free
hit counter

Mengapa Bahasa Inggeris Menjadi Tanda Kepintaran di Malaysia

Entri ini adalah isu kritikal pertama ingin saya bawakan. Bukan kemahiranku mengulas kesan dasar perubahan aliran bahasa akademik di Malaysia. Namun, pandanganku ini adalah perspektif dari sudut sosiologi yang berlaku dalam masyarakat kita, Malaysia. Masa kecil-kecil dahulu, aku belajar subjek Sains & Matematik dalam Bahasa Melayu. Istilah sains mula aku pelajari. Dan antara istilah yang pertama ialah mamalia. Aku mengenali haiwan bernama platipus.

bahasa Inggeris

Saat segalanya diajarkan dalam Bahasa Inggeris, aku mendengar keluhan para pelajar sekeliling. Aku bersekolah menengah di negeri Kelantan iaitu MRSM Jeli. Alhamdulillah, aku tidak mengalami kesusahan belajar dalam Bahasa Inggeris. Mungkin ada yang asalnya dari pinggir bandar, terpaksa belajar segalanya dalam Bahasa Inggeris. Kedengaran tersekat-sekat menyerap apa yang dipertuturkan guru dan memahami ilmu yang dicedok dari buku teks KBSM serta lambakan buku rujukan yang kononnya bahasa global.

“Kau tak pe lah Lily, kau pandai B. Air…”

B.Air adalah B.I. Memang mulanya aku tak faham. Sekarang, sudah.

Masa ini, aku akui agak riak sedikit bila dipuji pandai dalam bahasa Inggeris. Berbunga hatiku. Sedangkan aku agak boleh tahan dalam speaking, mereka tidak. Tersekat-sekat mereka cuba berbicara dalam BGK ketika sesi discussion. Bila ini berlaku, sesi pembelajaran dan pengajaran tidak lagi seronok. Malah, setiap kelas bahasa Inggeris, aku pegang. Mungkin disebabkan persaingan yang kurang.

Saat aku mendapat tawaran ditemuduga SPC, ramai rakan percaya aku dapat akan tawaran itu kerana kebolehan ku berspeaking.

“Kau boleh punya. Kau pandai speaking.”

Namun, tidak. Biar pun aku petah berkata-kata, tapi nasib ku langkah kiri. Takpe. BIarlah mereka tidak percaya. Mereka menganggap aku pandai orangnya. Boleh berspeaking dan result trial pun boleh tahan. Memang aku boleh dikategorikan sebagai orang yang pandai. Namun, pandai itu bukan bijak. Orang itu akan jadi pandai bila berusaha berkali-kali, manakala bijak itu ialah kebolehan mengimbangi mental, fizikal, rohani dan emosi. Pandai juga bukan pintar. Pintar itu terhad seperti pintar matematik atau pintar muzik.

Saat itu, keyakinan diriku menjadi rendah. Aku tidak tahu nak letakkan diri ini dalam kategori apa. Aku rasa bodoh. Semangat aku lemah seketika. Ketika itu, aku sedar yang diri ini bukan bijak, tapi pandai.

1. Konotasi masyarakat terhadap orang yang boleh berspeaking BGK.

Jika seseorang itu boleh berspeaking BGK dengan penuh fasih dengan frekuensi yang sebijik sama dengan seperti orang putih, terus orang sekeliling akan membuat andaian…

“Oh, Salleh ni mesti orang yang pandai! Sesuailah aku nak buet menantu!” desas hati Mak Cik Jonah. Senyum kambing dia..

Secara psikologinya, bila pihak kedua bercakap bahasa Inggeris dengan baik sekali, andaian pertama paling WAJIB bagi pihak pertama/ ketiga ialah orang itu mesti BIJAK! Kebolehannya menguasai BGK tidak boleh dinafikan lagi. Dia memang bijak!

2. Bila seseorang itu diexpect bijak hanya kerana kebolehan berBGK.

Pernah kah anda berasa demikian? Tidak? Kalau macam tu, dengar bait kata rakan anda yang penuh fasih dalam Bahasa Inggeris, mesti anda akan kata dia ni budak bijak, kan? Sekarang, inilah masalah mentaliti yang berlaku dalam masyarakat kita. Bahasa Inggeris telah dijadikan kayu pengukur kebijaksanaan seseorang. Tak pandai Bahasa Inggeris, maka tak pandai lah!! (Aku pulak geram?)

