free
hit counter

7 Formula Menulis Blog Berbahasa Inggeris Bagi Bukan Penutur Jati

Bolehkah blog berbahasa Inggeris diterbitkan oleh seorang yang bukan penutur jati(non-native english speaker)?

Begitulah soalan yang diajukan kepada aku. Aku memamgn termenung juga untuk soalan ini buat seketika. Yang pertamanya, aku tiada blog berbahasa Inggeris sepenuhnya. Yang kedua, tahap bahasa Inggeris aku juga sampai ke laut. Lalu, aku jadikan soalan itu sendiri sebagai cabaran.

tulis dalam bahasa inggeris

Setelah beberapa klik di Google, aku memperolehi sedikit panduan dan formula bagaimana menerbitkan blog berbahasa inggeris bagi mereka yang tulis dalam bahasa inggeris dan bukan bahasa ibundanya.

Apa kelebihan dan kekurangan blog berbahasa Inggeris?

English is the language of the internet. Begitulah lebih kurang ungkapannya. Bahasa Inggeris boleh difahami oleh pelbagai manusia dan bangsa dari segala pelusuk dunia. Dengan menerbitkan sebuah blog berbahasa inggeris, kita dapat menyampaikan isi kandungan kepada lebih ramai pembaca.

Tetapi, oleh kerana ramai yang boleh berbahasa inggeris di dunia ini, maka, saingan terhadap blog kita akan menjadi lebih hebat, hanya kerana ramai boleh sebagimana yang kita tulis. Jadi, ada kelebihan dan kekurangan yang harus dipertimbangkan sekiranya anda berhasrat untuk memulakan blog berbahasa inggeris.

1. Jangan menggunakan terjemahan automatik

Jika kita boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu, jangan tulis artikel yang ingin kita tulis dalam bahasa melayu dan terus menggunakan sebarang bentuk perisian, terutamnya Google Translate untuk menterjemahkannya dalam bahasa inggeris. Sebab makna yang ditulis dalam bahasa melayu akan lari semua jika buat penterjemahan seperti ini.

Cara yang terbaik ialah mula menulis dan menyiapkan artikel itu dalam bahasa Inggeris, bukannya menterjemahkannya. Hadkan penterjemahan itu di dalam kepala kita sahaja.

2. Kamus ialah perkara wajib yang perlu ada

Sama ada dalam bentuk fizikal (buku) atau dalam bentuk perisian, kamus adalah wajib dalam menulis sesuatu yang bukan bahasa ibunda kita. Google juga boleh menjadi kamus yang baik. Bukan Google Translator, tetapi carian google itu sendiri.

Dari keputusan carian, kita boleh melihat maksud perkataan tersebut dan konteks bagaimana ianya digunakan.

3. Belajar menulis dengan membaca dan menonton

Jadikan rutin membaca bahan bacaan dalam bahasa inggeris. Tidak terhad kepada bacaan, kita boleh juga menonton filem atau siri televisyen dalam Bahasa Inggeris. Elakkan menggunakan sari kata (subtitle).

Dari masa ke masa, penguasaan bahasa inggeris kita akan bertambah baik. Antara yang bahan bacaan yang mudah difahami dan baik ialah berita online, surat khabar dan juga blog yang mempunyai entri yang pendek.

4. Hadkan bilangan perkataan supaya di bawah 1000 patah

Pada peringkat awal, kita cuma perlu berlatih menulis artikel yang pendek sahaja. Artikel yang pendek tetapi tersusun dari segi isi dan tatabahasanya lebih bagus dari yang panjang tetapi lemah susunannya.

5. Gunakan khidmat penulis lain

Kita boleh mendapatkan khidmat freelancer yang boleh menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris. Tetapi seperti yang dinyatakan sebelum ini, jangan bekalkan mereka dengan artikel berbahasa Melayu dan minta diterjemahkan dalam bahasa Inggeris.

Tulis dalam bahasa inggeris dan minta mereka lakukan semakan dan membetulkan kesalahan yang wujud. Walau bagaimanapun, kaedah ini memerlukan kita mengeluarkan sedikit modal.

6. Perbaiki penguasaan Bahasa Inggeris diri sendiri

Setengah orang boleh memahami bahasa inggeris dengan baik, tetapi amat lemah dalam menulis atau bertutur. Sebenarnya orang seperti ini hanya kurang latihan dan kurang biasa. Jika kita mengambil peluang untuk menggunakan bahasa inggeris dalam kesempatan yang ada, tahap penguasaan kita akan meningkat.

7. Jangan kejar kesempurnaan

“I eat nasik”

“What nasik?”

“Rice, you know, paddy”

Jika kita inginkan kesempurnaan sebelum mula menulis, kemungkinan besar kita tidak akan bermula langsung. Menulis dalam keadaan yang tidak sempurna merupakan satu bentuk pembelajaran. Kita akan dikomen, ditegur dan mungkin juga dilaknat oleh pengguna internet lain.

Jika kita inginkan kesempurnaan sebelum mula menulis, kemungkinan besar kita tidak akan bermula langsung.

Jadk, jangan pedulikan terlalu banyak perkara. Ambil saja apa yang positif dan belajar dari kesilapan. Jika lebih banyak yang mengomen, lebih bagus, itu menunjukkan artikel kita dibaca oleh ramai orang.

Baca juga: 5 Cara Untuk Dapat Idea Tulis Blog

Leave a Comment