free
hit counter

Tips Bermain Tennis Seperti Federer Dan Nadal

Jika anda merupakan seorang peminat sukan tenis seperti aku, mustahil bagi anda dengan tak kenal Rafael Nadal. Aku memang sudah lama ikuti perkembangan sukan tenis ni sejak tahun 2003. Di mana pada waktu itu aku masih belajar di sekolah menengah lagi.

Dan pada masa tu, aku sangat admire dengan Roger Federer. Yalah, waktu tu Federer merupakan pemain tenis yang memegang ranking nombor satu di dunia. Memang power gila dia pada masa tu. Dan aku terus ikuti sukan tenis sejak daripada hari tu sampailah sekarang.

Rafael NadalSumber foto: Rafael Nadal

Ramai orang sangat adore dengan Federer, sampai sanggup beli raket yang sama seperti Roger. Wilson ncode waktu tu memang laku. Semua orang nak main tenis seperti Federer.

Boleh anda percaya kepada saya, anda mesti tengok main tenis tu senang bila tengok Roger main. Disebabkan ramai yang suka dengan Federer, ramai juga yang cuba bermain sukan ini seperti dia.

Roger FedererSumber foto: Roger Federer

Ramai Yang Suka Dengan Pemain Rafael Nadal

Sama juga dengan pemain yang famous untuk waktu premier, iaitu Rafael Nadal. Beliau juga pernah menduduki di tempat pertama di dunia. Beliau yang merupakan seorang yang dapat menewaskan Roger Federer buat banyak kali.

Beliau mempunyai gaya bermain sendiri yang susah diikuti oleh lain orang. Dan apa yang boleh anda sangkakan bahawa raket Babolat sekarang bersepah boleh nampak orang pakai.

Bagi pemain yang sudah lama main tenis, biasanya mereka tidak akan senang ikut angin tetapi mereka lebih suka lekat pada raket pilihan mereka masing-masing.

Ini adalah disebabkan bagi pemain yang berpengalaman, mereka masing-masing sudah ada gaya dan teknik sendiri. Mereka faham dan tahu macam mana untuk main tennis and mereka tahu mana satu raket yang paling sesuai dengan gaya dan teknik main mereka.

Yang Penting Bukan Brand Raket Tetapi Teknik Yang Anda Belajar

Raket tenis cuma sebagai peralatan untuk anda bermain tenis saja dan ia tidak kira brand apa yang anda gunakan. Aku pernah jumpa ada pakcik ni pakai raket zaman Bjorn Borg dulu di mana dia beli di Pasar Pelik Rengit.

Selamba saja dia main tenis. Power gak apa. Alasan pakcik tersebut adalah raket ni cuma merupakan peralatan saja. Dia pun sudah lama main tenis dan raket yang dia beli tu cuma RM30 saja pun. Main mengancam point!

Aku pelik tengok terdapat ramai orang yang baru nak main tenis telah habiskan banyak duit untuk beli jenama raket yang mahal.

Yelah, baru main tenis seminggu dua, mereka sudah nak pakai raket macam Rafael Nadal atau Roger Federer. Harga raket yang mereka pakai tu ada dalam lingkungan RM600-700. Harganya sudah nak dekat seribu! Mahal betul!

Mereka ingat mereka sudah ada raket macam Si Roger dan Rafael tu, mereka akan dapat main tenis macam Si Roger dan Rafael ke? Tak dapatlah. Lagi jahanamkan game anda ada lah.

Jika anda baru nak mula main tenis, aku ada sedikit nasihat dan tips untuk berkongsi bersama anda:

1. Raket yang sesuai
Beli raket yang sederhana, jangan mahal sangat, jangan murah sangat. Kualiti raket ni sebenarnya merujuk kepada harga jugak. Kalau beli murah sangat, bila dah lama main, mesti rasa nak tukar raket sebab tak sedap.

Kalau yang mahal? Korang takkan boleh main tenis macam yang korang nak bile pakai raket yang mahal ni. Sebabnya? Korang mesti nak tiru game pro yang pakai raket tu. So, mana game korang? Takkan ada.

2. Pakai Kasut Tennis
Kalau nak main bola, kena pakai boot. Nak main futsal kena pakai kasut futsal. Sama juga dengan tenis, kalau nak main tenis, pakailah kasut tenis. Baru ada feel yang betul.

