free
hit counter

Panduan Membeli eBook Berbahasa Melayu

Apa kandungan yang ada dalam eBook?

Buku fizikal mempunyai pelbagai topik, dari komik ke novel, panduan how to, teori konspirasi, sehinggakan buku mewarna, semuanya ada. Bagi eBook berbahasa Melayu, pilihan buat masa ini agak terhad. Topik yang biasa dibincangkan dalam eBook ialah pemasaran internet.

ebook

Kebiasanya mengandungi panduan lengkap bagi seseorang yang baru hendak menceburi sesuatu bidang perniagaan online, membina laman web atau blog dan seumpamamnya. Panduan ini bermula dari pengenalan dan dituruti oleh teori dan cerita-cerita latar belakang bidang tersebut.

Kemudian, pembaca akan diberikan panduan langkah demi langkah apa yang harus dilakukan, dimana perlu dilakukan dan apakah hasil yang sepatutunya diterima. Ada juga eBook yang memberikan keahlian percuma kepada group FB (Facebook group) sebagai nilai tambah kepada pembeli. Apa yang tidak difahami melalui bacaan boleh ditanya di group untuk mendapatkan jawapan daripada penulis atau pembeli yang lain.

Kenapa eBook diterbitkan?

Faktor utamanya ialah keuntungan. Penulis eBook memerlukan kos yang jauh lebih rendah untuk menerbitkan sebuah buku digital berbanding jika beliau ingin menerbitkan buku fizikal. Buku fizikal memerlukan kos pencetakan dan penerbitan. Penulis hanya menikmati royalti. Malah kadang kala penulis hanya menerima sejumlah lump sum duit sebagai bayaran terhadap hak yang diberikan kepada penerbit.

Bagi eBook, penulis menanggung kos permulaan sahaja, dari segi masa dan modal kajian yang dijalankan untuk melahirkan eBook itu. Selepas itu, setiap pembelian adalah hak milik penulis semata-mata. Namun begitu, ada juga kos minima yang perlu ditanggung seperti hosting dan marketing.

Dalam buku fizikal, kos ini juga ada, malahan, apabila diulang cetak, kosnya juga akan berulang. Bagi tujuan promosi pula kedua-duanya boleh mencecah kos yang serupa.

eBook juga mudah dibawa kemana sahaja, sekiranya kita mempunyai peranti yang betul. Pilihan saya ialah iPad. Memang tidak banyak apps yang saya install di iPad itu, kerana saya gunakannya secara ekslusif untuk membaca bahan bacaan digital sahaja. Untuk fungis lain, saya guna iPhone sahaja.

Bagi saya, perbezaan utama antara buku fizikal dan eBook ialah fungsi carian. Kalau di bukui fizikal, mungkin kita perlu letak penandaan, namun di buku digital, ianya lebih mudah dengan fungsi carian elektronik. Ini membolehkans aya merujuk dengan lebih pantas.

Jadi, eBook adalah lebih Murah?

Ya dan Tidak. Memang ada ebook yang hanya berharga belasan ringgit sahaja. Sama seperti kos anda membelanja seorang rakan makan di KFC. Isinya? Lebih kurang apa yang anda dapat dengan bersembang bersama kawan anda di KFC tadi.

Namun ada juga ebook berharga murah yang mengandungi ‘permata’. Keadaan ini biasanya kerana, penulis baharu yang menerbitkan eBook sulungnya dan masih belum dapat menganggar nilai eBook tersebut. Saya gelarkan eBook sebegini sebagai undervalued.

Cara untuk mengenalpastinya, harganya terlampau murah, tapi sambutan amat tinggi. Boleh lihat kepada rekod jualan atau sebagainya. Harganya pula akan naik selepas beberapa ketika. Iklan tentangnya mula kelihatan dimana-mana blog atau FB yang kita pergi.

Jika anda jumpa yang sebegini, beli sebelum harganya naik.

Ada juga eBook yang mahal, malahan lebih mahal dari buku fizikal biasa. Kadang kala, sekadar harganya sahaja yang mahal. Isi dalamnya merupakan garapan dari maklumat google search semata-mata, bukan ilmu mendalam. Ebook ini saya gelarkan sebagai overvalued.

Harga yang tinggi sebenarnya hanya gimik, sedangkan isi di dalamnya tidak sepadan. Ada yang tidak memberikan jaminan wang dikembalikan. Jika pembeli mengomen, pembeli akan disalahkan kerana malas berusaha dan melaksanakan apa yang di tulis dieBooknya.

Ada benarnya. Namun jika panduan itu betul-betul lengkap, pembeli kemungkinan besar akan mengakui kemalasan di pihak mereka. Ada juga yang mengemukakan jaminan wang dikembalikan, namun apabila diminta, tidak dilayan. Mungkin juga mereka berfikiran;

“Orang Malaysia pemurah, jarang minta refund“

Namun jangan terkejut jika ada e-Book berharga ratusan ringgit dan masih ada pembeli. Malahan pembelinya pula memberikan feedback yang positif. Salah satu e-Book yang saya tahu (sengaja dirahsiakan tajuknya) mengambil masa bertahun untuk ditulis. Keteballannya pula berbaloi dengan masa yang diambil.

Ebook sebegini layak dijual berharga ratusan ringgit.

Apa jenis eBook yang saya akan beli

Kalau boleh saya ingin tahu terlebih dahulu berapa tebal eBook itu.

