free
hit counter

Senarai Peribahasa dan Maksud Untuk Pepatah Melayu Berlainan

Menurut data, ungkapan yang disebut adalah ungkapan tetap yang dibentuk melalui penggunaan jangka panjang dan pembajaan dalam bahasa. Ia adalah unit bahasa daripada perkataan jambi dan mempunyai fungsi tatabahasa yang setara dengan unit perkataan.

pepatah dan peribahasa melayu

Peribahasa perli adalah frasa tetap yang terbentuk setelah penggunaan pepatah Melayu dengan jangka panjang dan pengaburan dalam bahasa Melayu. Mereka mempunyai makna yang lebih kaya daripada kata-kata biasa.

Peribahasa kuno juga kaya dengan konotasi ideologi, pendek, ringkas dan mudah diingat. Selalunya disertai dengan emosi, termasuk menyesal, menyindir, memuji, beri semangat, dan sebagainya. Dalam karangan, jika boleh pakai beberapa pepatah yang berkenaan, akan jadikan karangan anda lebih menarik untuk dibaca.

Peribahasa yang wujud sekarang melingkungi dengan meluas yang merangkumi pekara tentang keluarga, ibubapam jiran, guru, fitnah, menuntut ilmu, harapan, semangat, belajar, berjaya, rindu, waktu, kesihatan, wang, dan lain-lain.

Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan

Maksud: Apa-apa pekerjaan pun mesti dibuat sampai habis dan berjaya. Ini adalah berkaitan usah dan ia merupakan nasihat yang baik kepada orang yang malas.

Contoh ayat: Jangan putus asa dengan senang dalam pekerjaan kita. Kita mesti Berusaha dengan kuat sampai berjaya kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu

Maksud: Usaha kuat atas bercucuk tanam, akhir pasti akan berjaya untuk dapat hasilnya.

Contoh ayat: Asalkan kita berusaha kuat untuk kerja yang kita lakukan, akhir kita akan dapat hasil hebat yang kita mahukan. Sebab berbudi kepada tanah, tahan tidak tipu.

Pepatah yang sama: Berbudi pada tanah pasti ada hasilnya.

Alah bisa, tegal biasa

Maksud: Sesuatu tugas atau pekerja yang susah untuk diselesaikan akan jadi senang jika sudah buat dengan banyak kali.

Contoh ayat: Dia sudah bekerja sebagai engineer banyak tahu, jika panggil dia datang untuk selesaikan masalah teknikal ini mesti senang sangat sebab Alah bisa, tegal biasa.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud: Bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja. Ini adalah peppatah tentang gotong royong.

Contoh ayat: Di komuniti di tempat tinggal saya, kami selalu mengadakan gotong royong sebelum hari kebesaran seperti hari raya  untuk bersihkan alam sekitar. Semua penduduk mempunyai minda di mana berat sama dipukul, ringan sama dijinjing.

Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan

Maksud: Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti akan menjadikan mereka sombong pada akhirnya.

Contoh ayat: Jangan anda terlalu manja isteri dan anak-anak anda, sebab takut nanti jadi sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tiggalkan.

Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan

Maksud: Orang yang amat memerlukan bantuan, akan rasa sangat gembira apabila ada orang yang hulurkan tangan untuk menolong.

Contoh ayat: Bila anda berada dalam keadaan yang susah dan mempunyai banyak masalah. Tiba-tiba dapat kawan tolong selesaikan, anda akan rasa kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Biar papa asal bergaya

Maksud: Sanggup habis wang asal berlagak

Contoh ayat: Dia berlahir dari keluarga yang kaya dan selalu belanja atas apa-apa barang saja yang dia suka. Memang biar papa asal bergaya.

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

Maksud: Hendaklah berwaspada dan berhati-hati apabila membicarakan sesuatu perkara.

Contoh ayat: Jangan anda selalu cakap buruk di belakang orang, sebab cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

Ditelan mati emak, diluah mati bapa

Maksud: Dalam keadaan yang serba salah untuk membuat keputusan.

Contoh ayat: Saiful berasa serba salah sama ada hendak pergi bekerja ke luar negeri dengan gaji yang tinggi sebab dia akan rindu isteri yang baru kahwin tu. Keadaannya seperti dimakan mati emak, diluahkan mati bapa.

Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih…

Maksud: Seseorang yang selalu nampak kesalahan orang lain. Tetapi kesalahan sendiri tidak nampak.

Contoh ayat: Itulah perangai Azmin. Biarpun buat salah selalu salahkan orang lain dulu. macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

Maksud: Walau bagaimanapun kelebihan negara lain, tetap negeri sendiri memang lebih baik lagi.

Contoh ayat: Ramai penduduk suka melanjutkan pelajaran ke negara lain, tetapi pendidikan di negara kita sebenarnya juga bertaraf antarabangsa juga. Memang hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Gajah di hadapan mata tak nampak, semut di seberang lautan nampak

Maksud: Kesalahan orang lain selalu nampak biar pun kecil saja. Tetapi kesalahan besar sendiri tidak disedari.

Contoh ayat: Boss tu selalu suka marahkan pekerja-pekerjanya walaupun kesalahan kecil saja yang dilakukan. Tetapi bila dia sendiri yang buat salah, dia diam saja atau tunduh orang lain yang jadikan. Memang gajah di hadapan mata tak nampak, semut di seberang lautan nampak.

Jauhari juga yang mengenal manikam

Maksud: Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu.

Contoh ayat: Hana sangat rajin dan suka baca buku. Dia seorang jauhari juga yang mengenal manikam yang sangat suka untuk hafalkan pengetahuan yang ingin disampaikan oleh buku-buku yang dia baca.

Hilang satu tumbuh seribu

Maksud: Segala sesuatu yang sudah hilang, selalu ada gantinya yang muncul.

Contoh ayat: Jangan anda rasa sedih hati kerana lepaskan peluang kali ini untuk berjaya.  Sebab hilang satu tumbuh seribu, memang peluang akan selalu muncul biarkan anda terus berusaha.

Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati

Maksud: Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang.

Contoh ayat: Kita mesti selalu hormat dan sayang kepada ibu bapa kita. Sebab hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Biarpun kita kaya, kebudian yang diberikan oleh mereka tidak dapat kita bayar dengan wang.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta

Maksud: Orang yang mengikut hawa nafsu akhirnya akan binasa

Contoh ayat: Kita mesti selalu mempunyai minda yang rasional untuk fikir dan jangan senang ditarik oleh godaan. Sebab ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta.

Jangan bermain dengan api kelak terbakar diri sendiri

Maksud: sesiapa yang bermain dengan api akan terbakar. Ia juga bermaksud sesiapa yang melakukan kejahatan atau bahaya terhadap diri sendiri atau orang lain, akhirnya akan terkena diri.

Contoh ayat: Jangan anda selau khaniatkan orang lain, ingat jangan bermain dengan api kelak terbakar diri sendiri. Nanti anda akan dikhianat oleh orang lain juga.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Maksud: Tempat berlakunya sesuatu peristiwa pahit lagikan dikenang inikan pula tempat berlakunya peristiwa manis.

Contoh ayat: Selepas berkunjung ke Pulau Simpadan di Sabah, saya rasa macam tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Betapa rindu dan ingat tentang kecantikannya walaupun dah berlalu dengan lama.

Kerana mulut, badan binasa

Maksud: Mendapat kecelakaan kerana percakapan

Contoh ayat: Jangan anda selalu bercakap buruk tentang orang lain di belakangnya. Ingat kerana mulut, badan binasa. Anda akan menghadapi kecelakaan suatu hari nanti.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

Maksud: Disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya.

Contoh ayat: Terdapat seorang pekerja di syarikat kami curi duit, tanpa dapat camkan siapa yang pencuri itu, semua pekerja dimarah oleh boss. Memang betul kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Rumah kata pergi, kubur kata mari

Maksud: Seseorang yang sudah tua

Contoh ayat: Nenek kawan saya berumur sudah hampir 100 tahun. Bagi orang tua seperti nenek saya, boleh dikatakan rumah kata pergi, kubur kata mari.

Lebih sudu daripada kuah

Maksud: Orang cuma sikit pengetahuan tetapi mengada-adakan atau berlebihan sikapnya.

Contoh ayat: Orang ini tidak banyak pengalaman dalam bidang kerja ini, tapi berkelakuan lebih sudu daripada kuah, buat macam semua benda pun dia tahu.

