free
hit counter

Mantera Motivasi Dan Kriteria Orang Berjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar saudara dan saudari di sana? Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan mantera motivasi. Ianya bukanlah mantera seperti yang digunakan oleh bomoh-bomoh. Ianya mengenai motivasi.

berjaya

Og Madino di dalam bukunya telah berkongsi mengenai mantera yang perlu diucapkan sepanjang hari. Menteranya sangat panjang, tetapi disini saya edit,pendekkan dan saya alihkan dalam bahasa melayu. Menurut beliau , dengan membacanya setiap hari,ia dapat membantu memberi impak kepada motivasi diri kita untuk maju.

Sekadar maklumat, buku yang bermakna yang dimaksudkan adalah The Greatest Secret In The World. Beliau pernah menjadi presiden untuk sebuah majalah di Chicago iaitu Success Unlimited.

Tanpa membuang masa, ayuh kita membaca manteranya….

Saya akan menganggap hari ini bagaikan hari terakhir dalam kehidupan saya.

Apa yang patut saya lakukan untuk hari yang istimewa ini?

Pertama saya akan memastikan tiada masa terbuang. Saya tidak mahu membuang masa saya dengan mengenangkan kesilapan, kegagalan semalam. Sebabnya saya tahu masa tidak mampu berpatah balik. Saya tahu saya tidak mampu untuk kembali dan memperbetulkan kesilapan semalam Walaupun pahit, semua itu tidak mampu dikembalikan. Jadi saya akan memastikan semua itu tertanam, dibakar dan tidak mahu mengingatinya lagi.

Jadi apa saya perlu buat? Membayangkan apa yang akan terjadi esok?

Sudah pasti tidak. Saya tahu saya tidak boleh berharap pada perkataan’ mungkin’. Saya tahu jam tidak akan bergerak lebih laju daripada waktu sekarang. Saya tahu matahari tidak akan terbit dua kali hari ini. Risaukan perkara yang belum lagi berlaku? Sudah pasti tidak! Sama seperti semalam, saya tidak akan memikirkan mengenai esok.

Jadi saya akan menghargai hari ini bagaikan hari terakhir saya. Saya akan memenuhi tugasan yang patut saya lakukan hari ini. Saya akan memeluk anak saya pada hari ini, kerana esok mungkin mereka tidak memerlukan saya lagi. Saya akan menyayangi isteri saya sebab esok mungkin dia tidak memerlukan saya lagi. Saya akan memberi yang terbaik untuk kerjaya saya, sebabnya esok mungkin saya tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan.

Saya akan memastikan setiap minit yang berlalu hari ini lebih baik daripada sejam yang berlalu semalam.

Saya akan menghargai hari ini seolah-olah ianya hari terakhir saya.

Bagaimanakah jika hari ini bukan hari terakhir saya?

Jika hari ini bukan hari terakhir, saya akan memanjat kesyukuran kerana diberi peluang kedua.

Kriteria Orang Berjaya

Orang yang berjaya adalah orang yang mencetuskan sesuatu kejadian. Mereka merupakan evolusi kepada kejadian tersebut. Mereka sendiri yang membina kejayaan tersebut. Mereka mempunyai nilai. Mereka bukanlah pelengkap sesuatu peristiwa. Tetapi mereka adalah watak utama peristiwa tersebut.

Orang berjaya adalah insan biasa yang berusaha secara luar biasa. Mereka membuatkan orang lain berasa takjub dan kagum dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka.

Orang yang berjaya adalah insan yang melakukan sesuatu usaha yang tak mampu dibayangkan oleh orang lain. Malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar. Usaha mereka yang tidak berbelah bahagilah yang menyebabkan mereka berjaya.

Orang berjaya adalah insan yang memberi keunikkan pada sesuatu perkara ketika orang lain merasakan biasa terhadap perkara tersebut. Mereka memberi nafas baru dan mencipta inovasi. Mereka memberi harapan. Tiada apa yang mustahil selagi keyakinan tetap ada.

Rahsia Kejayaan Jutawan

semalam saya berkesempatan untuk berguru dengan Imran Koyube, iaitu pengasas I Luv Islam tentang beberapa tips kejayaan.

Sesi walaupun pendek tetapi penuh dengan ilmu. Bagi sesiapa yang tidak kenal Imran, beliau adalah antara pemuda yang mula meningkatkan dalam bidang perniagaan Malaysia.

Perasan atau tidak banyak event-event menarik telah dikelolakan oleh syarikat beliau iaitu I LuvIslam. Event yang terbaru yang baru diadakan adalah Bidadari Dunia dan Juwatan Muslim. Terbaru yang akan diadakan adalah Super Parents iaitu pada hujung minggu ni.

Banyak telah dikongsikan dalam sesi sekitar 2 jam ini tetapi saya ringkaskan dan sharekan apa yang menarik. Kalau hendak ilmu lagi, boleh terus berguru secara terus dengan beliau sendiri.

Antara Rahsia Kejayaan:

1. Niat

Pastikan niat itu betul. Niatlah untuk membantu dan memberikan nilai dalam hidup orang lain.

“Pada asalnya ILuvIslam ditubuhkan untuk membantu orang mengenai maslaah agama. Kerana apabila belajar di overseas nanti tiada rujukan terdekat mengenai permasalahan agama. Jadi dengan adanya platform ini, soalan -soalan kemusykilan dapat dikupulkan dan dijawab oleh para ustaz dan ustazah.”

2. Attitude

Peribadi seseorang itu sangat penting.Inilah yang membezakan seseorang itu berjaya atau tidak. Sijil tidak ada harganya jika tiada attitude yang baik.

“Saya kenal ramai sekadar yang belajar setakat SPM, tetapi berjaya menjadi jutawan kerana attitude yang baik.”

3. Rapport

Adalah penting untuk mempunyai rapport. Rapport ini lebih lebih daripada network. Network sekadar kenalan, tetapi rapport menyebabkan kita mengenali seseorang itu lebih mendalam. Kita kenal lebih dalam tentang network kita itu.Perkara yang sama juga ditekankan dalam Islam.

“Rasulullah SAW menyuruh setiap sahabatnya mengenali kasut para sahabat.”

Cuba bayangkan begitu mendalam kita kenal seseorang, pastinya mudah untuk membuat bisnes.

4. Mentors

Punyailah guru dan bergurulah. Perkara itu akan memudahkan kita.

“Saya punya mentor untuk setiap perkara yang ingin saya lakukan.”

5. Iman

Iman adalah rahsia segala rahsia untuk menjadi jutawan muslim dan kejayaan.

“Mintalah kepadaNya kerana sesungguhnya Dia sangat dekat.”

Baca juga: Apakah Perbezaan Antara Percaya dan Yakin?

Leave a Comment