Kasihan orang yang boleh berBGK. Sungguh tinggi expectations yang diperolehi dari masyarakat sekeliling. Dan kasihan pula kepada mereka yang boleh berbahasa Melayu penuh (dan tidak berBGK). Kurang mendapat perhatian.

3. Peralihan bahasa dalam sistem pendidikan Negara.
Semestinya ya bagi para ibu bapa! Anak-anak mereka semakin pandai dalam bahasa Inggeris. Dan ada sesetengah golongan merasakan “Sikit lagi peratusan bahasa Melayu..tak lama lagi jadi 0%”. Pulak. Ada yang mengharapkan kepupusan bahasa kebangsaan secara tidak sedar.

Perkara ini berlaku sejak sistem pendidikan telah berubah dari sistem Bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris pada tahun 2005. Sekarang, dari tahun ke tahun, mak bapak rasa sangat gembira bila dengar sahaja di berita TV3, prestasi anak masing-masing kian meningkat. Rekod yang menjawab soalan dengan jawapan Bahasa Inggeris meningkat naik dari bahasa Melayu. Oh, Bahasa Melayu, ke mana kah kita?

Kini, bahasa Inggeris telah diterapkan di peringkat bayi lagi supaya anak-anak cepat belajar BAHASA KONON GLOBAL tuh. Aku faham. Supaya bila semuanya semakin dewasa, anak-anak tidak akan ketinggalan menangkuh arus perdana yang kian mencabar. Teknologi semakin menguasai dunia. Dunia dikuasai orang putih!?? Oleh itu, cepat-cepat pandai Inggeris supaya mampu dominasi dunia??

Imbas: Best sungguh dapat menyingkap sejarah semasa PMR tatkala pedagang-pedagang semua perlu pandai berkomunikasi dalam Bahasa Melayu supaya perdagangan berjalan dengan lancar. Para pedagang Eropah, Portugis, British, India, China dan dari seluruh dunia perlu berbahasa Melayu sehingga bahasa ini diangkat martabatnya sebgai lingua franca oleh 83 buah negara.

Maka, tidak hairanlah, aku juga ingin berbuat demikian setelah punyai anak. Dan kemudian, biarlah bahasa Melayu tenggelam kerana lingua franca ini hanya terkenal semasa zaman Kesultanan Melayu serta Kepulauan Melayu dahulu. Sedih sungguh membicarakan maruah bahasa kita. Oh, bahasa, ke mana kita ni??

“Since when speaking english is a sign of intelligence?”
Kata-kata Nelly iaitu membuatkan aku terpaku. Mereka sendiri berasa terkejut dan tidak sedar bahawa bahasa mereka sekarang adalah bahasa satu dunia. Dan kita sendiri tak sedar bahawa kita mengutamakan bahasa Inggeris, walaupun dalam masa yang sama kita nak memperkasakan bahasa Melayu–> Keputusan kerajaan mengenai pembikinan dasar baru, iaitu ‘Memperkasakan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris’ atau MBMMBI pada tahun 2011.

Dasar kerajaan yang melakukan transformasi P&P Subjek Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 2005 telah membuatkan satu Malaysia sedar akan kepentingan Bahasa Inggeris secara besar-besaran. Mentaliti masyarakat mula berubah drastik iaitu bahasa inggeris adalah simbol kebijaksanaan seseorang. Dalam diam, secara sedar atau tidak sedar atau bawah sedar, ramai yang telah mula menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa pertama terutamanya di rumah.  Dasar ini telah menyebabkan seseorang itu  lebih mementingkan BGK dari Bahasa Melayu. Sampai wujud mentaliti bangang: “Jika tidak pandai Bahasa Inggeris, maka tidak pandailah” dalam masyarakat setempat. Tak percaya? Sekarang, nilaikan rakan anda/orang berdekatan berkomunikasi dalam BGK, mesti anda akan kata,

“Pergghhh speaking bapak laju!”.

Mesti anda akan rasa hormat terhadap orang itu.

Kenapa hormat?

1. Sebab, boleh berkomunikasi BGK dengan fasih.
2. Mentaliti : Orang berBGK lebih pandai dari yang tidak. (Padahal, hakikat sebenar, biasa sahaja.)