Langit tak selalu cerah. Awan pula tak selalu mendung

Maksud: Hidup gembira bertukar menjadi sengsara

Contoh ayat: Dalam kehidupan kita mesti ada hari yang riang rendah dan hari yang sedih, sebab langit take selalu cerah, awan pula tak slalu mendung.

Lain padang lain belalang

Maksud: Ini adalah tentang adat di mana ia bermaksud adat sesebuah negeri dengan negeri yang lain adalah tidak sama. Lain kata adalah setiap tempat punya resam dan tatacara kehidupan yang berlainan.

Contoh ayat: Bila berkunjung ke negeri lain, mesti kita hormati adat resam di tempat itu. Sebab lain padang lain belalang.

Lidah bercabang

Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.

Contoh ayat: Lamin lidah bercabang dan cakapnya tidak boleh dipercayai.

Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang katanya

Maksud: Janji yang dibuat mesti dikotakan kerana harga diri seseorang terletak pada janji itu. Janji mesti ditepati sebab jika tidak, orang lain tidak akan mempercayai kita lagi sebab janji yang kita buat dengan sewenang-wenangnya tetapi tidak pernah dipatuhi.

Contoh ayat: Jangan anda buat janji dengan suka hati saja. Sebab kerbau dipegang talinya, manusia dipegangkatanya. Kita perlu mematuhi apa yang sudah kita janjikan.

Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera

Maksud: BIla sudah kena tipu sekali, seseorang akan berhati-hati pada lain kali untuk elakkan kena tipu sekali lagi.

Contoh ayat: Tidak ada orang akan percaya dengan anda lagi sekiranya anda sudah tipu dia satu kali. Sebab sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

Maksud: Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.

Contoh ayat: Bila pergi ke sesebuah negara untuk kerja atau belajar, walaupun anda mungkin tidak dapat menyesuai diri dengan adat resam, makanan, dan budaya tentang negara itu, tetapi perlu anda tahu ada mengatakan bahawa masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Biar anda ubah fikiran dan sesuaikan diri dengannya.

Membujur lalu melintang patah

Maksud: Orang yang tidak takut menghadapi sebarang rintangan yang bakal dihadapi.

Contoh ayat: Ahmad seperti membujur lalu melintang patah walaupun dia menghadapi banyak cabaran dari pekerjaannya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Maksud: Jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya.

Contoh ayat: Jika anda betul-betul berniat untuk dapatkan, anda mesti akan cuba dengan sedaya upaya. Sebab hendak seribu daya, take hendak seribu dalih. Jika tak berniat, paksa pun tiada guna.

Lembu punya susu, sapi dapat nama

Maksud: Orang lain berusaha, orang lain mendapat nama.

Contoh ayat: Neem rasa kecewa sebab projek yang dia buat dengan bersungguh-sungguh itu telah direbus oleh penyedianya dan penyedia yang dapat penghargaan dari managernya. Memang lembu punya susu, sapi dapat nama.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Maksud: Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

Contoh: Jika kita hendak dihormati dan diingati oleh orang ramai, mestilah kita selalu melakukan budi yang baik. Sebab harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

 Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

Maksud: Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian, kita harus tahu berterima kasih.

Contoh ayat: Jasa cikgu memang tidak boleh kita lupakan sebab mereka telah mengajar kita dengan banyak. Jadi orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

Maksud: Suka ikut campur dalam urusan orang lain, dan menonjol-nonjolkan diri.

Contoh ayat: Ainie seorang sibuk kaki yang suka campur dalam urusan orang lain. Dia betul-betul hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Patah tumbuh, hilang berganti

Maksud: Terus menerus ada gantinya.

Contoh ayat: Sampah sarap di kawasan ini baru saja dibersihkan semalam, tapi hari ini sampah sarap di merata tempat lagi. Betul-betul patah tumbuh, hilang berganti.

Patah sayap, bertongkat paruh

Maksud: Terus berusaha mengerjakan sesuatu dengan sehabis-habis usaha dan tiada putus harap.

Contoh ayat: Jika anda bercita-cita tinggi, anda akan tidak senang putus asa walaupun sudah gagal banyak kali. Perlu kita ingati bahawa patah saya, bertongkat paruh.