Jika ebook itu tebal, saya mengandaikan isinya juga ‘tebal’. Saya akan jauhi eBook yang berharga sekitar RM 50 tetapi mempunyai muka surat yang kurang daripada 20 muka.

Saya menilai eBook dari kekemasan salespagenya.

“Dont judge a book by it cover” tapi saya selalunya menilai berdasarkan laman web ataupun laman jualan (salepage) penulis. Contohnya, jika penulisnya meletakkan gambar beliau yang kelihatan profesional, saya lebih yakin.

Jika gambarnya sekadar memakai kot yang jelas kelihatan bukan milikselfie atas katil, saya fikir banyak kali.

Panduan Membeli eBook Berbahasa MelayuBegitu juga dengan surat jualan (sales letter)nya. Sales Letter ini biasanya ayat-ayat yang karang dan disususn atur di laman web ataupun landing page penulis. Kita boleh nilai mutu penulisan eBook beliau berdasarkan mutu penulisannya di sales letter. Saya akan jauhi eBook yang mengandungi perkara berikut dalam landing pagenya;

Penulis mengisahkan kisah kesusahannya secara melampau dan kemudian beliau melakukan kaedah dalam eBooknya lalu berjaya menjadi kaya raya. Maka disertakan pula gambar kereta mewah dan rumah agam. Jika isinya betul bagus, perlukah menjaja kemewahan sebagai pelaris? Saya teringat skim cepat kaya, modus operandi yang seakan-akan sama?

Penulis menggambarkan dengan amat samar kaedah dalam eBooknya sehingga pembaca tidak akan tahu satu apa pun, kecuali membelinya. Saya merasakan ini kurang adil. Penulis ada hak untuk melindungi sesuatu yang dihasilkan. Pembeli juga berhak mengetahui apa yang bakal dibeli. Tidak salah menerangkan secara kasar apa yang akan dipaparkan dalam eBook itu.

Penulis yang meletakkan harga tidak masuk akal, kemudiannya membuat potongan habis-habisan sebelum memaparkan harganya yang sebenar. Sebagai contoh, penulis berkata eBooknya sepatutnya berharga RM 999, tapi atas rasa murah hati, kini berharga RM 50. Wah, sungguh murah hati penulis itu.

Penulis yang mengatakan harga yang dipaparkan adalah untuk masa terhad, tapi selepas 18 bulan 13 hari, harganya masih sama. Perlukah?

Pada saya, gimik pemasaran tidak salah, malah berkesan sekiranya tidak digunakan secara melampau. Namun dalam penggunaan yang berlebihan, ianya seolah menghakis kejujuran penulis.

Saya pernah terserempak satu penulis eBook. Dalam surat jualannya, dia menyatakan dia pernah jatuh muflis sehingga tidak tinggal apa, tiada tempat tinggal dan bergelandangan di kaki lima. Kemudian ditakdirkan dalam kelaparannya itu ada insan yang sanggup membelikannya makanan, memberikannya tempat tinggal, malah mengajarkan pula amalan pemurah rezeki.

Kemudia diberikan pula oleh orang budiman tadi kepada lelaki ini sejumlah duit sebagai modal mula berniaga. Akhirnya dia berjaya dan kaya, lalu menulis eBook yang mengajarkan amalam pembuka rezeki tadi, yang dijualnya dengan harga orang-orang kaya juga.

Fikir-fikirkanlah…

Saya suka kepada testimoni yang meyakinkan.

Bgaaimana penulis mendapatkan testimoni (akuan pelanggan)? Ada banyak cara, saya hanya akan sebut yang paling biasa dilakukan. Semasa pertama kali penulis menerbitkan eBooknya, dia akan memilih sekumpulan pembaca percubaan (beta reader) yang akan diberikan secara percuma eBook ini (preview copies).

Mereka akan membacanya dan mengulas. Sekiranya ulasan itu bagus, ia akan dijadikan testimoni. Selepas mula dijual, ada juga pembeli yang memberikan testimoni secara sukarela. Kadang kala testimoni itu bukan hanya di letakkan di sale page sahaja, tapi turut boleh dibaca di Facebook fan page.

Sokongan kepada industri eBook tempatan.

Blogger bukan istilah asing lagi di Malaysia, malah sudah boleh dianggap kerja, dan diiktiraf sebagai sumber pendapatan yang sah. Banyak nama besar, yang telah tersohor dalam dunia blog. eBook pula majoritinya bercerita tentang pemasaran online, maka sesuailah pasaran ini kita kembangkan.

Membeli eBook berbahasa Melayu boleh memudahkan pemafaham mereka yang kurang mahir berbahasa Inggeris. Bagi yang mahir berbahasa inggeris pula ilmu yang diterjemah itu boleh disusun semula dalam Bahasa Melayu untuk memenuhi pasaran lokal.

A simple win-win situation.

Saya tidak minat blog dan Internet Marketing, adakah eBook lain untuk saya?

Ada dan ada. Topik yang diliputi oleh eBook adalah luas walau dalam industri yang baru bertapak ini. Ketepikan semua hal pemasaran internet, kita boleh lihat eBook dalam pebagai bidang lain.

Perniagaan fizikal seperti menternak kambing, menjual burger, dan berniaga air ada. eBook panduan perlaburang dalam saham, emas dan hartanah ada. Dari segi kerohanian dan pembinaan diri juga ada. Contohnya eBook tentang rezeki, memikat pasangan dan sehinggalah berhenti merokok.

Teruskan mencari, anda mungkin belum berjumpa dengan apa yang anda perlu sahaja.

Leave a Comment