free
hit counter

Tentang Risiko Dan Nasihat Dari Robert Kiyosaki

Terdapat sebuah kata-kata yang telah diterima oleh Robert Kiyosaki ketika dia masih muda. Sekadar maklumat, Robert Kiyosaki merupakan salah seorang jutawan yang bergiat cergas dalam bidang hartanah dan saham ketika zaman mudanya.

Beliau sudah pun mencapai peringkat bebas kewangan. Peringkat ini merupakan peringkat di mana beliau tidak perlu bekerja, tetapi wang tetap masuk ke poketnya.

safety risk

Seterusnya beliau mencipta permainan papan (board game) yang diberi nama Cashflow untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan kewanagan.

Beliau juga telah banyak menulis buku tentang kewangan yang telah mencapai tahap bestseller. Salah satu buku yang paling popular dan dijual dengan banyak di seluruh adalah buku yang bernama ‘Rich Dad,Poor Dad’.

Mari kita lihat kata-kata yang dinasihati oleh mentor beliau,

“Jika kamu jenis orang yang tidak berani, kamu akan menyerah kalah setiap kali kehidupan menolak kamu. Jika kamu jenis yang sebegitu, kamu akan sentiasa memilih jalan yang selamat, melakukan perkara yang betul, menyelamatkan diri daripada kejadian yang tidak pernah berlaku.

Akhirnya kamu hidup dalam kebosanan sehingga kamu mati. Kamu mempunyai ramai kawan yang menyukai kamu kerana kamu seorang yang bekerja kuat. Hakikatnya, kamu membiarkan kehidupan menolak kamu sehingga kamu tewas. Jauh di lubuk hati kamu, kamu sangat takut untuk mengambil risiko.

Kamu ingin menang, tetapi ketakutan terhadap kekalahan telah mengatasi keseronokkan terhadap kemenangan. Dalam hati kamu, hanya kamu yang tahu bahawa kamu tidak berani melakukannya. Kamu memilih jalan selamat.”

Ini merupakan pesanan dari Rich Dad kepada Robert Kiyosaki ketika dia masih muda.

Risiko dan Manusia

Soalan 1

Perkara yang manakah akan dipilih oleh anda?

  1. Mempunyai 80% peluang untuk memperolehi wang RM3,750, atau 20% memperolehi RM0.
  2. Mempunyai 100% peluang untuk memperolehi RM3,000.

Soalan 2

Perkara yang manakah akan menjadi pilihan saudara jika anda akan kehilangan wang tersebut?

  1. 80% peluang kehilangan RM3,750, 20% kehilangan RM0..
  2. 100% kehilangan RM3,000

Huraian:

Ok, kini anda pasti mempunyai jawapan yang tersendiri. Soalan ini merupakan kajian yang pernah dilakukan tentang psikologi manusia terhadap risiko.

Untuk soalan pertama, majoriti daripada orang yang ditanya telah memilih pilihan B. Manakala untuk soalan 2, majoriti daripada mereka memilih A. Adakah jawapan anda sama seperti yang dinyatakan?

Dapatkah anda perhatikan dan memberi faktor keputusan ini. Dan apakah kesimpulan yang dapat dibuat di sini?

Inilah hakikat kehidupan dan terdapat sesuatu yang menarik yang dapat dipelajari dari kedua-dua soalan yang diberikan di atas.

Apabila tibanya untuk membuat pilihan kepada sesuatu yang baik dan terjamin, manusia akan lebih cenderung untuk memilihnya walaupun tahu ada pilihan yang menawarkan pilihan yang lebih baik. Kita boleh membuat keputusan seperti ini adalah kerana kita cenderung untuk tidak mengambil risiko.

Tetapi apabila tibanya pada saat di mana kita akan kehilangan sesuatu, kita bertindak sebaliknya. Kita rela untuk kehilangan sesuatu yang lebih besar. Kita berani untuk rugi besar kerana tidak mahu rugi.

Pengajaran Yang Boleh Didapati Dari Soalan Ini

Terdapat pengajaran yang dapat dipelajari daripada soalan di atas. Terutamanya dalam aplikasi dalam kehidupan. Kadang-kadang, kita takut untuk pijak keluar daripada zon selesa diri. Hal ini adalah kerana ianya suatu jaminan. Kita tahu bahawa ianya terdapat habuan yang lebih besar yang boleh diperolehi. Tetapi kita cenderung untuk kekal pada zon selesa itu.

Pengajaran kedua pula, kita hanya bertindak apabila ia adalah sudah terlambat. Dan lebih malang, ianya kadang kala tindakan itu berpaksikan kepada emosi. Kita sanggup kehilangan yang lebih besar semata-mata untuk tidak rugi.

Adakah rugi itu sesuatu kekalahan? Bagi saya ianya adalah sesuatu yang subjektif. Ia adalah bergantung kepada apa yang dirugikan dan kenapa ianya berlaku. Teringat kata-kata seorang sahabat ketika dahulu,

Mengalah bukanlah bererti kalah.

Tiada jawapan yang betul atau salah untuk soalan divatas. Ianya adalah tentang psikologi dan bagaimana manusia bertindak berdasarkan sesuatu keadaan. Ia adalah untuk anda bertindak mengikut risiko yang mampu anda tanggung!

h2>Pelaburan Tanpa Risiko?

Adakah pelaburan tanpa sebarang risiko wujud di dunia ini? Jika tidak, adakah pelaburan yang mempunyai risiko yang sangat rendah? Memang tiada orang yang mahu meletakkan wang peribadi mereka dalam pelaburan yang berisiko dan hilangkan semua wang mereka, kan?

Tetapi malangnya, di dunia ini memang tidak ada pelaburan yang benar-benar dijamin tidak mempunyai sebarang risiko. Walaupun anda meletakkan wang anda dalam akaun simpanan bank, ia juga terdapat risiko di mana wang simpanan anda mungkin hilang jika bank itu tutup pintu. Tetapi walaupun begitu, wang yang kita masukkan ke dalam bank adalah disokong oleh kerajaan. Hanya jika kerajaan kita jatuh, maka kita akan mempunayi risiko kehilangan wang kita.

Sekarang, mungkin anda dapat melihat ke mana arah kita menuju. Selalunya akan terdapat risiko tidak kira di mana anda membuat keputusan untuk meletakkan wang anda. Walau bagaimanapun, ia adalah terpulang kepada anda tentang berapa tinggi atau rendah risiko itu. Matlamat di sini adalah untuk meletakkan wang anda dalam pelaburan yang mempunyai risiko yang paling rendah mungkin.

Leave a Comment