Bagai menarik rambut di dalam tepung

Maksud: Menyelesaikan sesuatu masalah yang sulit dengan berhati-hati

Contoh ayat: Kerja ini memang mempunyai masalah yang banyak dan bukan senang untuk diselesaikan. Ia bagai menarik rambut di dalam tepung.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Maksud: Berkumpul sesuatu pada permulaannya mungkin sangat sikit saja, tapi jika terus berkumpul tanpa putus asa, ia akan jadi banyak juga buat masa yang lama.

Contoh ayat: Kita perlu simpan sikit wang dari gaji yang kita perolehi setiap bulan. Walaupun wang yang disimpan itu mungkin sangat sikit saja, tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Beberapa tahun kemudian anda akan dapat kumpul harta dengan amaun yang besar.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

Maksud: Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan apa yang telah ada hilang pula.

Contoh ayat: Nabil ada modal dan ingin membuat pelaburan. Tetapi dia salah percaya kepada kawannya yang cakap boleh labur dalam satu skim cepat kaya dan akhirnya bukan saja dia tidak dapat sebarang keuntungan, tetapi modal dia pun sudah rugi habis, memang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Ada sama dimakan, tak ada sama ditahan

Maksud: Segala kesedihan dan kesenangan ditanggung bersama-sama

Contoh ayat: Nina, Fah dan Hana merupakan sahabat karib yang sudah berkawan lebih dari 10 tahun. Mereka berkongsi saja kegembiraan dan kesedihan bersama-sama.  Seperti apa yang dikatakan ada sama dimakan, tak ada sama ditahan.

Bagai empedu lekat di hati

Maksud: Peribahasa ini boleh pakai untuk cinta. di mana orang berkasih-kasihan anda akan selalu berada di hati anda dan tidak terceraikan.

Contoh ayat: Apabila sebut mengenai cinta, isteri saya bagai empedu lekat di hati saya. Saya cinta padanya buat selama-lamanya.

Air mata jatuh ke perut

Maksud: Sangat bersedih hati namun disimpan dalam hati tanpa sebut kepada orang lain.

Contoh ayat: Selepas putus cinta dengan kekasihnya, Siti rasa amat sedih hati. Tapi air mata jatuh ke perut, tidak pernah Siti beritahu siapa-siapa pun tentang kesedihannya.

Masa itu emas

Maksud: Peribahasa ini adalah tentang masa di mana ia menyatakan masa adalah sangat berharga.

Contoh ayat: Kita mesti menghargai masa dan jangan buang masa atas perkara yang tidak penting sebab masa itu emas.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Maksud: Jika mempunyai cita-cita seseorang akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya

Contoh ayat: Asalkan anda mempunyai tujuan yang cerah, walaupun anda tidak mempunyai wang sekarang tidak akan menghalang anda untuk mencapai matlamat anda. Sebab di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

Maksud: Kena kita berhati-hati bila bercakap. Jika tidak, mungkin tidak sengaja kita sudah menyinggung perasaan orang lain dengan percakapan yang tidak dapat ditarik balik.

Contoh ayat: Jangan kita cakap buruk orang lain dengan sindiran pedas. Walaupun tanpa sengaja, tetapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Gigi dengan lidah adakalanya bergigit juga

Maksud: Suami isteri akan kawan karib kadang-kadang berlawan juga.

Contoh ayat: Mereka berdua rupa macam suami isteri yang bahagia tanpa pergaduhan. Tetapi gigl dengan lidah adakalanya bergigit juga.  pertengkaran memang susah dielakkan.

Nasi sudah menjadi bubur

Maksud: Ia menerangkan keadaan di mana sesuatu yang telah berlaku dan tidak dapat kembali kepada asalnya.

Contoh ayat: Tak guna untuk anda buat apa lagi untuk membaiki keadaan yang sudah jadi ini. Sebab nasi sudah menjadi bubur, sudah lambat untuk lakukan apa-apa lagi.

Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi

Maksud: Mengemukakan pendapat atau kritikan sesudah perkara diputuskan.

Contoh ayat: Sekarang baru anda mengadu selepas mesyuarat, kenapa tadi dalam mesyuarat tak ucapkan? Sekarang rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Dah tak gunalah.

Air beriak tanda tak dalam

Maksud: Orang yang banyak cakap dan berkelakuan sombong, biasanya kurang ilmunya.

Contoh ayat: Di mana-maan saja, Aziz suka cakap di depan orang ramai tanpa berhenti-henti, tapi apa yang dia cakap tu jarang ada maksud. Cuma bagi orang rasa air beriak tanda tak dalam.

