free
hit counter

Result Peperiksaan Cemerlang Hak Semua

Dulu kawan-kawan ingat saya ‘genius’ sebab saya dapat:

  • UPSR: 5A
  • PMR: 8A
  • SPM: 9A
  • A-level 12 points (1 tahun)

dan seterusnya melayakkan saya untuk sambung pelajaran dalam bidang perubatan di Czech Republic.

HAHAHA. saya gelak besar dalam hati

Kalau saya genius, sah-sah saya takkan study ‘gila-gila’

Saya asal dari sebuah kg di Kelantan sahaja.

Tak pernah ambil tuition berbayar

Belajar pun sendiri atas papan gelegar sahaja waktu kecil dulu

Supplement pun tak makan. even tak kenal pun. hanya budu & petai yang jadi favourite saya dulu hingga sekarang.

Tetapi, sebab keinginan untuk mengubah nasib keluarga dah cukup KUAT, saya redah ajerr.

nak dapat result gempak memang memerlukan pengorbanan air mata darah, tapi sebab ‘desire’ atau keinginan tu sangat tebal dalam diri, saya ‘tak rasa’ sangat

Sampaikan cikgu saya pesan

‘Zamrud, jika dengan hanya duduk dalam library boleh bagi kamu result elok, buat je’

Saya pun buat sehingga saya di perlekehkan oleh rakan-rakan seperjuangan sebab tindakan saya itu seolah-olah menampakkan saya seperti ‘bodoh sangat’

pernah satu ketika, saya di ‘hina’ di khalayak ramai bila saya dapat result agak teruk dalam test kecil di sekolah

‘Zamrud, study dah gila-gila. study 24 jam dalam library. tapi masih tak passed’ (sambil menjuih bibir)

saya rasa sangat sedih. luka hati saya tiada siapa yang tahu kerana saya jenis yang tak suka berkongsi masalah, sebaliknya saya suka ‘mengadu’ kepada ‘boss’ saya di dalam sujud.

bila mana orang keji saya, caci saya, rendahkan dan kutuk saya, saya lebih gemar berdiam diri dan senyum sebagai tanda saya tidak terasa dengan apa yang mereka kata itu demi untuk menjaga hubungan persahabatan antara kami.

lagipun saya tahu saya tak segenius mereka. cikgu ajar 1 kali belum cukup bagi saya, walhal jika saya mengangguk kepala tanda ‘faham’ pun sebenarnya saya belum betul-betul faham. jadi, tak salah pun mereka berkata begitu kan sebab saya memang pelajar ‘biasa-biasa’ je.

saya belajar ‘cara’ saya. saya cuba hiraukan kata-kata negative di sekeliling yang cuba untuk mengdownkan saya. dan saya just go with the flow. finally, YES. saya dapat result elok. Alhamdulillah.

So, pointnya

Bila kita NEKAD nak sesuatu, kita PERCAYA yang kita akan dapat, insyaAllah kita akan DAPAT jua apa yang kita nak itu.

Sebab

  • Apa yang kita FIKIR
  • Apa yang kita CAKAP
  • Apa yang kita BUAT
  • Apa yang kita TULIS
  • Apa yang kita RASA

Semuanya adalah DOA & Allah mengikut sangkaan hamba-hamba Nya.

Nak 4.0 flat? Nak itu, nak ini.

FIKIR, RASA, TULIS, CAKAP & BUAT macam kita nak 4.0 flat. Kata nak 4.0 flat, cuba check.

Tidur berapa jam?

Main games lagi ke?

Masih ada masa nak tengok TV?

Masih ada masa nak berkepoci?

Jika kita FOCUS apa yang kita NAK

Jangan risau, kita ‘terpaksa’ dapat.

Sebab tu saya suka nak pesan kat adik-adik yang masih belajar yang mana

Kita semua boleh BERJAYA kalau kita mahu sebab siapa kita dan dari mana kita datang, BUKAN syarat untuk mencapai KEJAYAAN

Cuma kita sendiri yang DECIDE

quote napolean hill
Nak atau Tak Nak?

