free
hit counter

Melayu Yang Perasan Open Minded

Tak ramai sebenarnya orang Melayu pada hari ini yang pemikirannya terbuka. Ataupun dalam bahasa penjajahnya, OPEN MINDED. Yeah! Aku mengaku, yang aku juga masih lagi kolot dan belum terbuka sepenuhnya minda untuk menerima idea dan pembaharuan yang datang. Well, itu menjadi kebiasaan bagi masyarakat Melayu di Malaysia. Belum bersedia 100% menjadi kaum yang berjaya. Buktinya? Mudah. Hasrat kerajaan Malaysia mahukan BUMIPUTERA dan MELAYU menguasai 30 % kekayaan negara masih lagi belum tercapai. Perlukan bukti lagi? Cari sendiri kat mana-mana buku ataupun blog. Orait?

open minded

Jadi kat sini aku bukan mahu membincangkan tentang kedudukan sosioekonomi orang Melayu mahupun mana-mana kaum. Cuma nak kupas dengan lebih lanjut istilah mengenai pemikiran terbuka dalam masyarakat Melayu. Yup! OPEN MINDED. Ada beberapa masalah dengan akal fikiran orang kita yang menggunakan istilah open minded ni. Dan kebanyakan timing kita gunakan istilah ini adalah tak bertepatan dengan masa dan tempat. Bila masa yang perlu, tak pulak kita open minded. Ish ish ish.

Senario Pertama

Dalam Perbualan Dan Gurauan Antara Rakan-Rakan.

Memang sekarang menjadi satu kebiasaan bagi lelaki dan perempuan untuk duduk semeja dan berbincang ataupun berborak mengenai apa jua hal. Mengenai pembelajaran, pekerjaan dan lain-lain lagi. Siapa yang tak pandai bersosial, mereka ketinggalan. Betul? Tapi permasalahan timbul, sekiranya dalam pergaulan ini timbul perbualan yang tidak baik dan kotor. Contohnya jika dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan ni, mereka bergurau ataupun mengusik bahagian sensitif antara satu sama lain.

spankboleh tahan kalau korang kena spank macam ni? Pergh!

Erm. Bayangkan jika rakan berlainan jantina korang menepuk bontot korang dengan niat nak bertegur sapa takpun nak mengejutkan korang. Apa reaksi korang? Tentunya melenting bukan? Siapa tak panas beb! Bontot gua hot property, jangan sesekali diusik. Muahaha! Tapi apa pula respon rakan anda yang tadi? Dia akan cakap “TAK OPEN MINDED LA KAU NI, TAK SPORTING” . See? Kat mana yang perlu berfikiran terbukanya dalam hal ni? Apa dia pikir ni USA? Kalau open minded dalam bab-bab tak senonoh ni, orang Melayu kita memang nombor satu. We call this DIRTY MINDED, not OPEN MINDED. Sorry to say, we need to change this! I mean me, myself and you guys need to change this.

Senario kedua

Pergaulan sosial seharian

Menjadi lumrah bagi kehidupan remaja dan orang di kotaraya untuk pergi ke kelab malam. Kata mereka, di sanalah tempat paling seronok untuk bersosial. Yeah! Memang best menari di bawah lampu bling-bling. Memang mengasyikkan berjoget dan bergesel dengan perempuan dalam kelab malam. Ala, apa guna pergi clubbing kalau tak dapat rasa semua tu. Kalau dah kaki pergi clubbing, jadi kolot pulak kalau tak teguk air mabuk,kan? Apa adahal. Kita muda lagi. Mestilah nak merasa semua benda. Nanti dah tua, kita tak dapat merasa dah, nak buat amal ibadat pulak.

clubbingscenery clubbing yang biasa

Ramai orang berfikiran seperti kat atas ni sebenarnya sempit pemikirannya. Tak salah sebenarnya nak berhibur, tapi kalau hari-hari pergi clubbing, balik mabuk. Muntah-muntah. Bawak pasangan berlainan jantina balik umah. Tukar-tukar pasangan pulak tu. Itu ke kehidupan yang kita mahukan? Daripada akal ni hebat daripada Malaikat, kita turun menjadi sehina-hina ciptaan Tuhan. Kalau dalam hal macamni, orang macamni digelar NARROW MINDED sebab diorang ingat diorang hidup seribu tahun lagi untuk bersuka ria agaknya. Mintak simpang dan dijauhkan!

Senario Ketiga

Perbincangan Mengenai Politik
Serius. Ni aku rasa tak perlu nak huraikan panjang-panjang. Mungkin ahli-ahli politik takde nak cakap sangat istilah Open Minded ni dalam ucapan harian diorang. Tapi cukuplah aku nak cakap yang politik di Malaysia memang belum cukup matang. Belum terbuka lagi pemikiran politikus-politikus di Malaysia ni. Belum boleh pihak parti pemerintah dan parti pembangkang duduk semeja dan bincangkan isu pembangunan untuk rakyat. Dan aku rasa benda ni yang sepatutnya orang Melayu kita ni kena open minded. Dan sayangnya benda yang penting macamni la diorang lagi suka sempitkan pikiran dan hidup dengan pemahaman masing-masing.

Typical Malay.

calon bebasmakcik Maimun merupakan antara ahli politik yang open minded

Daripada ketiga-ketiga senario kat atas yang aku tulis, dapat kita simpulkan, yang open minded yang kita terima pakai selama ini hampir semuanya salah. Menjadi seorang yang open minded biarlah orang yang berfikiran jauh untuk memajukan diri sendiri dan orang disekitar kita. Berfikiran terbuka menerima idea pembangunan dan pembaharuan yang tidak bertentangan dengan hukum-hakam agama kita.

Ambil contoh yang mudah seperti Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri kita yang ke-4. Jika tidak kerana vision dan pandangan jauh beliau, mungkinkah Malaysia menjadi seperti sekarang?

Kalau nak tengok contoh anak muda Melayu yang open minded, lihat saja Anwar Hadi. Korang tak kenal Anwar Hadi? Ini link untuk video dia kat youtube. Check it out!

May god bless you all!

Takkan Melayu Hilang Di Dunia.

Baca juga: Bau Petai Dalam Monorel

Leave a Comment