Angin berputar ombak bersabung

Maksud: Tentang perkara yang sangat sulit.

Contoh ayat: Masalah yang dialami olehnya amat rumit seperti angin berputar ombak bersabung.

Bagai air titik ke batu

Maksud: Susah untuk beri nasihat kepada oang yang degil.

Contoh ayat: Harun seorang yang degil dan enggang terima nasihat dari sesiapa pun, jadi jika anda nak nasihatkan dia, mesti bagai air titik ke batu.

Gaharu dibakar kemenyan berbau

Maksud: Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang.

Contoh ayat: Anda mesti selalu berkerja dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan kebolehan anda kepada majikan, macam ini baru gaharu dibakar kemenyau berbau.

Cakap tak serupa bikin

Maksud: orang yang sering memberi nasihat atau teguran kepada orang lain tetapi diri sendiri tidak mengamalkannya.

Contoh ayat: Jangan terlau percaya kepada apa yang dia cakap tu. Sebab dia selalu cakap tak serupa bikin.

Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan

Maksud: Enggan bergaul dan menolong ahli keluarganya selepas menjadi orang berjaya atau kaya.

Contoh ayat: Selepas Hamid menjadi kaya, dia jarang nak jumpa dan bantu ahli keluarga yang minta pertolongan. Dah gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan.

Bagai gadis jolong bersubang

Orang yang sombong atau sangat riang kerana mereka mendapat kekayaan, pangkat dan sebagainya.

Maksud: Ali mendapat kekayaan yang besar dalam bisnesnya. Tetapi sekarang dia bagai gadis jolong bersubang yang tidak lagi bergaul dengan kawan-kawan lamanya.

Langit selalu cantik dengan bintangnya, Muslimah selau cantik dengan hijabnya

Maksud: Ini adalah kata bijak Islam untuk wanita yang jarang didiengar.

Contoh ayat: Bagi seorang pemeluk islam yang iman dan suci, dia akan pakai pakaian ikut adat islam sepenuhnya sebab langit selalu cantik dengan bintangnya, muslimah selau cantik dengan hijabnya.

Tajam pisau kerana diasah

Maksud:Orang yang rajin belajar akan menjadi orang pintar dalam masa yang singkat.

Contoh ayat: Anda mesti belajar dengan kuat dan bersungguh-sungguh jika nak dapat ilmu yang banyak. Ini serupa tajam pisau kerana diasah.

Padi masak, jagung mengupih

Maksud: Keuntungan yang diperoleh dengan berlipat kali ganda

Contoh ayat: Semua orang ingin melabur dalam projek ini sebab padi masak, jagung mengupih. Boleh dapat keuntungan yang berkali ganda jika berjaya melabur.

Bermuka dua

Maksud: Tidak jujur

Contoh ayat: Dia seorang yang bermuka dua. Jangan anda percayakan apa yang dia cakap.

Bajak selalu di tanah yang lembut

Maksud: Orang yang selalu menderita adalah orang yang lemah

Contoh ayat: Anda mesti bertindak untuk jadi seorang yang kuat dan bukan selalu dibuli oleh orang. Perlu anda tahu bajak selalu di tanah yang lembut.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Maksud: Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Contoh ayat: Jika nak anak kita suka belajar, kita mesti memupuk minat baca sejak mereka kecil lagi. Kita perlu tahu melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih

Maksud: Nasib buruk tidak dapat dicari-cari

Contoh ayat: Semua orang pun mungkin akan menghadapi kemalangan dan kemujuran yang tidak tentu dalam hidup mereka sebab malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih.

Nibung bangsai bertaruk muda

Maksud: Orang tua yang bertingkah laku seperti orang muda

Contoh ayat: Walaupun Pak Nah sudah berusia hampir 80 tahun, tapi kelakuannya masih kebudakan. Dia seperti apa yang orang cakapkan nibung bangsai bertaruk muda.

Memagar diri bagai aur

Maksud: Seseorang yang cuma fikirkan dan pentingkan diri sendiri.

Contoh ayat: Azur seorang yang memagar diri bagai aur. Jadi semua orang pun tidak suka kawan dengannya.

