diharap para pembaca terus menyokong jadi saya tidak perlukah fikirkan untuk menghantar surat berhenti kerja kepada diri sendiri.

Leave a Comment