free
hit counter

Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 – 3 Panduan Lulus

Cuma tinggal beberapa hari saja lagi masa untuk persediaan buat calon-calon yang bakal untuk menduduki Peperiksaan Pegawai Penerangan S41. Biasa dalam masa yang semakin suntuk tu baru ramai orang mula rasa tertekan dan ingin untuk luahkan sikit masa untuk belajar.

Perlu Gunakan Masa Dengan Bijak Sekarang

Jadi adalah baik untuk calon-calon gunakan masa yang masih berbaki ini dengan bijak untuk buat persediaan dengan secukupnya demi lulus Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 nanti. Cuma masalahnya apa yang perlu mereka buat ulangkaji tu?

Masalah seperti ini selalu timbul bagi calon-calon yang baru pertama kali mengambil peperiksaan. Ini termasuk juga saya yang ada mengambil peperiksaan ini pada tahun lepas.

Saya masih ingat tahun dulu saya pernah dipanggil untuk menduduki peperiksaan SPA seperti anda. Masalah saya yang paling utama pada masa itu ialah tiada panduan atau tunjuk ajar yang sesuai untuk menjawab soalan peperiksaan tersebut dan saya rasa amat bimbang sebab nak belajar pun tiada material untuk saya buat ulangkaji.

Situasi ini adalah seperti nak duduk dalam peperiksaan tetapi tiada sebarang rujukan boleh baca. Boleh anda bayangkan pelajar yang hendak mengambil SPM tetapi tiada guru yang beri tunjuk ajar, macam mana agaknya boleh pelajar lulus dalam peperiksaan mereka? Macam tu jugalah saya pada hari pertama terima surat daripada SPA.

Fakta Hadir Peperiksaan

Peperiksaan Pegawai Penerangan S41

Saya difahamkan bukan semua orang yang dipanggil untuk menduduki peperiksaan SPA akan hadir pada hari yang ditetapkan. Mengikut data yang sedia ada, jika SPA memanggil 5000 orang calon, hanya 70% sahaja yang akan hadir. 30% yang lain mengambil keputusan untuk tidak hadir atas sebab yang tersendiri. Lagi-lagi Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 kali ini adalah diadakan pada hari Khamis iaitu hari bekerja di mana sesetengah orang yang bekerja yang tidak dapat moohon cuti akan pilih untuk tidak hadir dalam peperiksaan itu.

Mungkin peratusan yang tidak hadir akan meningkat kerana tidak dapat cuti. Secara umumnya peluang untuk anda lulus Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 kali ini lebih cerah. Tetapi semestinya anda tidak akan lulus dengan hanya hadir tanpa panduan yang lengkap untuk menghadapi peperiksaan ini.

3 Panduan Lulus Peperiksaan Pegawai Penerangan S41

Hanya 3 panduan sahaja untuk lulus Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 yang akan diadakan pada 29 Ogos nanti. Peluang anda akan lebih cerah untuk ke peringkat selanjutnya jika 3 panduan ini dapat dilaksanakan sebaik-baiknya. 3 panduan tersebut adalah:

Tahu Format

Ini masalah utama kebanyakan calon iaitu tidak tahu bentuk soalan yang akan ditanya. Masuk dewan peperiksaan, terkedu! Manusia akan mengalami kekurangan daya berfikir apabila dalam keadaan terkejut. Jadi pentingnya persediaan awal untuk memahami apakah format soalan peperiksaan yang akan ditanya.

Anda juga akan lebih yakin untuk menjawab soalan apabila sudah tahu format peperiksaan. Peluang anda untuk lulus lebih besar berbanding calon-calon lain yang tidak tahu format peperiksaan.

Cukup Masa untuk Ulangkaji

Bagi yang sudah bekerja memang ini masalah buat mereka. Anda bagaimana?

Jika anda membaca akhbar setiap hari (bukan cerita artis!) dan selalu menulis esei serta buat ujian Matematik di masa lapang mesti tidak ada masalah buat anda! Tahniah untuk anda! Anda punya masa untuk mengulangkaji.

Anda mungkin ‘senyum’ kerana peluang untuk anda lulus adalah lebih tinggi!

Tahu Apa yang Perlu Diulangkaji

Ini juga satu masalah. Terlalu banyak yang hendak dibaca, masa pula sudah semakin suntuk lagi-lagi buat anda yang sudah bekerja sekarang ini. Ianya ibarat anda menembak ke langit dengan harapan akan ‘terkena’ burung. Berapa peratus agaknya yang akan kena. Alangkah bagusnya kalau anda tahu apa yang mahu dibaca dan apa yang perlu difokuskan.

Mereka yang berjaya semasa peperiksaan adalah mereka yang membuat persediaan yang tepat sebelum peperiksaan.

Sama kes seperti ini juga, anda dengar tip ada yang menyuruh anda baca buku ‘Malaysia Kita’ yang sangat tebal itu.

Buku itu memang bagus, tapi cukupkah masa untuk anda membaca kesemuanya? Kenapa tidak fokus kepada beberapa bab sahaja yang kemungkinan besar akan keluar dalam Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 nanti?

Soalan peperiksaan SPA yang lepas ada mengenai ‘Teknologi Hijau’ dan ’1 Malaysia’, ada isu itu dalam buku ‘Malaysia Kita’?

Jawapannya tiada…

Penyelesaiannya

Berita baik kepada anda. Exam PTD ada menyediakan beberapa set soalan contoh dan panduan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan SPA terutamanya Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 yang akan diadakan tidak sampai pun 48 jam dari sekarang.

peperiksaan pegawai

Exam PTD telah membantu ramai calon menduduki peperiksaan bertulis sejak tahun 2009.

Jika anda adalah calon yang bakal menduduki Peperiksaan Pegawai Penerangan, dapatkan segera rujukan di bawah sebelum terlambat. Ini adalah persediaan terakhir anda untuk lulus Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 pada tahun ini.

Baca juga: Result Peperiksaan Cemerlang Hak Semua

Leave a Comment