Tak perlu beli Nike ke Adidas yang mahal-mahal. Beli yang biasa-biasa macam Wilson, Prince, atau Dunlop yang murah-murah pun cukup untuk permulaan. Bila teknik anda sudah makin meningkat, baru anda perlu pertimbankan untuk pakai Nike Ballistic atau Adidas Barricade.

3. Spurring Partner
Tenis bukan sukan perseorangan tapi ia adalah sama macam badminton. Kita perlukan pihak lawan di gelanggang sebelah sana. Jadi pastikan anda ada rakan untuk bermain. Baru best! The more the merrier! Rite?

4. Coach
Bagi mereka yang ada duit lebih sikit, pergilah cari coach yang betul-betul pandai mengajar tenis. Seorang coach yang bagus akan menjadikan anda seorang pemain tenis yang bagus.

Bayaran? Kalau training dalam grouping, murah sikit. Tapi kalau personal coaching agak mahal. Dalam RM100 sejam. Rasa kejap kan? tapi memang berbaloi.

5. Tengok Video dan Tutorial Online
Ini adalah senang saja untuk sesiapa lakukan. Boleh anda google and search saja macam mana untuk main tennis dengan betul. Bersepah dapat feedback. Kat Youtube pun sama. Try ok?

Bila Bola Tenis Menafikan Teori Fizik

Ianya cuaca yang sangat panas di negara asal kangaroo. Berbeza dengan negara empat musim yang lain, Australia mengalami musim panas atau dalam bahasa penjajahnya dipanggil summer.

Suhu average kat sana sekarang dalam 22-28 darjah Celcius. Bagi mat saleh dan minah saleh kat sana, memang panas ah. Tapi bagi kita orang Malaysia, selamba je. Apa ada hal 28? Huh!

tennis serve
tennis serve

Orait. Sekarang kita masuk pada ulasan tajuk kat atas. Macamana bola tenis boleh menafikan teori fizik? Simple theory in physics says that a ball that being throw up in the air will land on the floor and bounce back at a certain height. It’s a theory being use by all the physicians and the tennis player themselves. Ho ho ho.

Tapi berbeza pula dengan kejadian Jumaat lalu, apabila Ratu Menjerit Tenis, Maria Sharapova menentang pemain baru nak up, Julia Goerges.Tengok video kat bawah ni kalau tak percaya.

Ratu Jeritan Terkuat di dunia itu dapat detect ada masalah dengan surface court dalam Hisense Arena. Lantas, si Ratu terus memberitahu umpire suruh check masalah yang dia dapat kesan tuh.

Memang jelas, ada masalah dengan court tennis tersebut. Apabila bola dibaling ke permukaan tersebut, ianya tidak melantun seperti yang sepatutnya.

Bola tersebut lebih selesa duduk diam di atas permukaan itu. Kejadian pelik itu akhirnya diambil berat oleh pihak penganjur yang bertindak memanggil pakar penyelenggaraan court untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Dan mereka akhirnya mendapati bahawa di bawah permukaan spot tersebut, ada gelembung udara yang terhasil akibat kepanasan yang melampau. Gelembung udara tersebut bertindak sebagai penyerap hentakan pada spot tersebut. Ceh. Kat Malaysia ok je. Panas-panas pun selambe je orang main tenis kat Kompleks Tenis Jalan Duta tu. Apalah! Huh!

Bola Tenis Melekat Dalam Court

Banyak sebab sebenarnya aku suka dengan sukan tenis. Dan salah satu sebabnya adalah kes-kes pelik yang kadang-kala berlaku. Kita semua memang tahu yang bola tenis akan melantun balik kalau kita pukul bola tu kat dalam court.

Tapi perkara sebaliknya berlaku ketika Andy Roddick lawan siapa tah, aku tak kenal. Dan mengejutkan, bola servis Roddick pada waktu tu tak melantun sebaik saja menyentuh permukaan tanah liat gelanggang. Sebaliknya ia melekat dalam kotak servis pemain lawan!

Yeah, I know Roddick hold the record for the FASTEST SERVE EVER in Men’s Tennis History. But how come the ball can be stuck on the court?!! That Ridiculous! Korang tak percaya?

Baca juga: Misi Mencari Rumah Baru Sebab Kena Pindah

Leave a Comment