free
hit counter

Apakah Perbezaan Antara Percaya dan Yakin?

Terdapat ramai di antara kita yang anggap yakin dan percaya sebagai benda yang tidak berbeza. Tapi sekarang saya rasa kedua-kedua merupakan perkataan yang tidak sama dan tidak serupa, walaupun nampak sama pada lahirnya.

Dengan apa yang saya pelajari kebelakangan ini, ayat “aku yakin aku boleh berjaya” dan “aku percaya aku boleh berjaya” mempunyai maksud yang berlainan.

yakin percaya

Analogi yang menyedarkan saya, saya dengar melalui ceramah di radio, tidak pasti ceramah agama atau ceramah motivasi. Pada ketika mendengar ceramah ini saya sekadar mendengar sahaja. Kesannya datang dalam jangkamasa yang sedikit panjang, tidak serta merta.Beberapa kejadian selepas itu yang membuatkan saya kembali tergiang kata – kata penceramah itu, yang sayangnya nama beliau saya tidak ingati.

Percaya dan yakin itu bagi pendapat saya bergantung kepada keadaan, situasinya bagaimana.

Kalau saya penonton tu, saya TIDAK percaya kepada pemanah itu untuk memanah tepat pada epal kerana saya PERCAYA manusia sentiasa melakukan kesilapan. saya YAKIN pendapat saya ini betul.

Percaya; sebagai contoh kita andaikan ada seorang pemanah tepat yang boleh memanah sebiji epal di atas kepala seseorang. Kita kenali pemanah ini. Kita pernah membaca tentangnya di akhbar, di dalam buku, di internet. Kita sering lihat aksinya di dalam video, di youtube dan termasuk di dalam TV. Setiap aksi yang kita lihat, dia tidak pernah gagal. Kemudian ditakdirkan dia datang ke kawasan kita tinggal untuk memperlihatkan aksinya. Tentu kita teruja, bukan?

Kita antara gerombolan orang yang datang menonton aksi ini. Di pentas, pembantunya bersedia dengan sebiji epal merah di atas kepala. Berdiri tegak, mata ditutup, tangan di belakang. Maka pemanah tadi bersedia. Kita percaya, panahannya kali ini akan seperti yang lepas-lepas, tepat kena pada buah epal itu. Busur tersedia, anak panah di tarik dan sedia dilepaskan. KIta percaya, walaupun ada debaran, kita akan dapat melihat dengan mata kepala sendiri panahan tepat itu. Tapi adakah kita yakin?

Keyakinan dan kepercayaan

Katakanlah setelah pemanah tadi bersedia, dia tiba tiba berhenti. Dia menyuarakan keinginannya untuk menukarkan pembantunya dengan salah seorang dari kalangan penonton, yang dipilih secara rawak. Dalam pemilihan itu, kitalah orangnya. Sekarang kita berdiri di atas pentas dan epal telah berada di atas kepala. Pemanah sedia memanah. Pemanah bertanya adakah kita mahu meneruskannya? Kita percaya dia akan memanah dengan tepat, tapi adakah betul kita yakin kita tidak akan tercedera? Adakah kita berani melakukan aksi ini? Adakah kita yakin walaupun kita percaya?

Kini baru jelas maksud yakin pada saya. Percaya hanyalah berdasarkan benda yang pernah kita dengar, lihat, atau pelajari. Sejauh mana kita percaya sekalipun, keraguan tetap boleh menjelma. Berbeza dengan yakin. Yakin bermaksud kita sudah tahu apa akan berlaku dan pasti berlaku, sebelum ia berlaku. Sebab outcome yang telah diketahui itu, kita tidak gentar, kerana pada kita, tiada pengakhiran lain selain dari yang kita yakin terjadi.

Sekarang, soalan untuk kita, apa yang kita yakin dan percaya, percaya sahaja, atau yakin sahaja?

Percaya dan yakin adalah berbeza. Yakin akan melekap dalam hati tanpa goyah. Apatah lagi bila kita pernah diuji dengan amalan yang kita lakukan, analogi paling mudah bila kita solat hajat dan hajat kita tertunai.

Leave a Comment