free
hit counter

Hari Kekasih dan Valentine’s Day Adalah Berbeza

Hari ni kalendar masihi menunjukkan tarikh 14 Februari 2011. Orang sambut apa ye hari ni? Oh! Hari ni Valentine’s day! Baru aku ingat. Siap ada tulis kat kalendar ni. Adoi. Lupa pulak yang Valentine’s Day hari ni. Hahaha. Macam poyo pulak kan buat-buat lupa yang hari ni hari Valentines. Tapi memang aku lupa. Sebabnya mudah, aku tak sambut Hari Valentines ni. Nampak macam kuno kan aku sebab tak celebrate Valentines Day ni ? Lantak korang la nak cakap ape. Aku memang kuno dan kolot dalam bab-bab menyambut perayaan mat-mat saleh ni. This part of me maybe a typical malay attitude that i cant change. Sorry.

one night stand

Setiap kali tarikh 14 Februari ni, mesti bersepah kat kedai-kedai buku ngan hypermarket jual kad-kad yang bertemakan Hari Kekasih. Pilih je kad cap apa yang korang nak. Sure jumpa punya. Nak yang sebesar Teddy Bear 30 inci pun ada. Banyak betul idea korang nak tulis dalam kad sebesar-besar tu. Bagus-bagus. Memang membina dalam karier penulisan korang kalau dapat penuhkan kad 30 inci tu dengan karangan cinta untuk si dia.

Ramai orang beranggapan bahawa Valentine’s Day itu sebagai Hari Kekasih. Khasnya bagi masyarakat Melayu di Malaysia. Aku tidak berminat untuk memberitahu pada korang semua, apa sebenarnya maksud Valentine’s Day ni. Kenapa tanggal 14 Februari ini dinamakan sebagai Valentine’s Day, korang boleh carik sendiri kat Google dan mana-mana blog yang dah kupas dengan lebih lanjut tentang asal-usul Valentine’s Day ni. Cuma menjadi masalah pada aku apabila ramai orang beranggapan yang Valentine’s Day ini sebagai Hari Kekasih.

valentinesPaderi Valentine yang dipuja-puja setiap kali 14 Februari

Kita terjemahkan dalam bahasa mudah. Valentine’s Day. Dalam Bahasa Melayu nya adalah Hari Valentine. Betul? Mintak maaf kalau aku tersalah terjemahkan maksud ni. Tapi aku rasa memang tak salah terjemahan aku tu. Dan setahu aku, Valentine itu merujuk kepada nama seseorang. Dan aku taknak tau siapa. Jadi kat sini, celah mana pulak yang Valentine’s Day ni bermaksud Hari Kekasih? Ini Hari Valentine. Hari untuk orang yang bernama Valentine. Bukan untuk kekasih. Apa ada terjemahan Valentine itu adalah kekasih? Sila check dan bagitahu aku kalau ada persamaan.

Bila Valentine itu dijadikan ikon cinta dan kasih sayang di mata masyarakat barat, kenapa pula sampai kita perlu mengagungkan si Valentine ni? Kenapa dia dikaitkan dengan cinta dan kasih sayang? Inilah yang kita perlu persoalkan.

Valentine’s Day adalah Hari Pemuas Nafsu

Dalam hidup, kita perlukan pegangan. Kita perlu berpaut pada pegangan ini supaya kita sampai kepada matlamat yang kita tuju. Dan dalam hidup, kita semua jadikan agama sebagai landasan untuk sampai ke tempat yang kita tuju. Orang Islam hidup dengan budaya dan ajaran agama mereka. Begitu juga dengan penganut agama lain. Dan semestinya, ajaran agama ini tidak boleh dicampur adukkan. Cukuplah agama Islam sebagai pegangan aku. Tapi pada masa yang sama, aku hormati ajaran agama yang lain.

tangkap basahsenario yang selalu terjadi pada malam 14 Februari setiap tahun di Malaysia

Mengikut pandangan dan pemerhatian aku. Hari Valentine ni, pasangan kekasih digalakkan untuk memberi hadiah dan berseronok antara satu sama lain selama satu hari. Bermakna sepanjang satu hari itu mereka akan menghabiskan masa bersama. Dan menjadi kebiasaan masyarakat barat, mereka tidur bersama pasangan mereka pada malam Valentines tersebut. Dan budaya ini, semakin menular di Malaysia. Jadi, apakah dengan tidur bersama itu tandanya kasih sayang dan cinta? Bagi aku, itu cuma tuntutan hawa nafsu serakah manusia. Bukan lambang cinta dan kasih sayang.

Buktinya? Kan ramai anak luar nikah lahir 9 bulan daripada tarikh ni? Tak percaya? Tunggulah nanti. Ramai lelaki berani buat, tapi tak pandai bertanggungjawab. Mintak dijauhkan daripada kita menjadi orang-orang yang rugi macam ni.

Bila Sebenarnya Hari Kekasih?

Bagi setiap pasangan, pastinya ada tarikh yang istimewa bagi mereka. Tarikh yang sangat bermakna. Contohnya bagi pasangan yang dah kahwin, mereka menyambut ulang tahun perkahwinan mereka setiap tahun. Itu sebenarnya adalah hari kekasih bagi pasangan tersebut. Mudah bukan? Tarikh yang bermakna bagi anda dan pasangan, jadikan itu sebagai Hari Kekasih anda. Bagi yang belum kahwin pulak (macam aku) kita jadikan tarikh permulaan perkenalan itu sebagai Hari Kekasih. Tak salah bukan? Menyambut dengan sederhana dan mengungkapkan kata cinta melalui kad dan hadiah. Lagi romantik.

siti dan datukDatuk K dan Datuk Siti contoh pasangan kekasih yang bahagia

Apa yang ada pada tarikh itu bagi anda dan pasangan anda rasakan ia bermakna itulah hari kekasih sebenarnya. Cuba tanya pada diri korang. Apa special sangat 14 Februari tu? Ada ape-ape special event ke buat korang? Kalau takde, buat ape sambut?

Katakan tidak Pada Valentine’s Day. Semoga Hari Kekasih korang lebih diingati, bukan Hari Valentine yang korang sambut.

Peace
Peace

Baca juga: Pelajar Yang Bersekolah Masih Belum Tiba Masa Bercinta

Leave a Comment