Bila kita dah kata NAK, focus kepada benda yang membuatkan kita BERMOTIVASI setiap hari kerana MOTIVASI lah ‘minyak’ yang diperlukan untuk menggerakkan kita ke arah mencapai apa yang kita nak.

Saya Menyesal Belajar di Luar Negara!

Mungkin ini akan membuka pekung di dada saya sendiri.

tapi bila fikir balik kalau saya tak buka ‘aib’ saya ni, siapa lagi yang berani nak buka. sebab malu nanti.

Takpe lah. sebab kalau saya tak dedahkan sekarang, mungkin ramai adik-adik saya akan tersilap langkah macam saya.

belajar di luar negeri

SPM saya dapat semua As (5A+ 3A 1A-)

Masa tu saya tak tahu saya minat apa. Dalam fikiran hanya kos engineering atau perubatan sahaja sebab rasa ‘rugi’ kalau saya tak minta kos tu sebab result ok kan.

Entah kenapa saya macam tak kisah pun masa nak pilih kos. Saya ambil mudah je soal kos yang bakal di pilih. Lagipun mentality semua As mesti Medical atau Engineering.

Saya pilih Medic. muktamad.

sebab? sebab mentality itu tadi lah. nak kata tak minat, minat jugak. pakai coat putih dengan stethoscope di leher sambil ronda-ronda wad rawat pesakit dan ‘mulia’ di mata masyarakat. best sungguh imaginasi saya masa tu.

lagipun saya tak tahu saya minat apa. Oh ya. masa tu ada sekelumit rasa minat bisnes tapi diri kata jangan sebab rugi budak straight As kalau minta kos ‘mudah’ dan ‘biasa-biasa’

Saya pun minta lah JPA di bawah program perubatan luar negara.

Maka melata lah saya di bumi Czech Republic selama setahun di sana. setahun je saya kat sana.

saya sempat ambil final anatomy je. lepas passed exam subject tu, saya rasa memang climax dah. rasa tak tahan yang membuak buak.

saya ada baki 5-6 tahun lagi kat sana. tak tahu nak teruskan atau sebaliknya. saya temui jawapan dalam solat istikarah.

Maka saya pun decide untuk pulang ke Malaysia membawa segulung ‘kehampaan’ untuk Ibu dan JPA.

Sejujurnya saya tak rasa sedih,hampa,rugi dan kesal pun sebab saya percaya takkan rugi/menyesal orang yang solat istikarah.

Bila saya pulang ke Malaysia, saya buat bisnes. Bisnes saya ok tapi masa tu juga saya terima tawaran masuk ke University.

Sekali lagi saya solat istikarah lalu Allah lorongkan jalan untuk saya sambung belajar di Uniten dalam kos Bisnes.

Bila ingat balik, sebenarnya saya lupa nak solat istikarah sama ada nak pilih kos medic / kos bisnes selepas bergembira menerima keputusan SPM dulu.

Saya memang minat bisnes dan saya tahu nak belajar buat bisnes tak perlu masuk U pun takpe. Apek amoi tak sekolah, hanya pandai mengira sahaja pun boleh jadi Jutawan.

Tapi tak tahu lah kenapa saya terdetik nak masuk U balik. mungkin Allah ada rancang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang saya rancang. InsyaAllah.

Alhamdulillah. sekarang saya adalah ahli perniagaan internet yang menjana jualan setiap bulan 5 angka & juga merupakan seorang mahasiswa. macam mana saya handle bisnes sedangkan saya belajar di university boleh baca di sini

Mungkin ini hikmah yang Allah nk tunjuk. Allah menghantar saya pulang ke Malaysia supaya bilangan ahli Usahawan Islam semakin bertambah.

Doakan saya supaya menjadi seorang usahawan, hartawan & dermawan yang boleh memberi manfaat kepada ramai orang.

Jadi, untuk adik saya yang baru dapat SPM. Biarlah hanya saya yang rasa ‘perit’ dan ‘sakit’ nya tuh. Pilih lah kos yang betul.

Apa yang terbaik untuk kita, kita tak tahu. Istikarah lah sekejap.

Baca juga:

Leave a Comment