Berakit rakit ke hulu berenang renang ke tepian, Bersakit sakit dahulu bersenang-senang kemudian

Maksud: Untuk mencapai keberhasilan atau kesenangan, kita harus bersusah payah dan pantang menyerah

Contoh ayat: Jangan kita selalu nak nikmati kehidupan mewah pada masa ini tapi sepatutnya kita berusaha dan simpan duit. Kelak bila jadi kaya maka boleh jadi seperti orang yang cakapkan berakit rakit ke hulu Berenang renang ke tepian, Bersakit sakit dahulu bersenang-senang kemudian.

Tak ada pendekar yang tak bulus

Maksud: Tidak ada orang yang tidak pernah membuat kesalahan

Contoh ayat: Harus anda maafkan kesalahan yang dibuat olehnya kali ini. Tak ada pendekar yang tak bulus, semua orang pun pernah lakukan kesalahan. Asalkan sudah insaf dan ingin berubah, bolehlah kita maafkan.

Ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi

Maksud: Semakin berilmu atau pangkat semakin tinggi, semakin merendahkan diri.

Contoh ayat: Walaupun Fairul sekarang merupakan seorang pengurus untuk beberapa buah syarikat besar, tetapi dia tidak sombong langsung. Bagai ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi.

Ada nyawa ada rezeki

Maksud: Asalkan kita masih hidup tentu masih sanggup berusaha lagi

Contoh ayat: Jangan anda putus asa walaupun sudah berumur 50 tahun. Perlu anda faham ada nyawa ada rezeki. Selagi anda berjuang lagi, anda masih boleh berjaya.

Raja adil raja disembah, raja lalim raja disanggah

Maksud: Pemimpin yang baik akan dihormati oleh rakyat, sementara pemimpin yang jahat akan dibenci oleh rakyat.

Contoh ayat: Sebagai seorang pemimpin, dia mesti bersikap adil dan tidak berat sebelah. Juga dia perlu analisa dengan jelas mana yang baik dan mana yang buruk supaya memenuhi raja adil raja disembah, raja lalim raja disanggah.

Mara hinggap mara terbang, enggang lalu ranting patah

Maksud: Seseorang yang tidak melakukan kesalahan, tetapi apabila berlaku kejahatan dia yang dituduh melakukan kesalahan.

Contoh ayat: Karim dituduh membongkarkan rahsia projek syarikatnya kepada syarikat lain walaupun dia tidak lakukan. Keadaan dia macam mara hinggap mara terbang, enggang lalu ranting patah.

Semisal udang dalam tangguk

Maksud: Seseorang yang sedang dalam kesukaran.

Contoh ayat: Seela ada hal yang penting untuk uruskan, tetapi pada masa yang sama, keretanya rosak di tengah jalan, Seela bagai semisal udang dalam tangguk sekarang.

Musuh dalam selimut

Maksud: Musuh yang tiada diketahui, yang sangat dekat atau yang ada dalam lingkungan sendiri.

Contoh ayat: Mahmud selalu dimarah oleh pengurusnya tanpa tahu apa yang dia buat salah. Pada hal banyak kesalahan yang pengurus beritahunya memang dia tidak tahu langsung. Dia rasa macam ada rakan sekerja di tempat kerja yang fitnahkannya, tetapi dia tidak tahu siapa yang lakukan. Memang musuh dalam selimut yang amat membahaya.

Inilah semua peribahasa yang disenaraikan. Antara terdapat pepatah yang boleh jadi kelakar dan lawak jika dipakai di situasi tertentu.

 

4 thoughts on “Senarai Peribahasa dan Maksud Untuk Pepatah Melayu Berlainan”

  1. Assalamualaikum. Saya ada persoalan. Apakah kisah atau asal usul peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat?

    Reply
    • Betung bermaksud sejenis buluh yang besar, membetung pula membubuh paip untuk saluran air. Pembetung bermaksud alat atau orang untuk membetung.
      Air hanya berbentuk bulat apabila mengalir melalui pembetung, begitu juga manusia, bulat hati apabila bermuafakat.

      Reply
  2. Saya sangat suka peribahas Dan maksud 💕💕💕💕💕💞💓❣️♥️🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🥰🤩🥰😍🥰🤩🥰🤩🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹❣️💓💕💓❣️💞💞😍🥰THANK YOU SO MUCH ❓👍👍👍👍👍

    Reply

Leave a Comment