free
hit counter

Grade Solat Anda Dan Berapakah Markah Anda?

Sejak bergelar mahasiswa, setiap pelajar akan cenderung untuk ambil tahu dan kisah mengenai markah yang mereka dapat. Dan seperti biasa, sebelum final exam, carry mark akan terpampang di depan bilik setiap pensyarah mata pelajaran.

100 percent
100 percent

Ho Ho Ho.

Waktu ni semua pelajar akan berharap carry mark mereka berada pada tahap maksimum. Walaupun kebanyakan daripada mereka cuma pergi ke kelas 2-3 kali sebulan sahaja.

Dan senario ini sememangya berlaku di mana-mana IPTA juga. Carry mark ini kebiasaannya mewakili 50% markah akhir yang akan anda perolehi. Jika rendah carry mark anda, maka susahlah untuk mendapatkan A dalam subjek tersebut.

Tetapi jika anda mendapat carry mark yang tinggi, maka harapan untuk anda mendapatkan A dalam subjek ini adalah cerah. Di mana markah mereka terletak 100% pada pensyarah.

Berlainan pada alam persekolahan, kita bergantung penuh pada markah akhir peperiksaan untuk menentukan grade yang akan kami dapat. Realiti hidup yang ada di universiti sememangnya begitu.

Sememangnya jelas mengapa carry mark ini penting dalam kehidupan seharian dan juga untuk alam pekerjaan. Setiap pelajar akan bertungkus lumus untuk mendapatkan carry mark yang tinggi dalam apa jua subjek pun. Memang itu tanggungjawab sebagai pelajar yang perlu kita lakukan.

Tetapi sayangnya, kita sering terlupa bahawasanya, ada satu lagi carry mark dalam hidup ni yang sering kita abaikan. Kita selalu memperlekehkan. Kita selalu buat sekadar ala kadar. Kita selalu melambat-lambatkan tanpa sebab.

Ya. Kita sering memperlekehkan solat kita yang sepatutnya untuk kita lakukan.

Apakah kita lupa? Setiap hari kita diberi tugasan yang penting? 5 kali setiap hari.

Tugasan yang diberi setiap Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya’?

solat
solat

Jadi bagaimana prestasi solat kita? Sememangnya itu untuk dinilai oleh Sang Pencipta di atas sana. Yang Melihat setiap orang apa yang kita lakukan setiap hari dalam kehidupan kita.

Yang Mengetahui setiap apa yang hati ini bicarakan. Yang akan membalas dengan seadilnya untuk setiap apa yang kita usahakan.

Jika setiap subjek ada grade nya tersendiri. Begitu juga dengan solat kita. Yang Melihat akan berikan markah kepada kita dalam kehidupan kita tanpa kita sedari.

Mari sama-sama kita grade kan tahap solat kita dengan mengambil kira perkara-perkara yang kita rasa remeh dalam solat. Perkara ini perlu diambil perhatian sebab ia merupakan sesuatu yang patut kita lakukan demi kebaikan kita.

Dan kehidupan akan berubah menjadi semakin baik dengan perlahan-lahan jika kita mengamalkan solat dan buatkannya satu perkara yang perlu kita lakukan dengan hati yang ikhlas setiap hari.

jadual penilai solat
jadual penilai solat

Kita ambil contoh ada 4 kriteria yang penting dalam solat. Waktu, Tempat, Jemaah atau tidak dan pakaian. Jadual ini tidak ada dalam silibus mana-mana KAFA ataupun kelas agama yang lain saja. Ini sekadar penilaian untuk kita sendiri menilai tahap solat kita.

Baiklah, boleh kita ambil contoh di mana jika kita solat pada awal waktu, di masjid berjemaah dan memakai pakaian yang suci dan bersih. Secara kasar markah yang akan kita perolehi adalah markah yang penuh.

10 + 10 + 10 + 10 = 40.

Dan jika kita istiqamah dalam lakukan solat pada tahap tertinggi ini setiap hari.

Katakanlah kita hidup 60 tahun. 365 hari setahun. 5 kali solat sehari.

60 x 365 x 5 = 109 500

Jadi dalam seumur hidup 60 tahun itu, ada 109 500 waktu solat wajib yang perlu kita lakukan.

Dan sebagai rujukan mengukur tahap solat kita, kita ambil seperti jadual di atas. Markah penuh setiap solat adalah 40.

109 500 x 40 = 4 380 000 markah.

Jadi markah penuh yang perlu kita capai adalah seperti di atas.

Baiklah, sekarang kita implikasikan senario kehidupan mahasiswa biasa di universiti dan juga di rumah.

Solat kebiasaannya di akhir waktu, bila dah lambat, mesti solat di rumah, bila di rumah, kebiasaannya berseorangan, dan di rumah pakaian mudah untuk ditukar, jadi, yakin suci. Merujuk kepada jadual di atas, kita beri markah pada nilai solat yang kita lakukan ini.

2 + 5 + 1 + 10 = 18

Katakanlah kita hidup 60 tahun dan berterusan solat pada cara tadi. Kita ambil nilai di atas tadi.

109 500 x 18 = 1 971 000 markah.

Untuk mendapatkan grade, kita cari percentage.

markah

45 % itulah markah solat kita seumur hidup jika kita berterusan solat dengan cara dan keadaan yang dinyatakan di atas tadi. Secara kasar, kita lihat tahap solat kita takpun mencapai 50 % daripada markah keseluruhan yang perlu kita sepatutnya capai. Jadi dimana kita di sisi Allah nanti? Jika solat kita tidak sempurna, bagaimana pula dengan amalan yang lain?

Sekiranya carry mark seperti ini kita bawa untuk berjumpa Sang Pencipta, bagaimana agaknya kita dinilai?

Jika seseorang itu tak pernah solat. Apakah bekalan yang dibawanya untuk berjumpa Penciptanya?
Sama-sama kita renungkan dan selamat beramal.

Baca juga: Melayu Yang Perasan Open Minded

Leave a Comment