free
hit counter

Blog Tidak Semestinya Perlukan Pengiklanan

Pada masa kini, bilangan orang yang memiliki blog sendiri memang ramai. Komuniti blogger ni memang sudah pun berkembang pesat pada hari ini. Menariknya, dengan perkembangan pesat komuniti blogger ni, maka makin ramailah advertiser dan affiliates yang berminat untuk jadikan blog sebagai tempat pengiklanan mereka. Tapi adakah MESTI meletakkan iklan-iklan mereka pada blog anda?

Senario meletakkan iklan pada blog menjadi trend pada waktu sekarang. Lebih-lebih lagi bloggers yang baru mempunyai blog. Mereka ghairah menjadikan blog sebagai tempat membuat duit. Dan mereka selesa dengan meletakkan pelbagai iklan di blog kesayangan mereka. Hasilnya?

iklan blog
iklan blog

Cuma beberapa Ringgit Malaysia dalam masa beberapa bulan. Rasa kecewa dengan pendapatan yang menghampakan tu, maka mulalah blog owner tersebut MALAS dan KECEWA untuk berblog lagi. Maka blog tu akan menjadi sejarah. Setahun sekali akan di Update.

BAHAHAHA!

Situasi kat atas sebenarnya aku tujukan kepada bloggers yang sememangnya membuat blog semata-mata untuk mendapatkan duit. Memang benar blog boleh menjana pendapatan. Malahan mungkin lebih besar daripada pendapatan mereka-mereka yang dah pun bekerja. Tapi perlu untuk korang tau langkah-langkah yang betul untuk menjadi bloggers yang boleh menjana pendapatan dengan blog. Jangan buat blog baru sebulan dua, korang dah expect untuk dapat income beribu-ribu. Berpuluh-puluh Ringgit Malaysia pun tak tentu, okay?

Jika sesuatu blog tu terlalu fokus pada janaan pendapatan melalui pengiklanan, aku pasti, kualiti post entri blog tersebut pastinya merudum. Ini kerana, blog tersebut lebih cenderung untuk post entri-entri yang singkat dan ala kadar untuk memperbanyakkan entri dalam blog. Situasi yang biasa berlaku sekarang.

Nuffnang, Advertlets, Mangga Ad, Innity dan Google antara syarikat popular yang iklannya berada pada blog-blog sekarang. Itu terpulang pada korang untuk memilih syarikat iklan yang mana satu nak letak dalam blog. Mereka pasti membayar dengan apa yang korang telah iklankan pada pembaca blog korang.

TARIK PEMBACA KE BLOG ANDA SEBELUM TARIK PENGIKLAN

Blog yang baru berusia 2-3 bulan sememangnya kita tahu mempunyai post entri yang tak banyak. Ini sebab blog itu sendiri masih mentah. Perlukan post dan entri yang banyak untuk mencipta identiti dan niche blog tersebut. Jadi adalah penting untuk kita menarik minat pembaca dahulu sebelum kita menjadi medium pengiklanan. Kalau kita dah ada steady followers and readers, barulah mudah untuk jana income daripada blog. Yang penting, post kita berkualiti dan isi blog kita tu senang dibaca oleh semua pengunjung blog.

Aku yakin, kalau kita pentingkan kualiti setiap entri dalam blog kita, maka pasti ramai pembaca dan pengikut blog kita.

Apa lagi yang bagi kepuasan sebagai bloggers selain ramai orang membaca tulisan kita?

Mendapat Kepuasan Dalam Berblog

Ada orang fikir, berblog hanya untuk duit. Tapi cuba belek godek-godek blog ni, takde iklan kan. Kalau bukan duit sahaja? Pasal apa dok cerita-cerita tuh?

Ada orang suka berblog sebab boleh hias blog dan bagi orang tengok. Itu memang sah. Gembira sungguh bila ada shout kat shoutbox “Nice blog”. Bila tekan, rupanya link iklan. Takpelah, yang penting hati bahagia.

berblog
berblog

Ada blogger suka berblog sebab mahu kongsi pengalaman berharga dan buah fikirannya, termasuk daun akar dan batangnya sekali. Tambah suka bila entri tu berguna untuk orang lain. Malahan, dapat pula komen-komen bernas dalam kotak komen. Yang kureng pun kitorang suka, itu tandanya diorang dah baca. Lagipun, boleh jadi pedoman untuk entri akan datang.

Ada blogger suka berblog sebab suka buat cerita. Alang-alang dah ada idea dalam otak, bagus simpan kat blog. Boleh kongsi suka duka gelak nanges bersama.

Ada blogger buat blog, sebab boleh jadi diari online. Lagipun, boleh bajet bila ada stalker setia membaca. Dan boleh baca bila dah tua nanti. Padahal, kalaulah blogspot pencen nanti. Kitorang tak boleh buat apa dah, kecualilah sempat buat backup. Tapi blogspot dan wordpress dua-dua masih gagah, masih belum pernah server down pon.

Ada blogger buat blog sebab suka-suka. Suka-suka, ikut kawan. Suka explore. Manatau nanti ada chance jadik femes. Kalau tak pun, dapat pendamping hidup sehati sejiwa.

Ada blogger buat blog sebab nak bagi info pasal sesuatu. Selalunya memang untuk dapat duit. Alhamdulillah, carik rezeki halal. Tapi buat blog untuk sekolah dan organisasi pun banyak. non-profit.

Ada blogger buat blog sebab tertarik dengan blog yang dibacanya. So, nak buat juga. Tapi selalunya, idea berlambak semasa awal kelahiran je. Pastu tandus. Pastu, lepas dah tau asam-garam jadik blogger. Barulah mula konsisten balik.

Ada blogger buat blog sebab mahu mempengaruhi masyarakat dengan agenda yang dia bawak. Sebagai contoh, walawei debab. Apa tu? Kalau nak tau, tengok dulu filem pendek Hoore Hoore Hoore lakonan Akim Af.

Ada blogger buat blog sebab blogger tu berkuasa. Haha, yang ni saya tak pasti. saya hentam je. Sebab teringat entri si BoniKacak.com .. Aku ni blogger, kalau ada apa-apa, aku blog tau, aku blog, aku blog ni. Ah, lebih kurang begitu lah.

Ada blogger buat blog supaya boleh kongsi pasal agama dan pelbagai lagi tips-tips. Kasi lebih banyak entri bernilai di Malaysia. Good job kawan, majulah blogger untuk negara.

Dan bermacam-macam sebab lagi lah, semua dengan sebab yang tersendiri. Inilah yang menjadikan komuniti blogger lebih berwarna-warni. Ini pun belum cerita pasal gaya penulisan dan niche lagi.

Baca juga: Budaya Plagiarism

Leave a Comment