Akhirnya, rasa hormat terhadap bahasa Melayu menjadi tipis.

UBAH MENTALITI!

1. English is SO NOT a sign of intelligence.
Ubah habis mentaliti yang mengarut itu. Mentaliti yang macam inilah telah menyebabkan 1/2 rakyat Malaysia menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama. Mentaliti yang mengarut ini juga lah menyebabkan kita habis hilang rasa patriotik dan bangga terhadap Bahasa Melayu. Kagum dengan pelajar Rusia dan Jepun dan lain-lain. Ramai yang mengambil subjek bahasa ini kerana intonasi nya indah jika disusun menjadi lirik lagu. Dr Tatianna V. Doroveva mengangkat bahasa Melayu di  di Institut Negara-Negara Asia dan Afrika, Moscow State University dan University of Applied Oriental Studies, Moscow.

Banyak kesan keburukannya melanda minda masyarakat tempatan.

  1. Rasa bangga/kagum/takjub trerhadap bahasa ibunda sudah semakin tiada.
  2. Keyakinan diri semakin menurun dek ketidakmampuan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
  3. Hanya bahasa Inggeris sahaja dianggap bahasa yang boleh survive dalam dunia yang penuh pancaroba ini.
  4. Orang Melayu tidak boleh berbahasa Melayu, sebab….
  • sebab dari kecil diasuhnya bahasa Inggeris, menyebabkan hilang jati diri.
  • sebab faktor sekeliling yang menyebabkan dia kena berBGK- contoh situasi bila sesebuah komuniti itu hanya mempunyai selera dan hanya selesa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sahaja. Faham?

 

Itulah faktor yang aku simpulkan di sini. Faktor-faktor yang aku mampu fikirkan dari sudut psikologi tentang sikap dan perangai manusia yang mengagungkan mengutamakan bahasa Inggeris ini.

Aku mempunyai saudara yang tidak mampu berbahasa Melayu. Bila bercakap bersama ahli keluarga, jadi pelat. Macam cakap sebuah bahasa yang asing sekali. Tiap kali butir katanya kedengaran pelat, semua orang sebolehnya mahu menahan ketawa. Salah siapa?

:

Kesimpulan.

Adakah aku bersifat negatif terhadap Bahasa Inggeris? 

Entri ini bukan bermakna aku menghalang Bahasa Inggeris. Aku bersikap sangat terbuka dengan bahasa ini. Aku juga dahulu mempunyai mentaliti yang sama iaitu mudah takjub/mengkagumi orang yang fasih berbahasa BGK tetapi kini tidak lagi. What a bullshit.

Aku faham keadaan dunia sekarang yang memerlukan kita untuk berdaya saing. Aku sedar dunia kini makin kompetitif dan rumit. Bahasa Inggeris adalah bahasa utama sekarang, bahasa dunia. Tetapi, bila bahasa Inggeris menjadi simbol kebijaksanaan seseorang, itu sudah melampaui had.

Sekarang, banyak perkataan Inggeris dipermelayukan. Tahap pengajian bahasa Melayu semakin sukar. Maka lahirlah Edisi Kamus Dewan Edisi yang ke-Sejuta (sindir). Perkataan Melayu makin bertambah-tambah. Yang tidak wujud tahun 2011, tiba-tiba ada pada tahun 2012. Yang ada, tambahkan keenakan bunyinya dengan pengubah suai bahasa dan ditransformasikan (perkataan Melayu dari perkataan transform), dicetak, dibual bersama.

Sekian lama (55 tahun) kita telah dijajah bangsa Inggeris. Oleh itu, kita berhak merdekakan minda kita dari penjajahan. 

:

P/S: THOSE WHO WERE PERCEIVE ENGLISH IS A METER TO MEASURE ONES INTELLIGENCE ARE THE ONE WHO ARE SHALLOW IN THEIR OWN INTELLIGENCE

Renung:

“X perlu tambah kepada Y supaya Z menjadi begitu …………………”

Efficient > Efektif

Efficient > Berhasil

Perkataan makna yang agaknya anda mahu pilih untuk dimasukkan ke dalam ayat? Bunyi Melayu atau bunyi Inggeris yang diperMelayukan?

Leave a Comment