free
hit counter

Bau Petai Dalam Monorel

Beberapa hari dulu saya pergi berjalan-jalan ke Time Square. Haha. Perlukah saya bagi tahu anda semua bahawa saya tiada kereta. Jadi, tak dapat pandu ke sana dan perlu naik monorel dari Chow Kit untuk sampai ke Time Square.

Sesampai sahaja monorel tersebut ke stesen Chow Kit. Ada seorang budak perempuan cilik berlari masuk ke dalam. “Mak, mak.. Cepat. Banyak kosong lah. Sini kosong” Sambil badan dan tangannya menunjuk-nunjuk kerusi yang masih kosong. Adik tu pakai baju kelawar kecil, sedikit kotor tapi yang pentingnya ada baju dan sopan.

KL monorailsumber foto: mole.my

Saya pun masuk dan cepat-cepat duduk. Saya nampak dalam monorel tak ada orang tua atau OKU pun, semuanya remaja yang masih bertenaga. Jadi, maksudnya siapa cepat dia dapat tempat duduk.

Saya duduk di tepi mak budak perempuan tersebut. Budak tu duduk dekat peha mak dia. Saya pun duduk dan perhatikan mereka ni.

Mereka bergerak dalam satu keluarga. Bapa, mak, dan 4 orang anak perempuan. Semuanya masih kenit dan comel-comel lagi. Budak perempuan tu tak berhenti-henti bercakap. Kalau berhenti pun, untuk minum coca-cola botol besar tu. Dua straw yang biasa tu dia sambungkan jadi satu. Jadi straw tu tak akan tenggelam ke dalam air. Nampak macam banyak kreatif budak tu.

Mula sahaja monorel bergerak, tiba-tiba ada bau petai menusuk hidung. Oh tidak! Sudahlah saya ni tak suka petai. hahaha. Tiba-tiba budak tu cakap dengan kakaknya: “ada bau petai lah.” sambil ketawa kecil. “Mak beli kan?” hehe, shhhh..

Nak shhh apa lagi? Saya sudah nampak. Budak perempuan tu cakap lagi “Mak beli petai kan. Mmmmm, sedap. Petai sedaplah” Katanya.

Saya pun senyum saja. Saya tak malu nak senyum untuk perkara yang saya tahu tak salah. Mereka nampak sangat gembira dengan petai tu. Jadi automatically, saya pun rasa happy. Bau petai tu tak apa, bukan saya akan pengsan ke apa. Saya nampak mereka ketawa kecil antara satu sama lain.

Lepas tu budak tu cakap lagi dengan kakaknya: “Yang ni duit sepuluh sen adik tau”.

Dalam hati saya, amboi, betapa berertinya sepuluh sen itu untuk sesetengah orang, sedangkan kita ni ada yang kadangkala malas nak kutip balik duit syiling yang sudah jatuh.

Betapa sepuluh sen itu mampu membuat seseorang tersenyum dan rasa gembira sepanjang hari. Jadi, daripada melakukan pembaziran, adalah terlebih baik untuk kita sentiasa berbelanja dengan sederhana supaya apa yang kita ada sekarang ni tak habis untuk diri kita sendiri sahaja.

Yang selebihnya, boleh kongsi dengan orang lain. Kalau nampak orang lain gembira. Automatik diri kita sendiri juga akan rasa gembira. Stress pun hilang dan belajar pun senang.

Nak beli apa dengan suit sepuluh sen tu? Kalau saya kenang kembali. Saya suka beli gula-gula masa kecil dulu. Oh, mereka suka nak beli gula-gula ni. hehe, saya suka teka yang bukan-bukan.

Tapi saya ni asyik tengok mereka, mereka tak rasa segan ke? hehe. Jadi, saya pun memulakan perbualan dengan mak budak perempuan tersebut. “Assalamualaikum aunty” eh, apa pasal aunty pula.

“Aunty ni nak ke mana?”
Makcik tu pun jawab “aunty ni nak balik kampung”
“Oh, kampung aunty kat mana?”
“Kami ni dari Terengganu, nak balik Ampang”..
“Oh, dari kampung lah ye aunty.. You move in one family lah ye aunty.” eh, ter english pulak daaa. “aunty ni balik satu family kan?”
“hehe, ye. Satu family” gelak kecil dan senyuman mula terukir.
“Oh, anak-anak aunty semua happy tau. Saya yang tengok ni pun happy jugak” Aiyoo, saya jadi sangat jujur pulak.. Haha. Dari hati ke hati terus.

“Oh.. Terima kasih” Senyumannya semakin lebar. “Adik ni pun nak balik kampung jugak ke?”
“Taklah, saya nak ke TS. Nak beli barang.”
“Oh, dah kerja ke?
“eh, hahaha. Belum lah aunty. Baru study je. Kat UKMkl.”
“Oh, course ape?”
“course perubatan.”
“Oh, aunty doakan adik dapat keputusan yang baik. Dapat belajar elok-elok. Sejahtera.”
“Amin. insyaAllah. Thanks ye aunty.”

Yeay! Saya tak sangka, atas sebab saya memulakan perbualan dengan baik, saya dapat doa yang baik. Amin amin amin.

Di sini, saya cuma nak kongsi. Jika ada bau petai dalam monorel, jangan main hentam bla bla bla mulut kita ni. Kita perlu pertimbangkan orang lain. Mungkin ia adalah kehidupan dan kegembiraan orang lain.

Adakah saya terlebih fikir? hahaha. Tapi saya semakin yakin. Saya memang berpotensi untuk jadi doktor yang penyayang dan ikhlas.. ahahahaha. hehe, insyaAllah.. saya harap nilai-nilai yang murni akan sentiasa kita jaga dalam diri kita masing-masing.

Baca juga:

Leave a Comment