free
hit counter

Domain Pengetahuan dalam Program Pendidikan Guru

Tidak dinafikan, masyarakat berharap seseorang yang bergelar guru sebolehnya perlu mengajar semua pelajar untuk menjadi seorang warganegara bertaraf dunia, menjadi pekerja yang berkelayakan tinggi, pemimpin politik, inovator ataupun peneraju ekonomi global.

Persoalannya, bagaimanakah guru perlu dilatih dan diberi persediaan untuk menjadi seorang guru dengan piawaian bertaraf dunia? Apakah pengetahuan yang diperlukan untuk anda untuk menjadi seorang guru yang berkesan?

Paradigma yang beralih pada awal 80-an dalam bidang penyelidikan pendidikan menyatakan penyelidikan menekankan lebih kepada kandungan perkara subjek dan pengetahuan guru (Shulman, 1986). Penyelidikan pendidikan masa itu menyelongkar domain pengetahuan dalam pengajaran sehingga mengiktiraf bidang pengajaran sebagai pekerjaan profesional.

Guru sebagai Kerjaya Professional?

Seseorang itu boleh dianggap professional setelah profess/mencapai kelainan dan kehebatan dalam bidang tersebut. Mereka ini telah melalui kursus-kursus profesional dan dilatih untuk menjadi seorang yang hebat di dalam bidangnya.

Shulman (1986) menyatakan kerjaya guru memerlukan pengetahuan khas iaitu pengetahuan pedagogi, pengetahuan kandungan, dan pengetahuan pedagogi kandungan (PCK).

Menurut Bel dan Gilbert (1996), menjadikan kerjaya guru sebagai kerjaya professional memerlukan sebuah program khusus untuk guru pelatih. Pengetahuan tentang bahan-matapelajaran (subject-matter knowledge) tidak mencukupi untuk memastikan pengajaran yang berkesan (Magnusson, Krajcik & Borko, 1999)

Seorang guru yang berkesan menguasai isi kandungan pelajaran, melibatkan pelajar dalam pengajaran di samping memberikan inspirasi kepada mereka, dan mempunyai pengetahuan psikologi.

domains of teacher knowledge

Menurut Carlsen (1999), seseorang guru mesti menguasai 5 jenis pengetahuan:

  • Pengetahuan pedagogi Am
  • Pengetahuan bahan-mata pelajaran
  • Pengetahuan pedagogi kandungan
  • Pengetahuan tentang konteks pendidikan yang khusus
  • Pengetahuan tentang konteks pendidikan am

Seorang guru yang mahir tahu…

(a) menggunakan pengetahuan tentang pelajarnya (latar belakang, kelebihan, dan kelemahan) di dalam kelasnya.

(b) menggunakan pengetahuan tentang pelajarnya untuk menyesuaikan pelajar mengikut gaya pembelajaran mereka (visual, auditori, kinestatik/tactile)

(c) mengesan kesukaran yang dihadapi pelajar

(d) mendiagnosis sumber masalah dalam pembelajaran dan mengatasinya

(e) mengenal pasti kekuatan pengetahuan yang akan dibina

Faktor yang mempengaruhi Kualiti seseorang Guru:

  1. Program Pendidikan Guru yang dilalui – pemilihan insititusi berprestij memberi pengaruh kepada pencapaian pelajar.
  2. Pengalaman – belajar dari apa yang dibuat (pengalaman) adalah pengajaran paling berkesan.
  3. Sijil kelayakan – mengajar mengikut bidang/subjek yang dinyatakan dalam sijil kelayakan.
  4. Kursus (Coursework) – bidang matapelajaran dan pedagogi, kandungan kursus signifikan mengikut peringkat yang diajar, kursus pedagogi signifikan mengikut peringkat.

Bukan Salah Cikgu Yang Mengajar Bahasa Melayu

Saya masih ingat lagi dulu bila masih dalam sekolah, semasa cikgu Bahasa Melayu mengajar saya dan rakan sekelas mengenai perkataan bombastik belasan tahun yang lepas. Salah satu daripadanya yang paling terkesan di hati saya ketika itu ialah perkataan war-war.

Mungkin perkataan ini nampak biasa saja bagi kebanyakan pelajar daripada kita yang dewasa ini, tapi saya yakin, ianya adalah perkataan yang cukup hebat bagi pelajar seangkatan saya dahulu yang tahu macam mana untuk menggunakannya.

bahasa malaysia

Menurut cikgu saya, perkataan war-war bermaksud pemberitahuan yang dibuat oleh seseorang dengan cara mengumumkan. Okey bab erti dan pengertian itu sebenarnya saya juga turut bersetuju walau sebenarnya nampak sedikit bercanggah daripada apa yang Kamus Dewan kita kata pada masa ini. Jadi saya tidak akan mempertikaikannya dengan lebih lanjut dalam artikel saya pada kali ini.

Cuma apa yang membuatkan saya betul-betul merasa seperti pelajar buat masa dulu yang duduk belajar pada zaman batu bila mengetahui perkataan tersebut, tidak diterima pakai malah tidak wujud dalam kamus dewan pada masa kini.

Apa sebenarnya tentang kes ini?

Saya sendiri tidak pasti kenapa dan dari mana punca kesilapan tersebut berlaku, tapi saya yakin cikgu Bahasa Melayu saya dan mungkin juga cikgu sekolah lain yang pernah mengajar benda yang sama kepada para pelajar tidak sedikit pun berniat untuk memberikan tunjuk ajar dan garis panduan yang salah kepada saya atau pelajar lain pada masa itu.

Malah saya sendiri juga pernah menggunakan perkataan tersebut dalam beberapa urusan rasmi dan thesis tanpa menerima sebarang aduan kesilapan penggunaannya terlebih dahulu.

Secara jelas, ianya adalah suatu kesilapan berbahasa yang diterima pakai dan diwarisi secara turun-temurun oleh semua rakyat di Malaysia!

Sekiranya kita telusuri penggunaan dan ejaan perkataan tersebut sesuai dengan apa yang termaktub dalam Kamus Dewan, maka kita akan dapati bahawa ejaan yang betul untuk perkataan tersebut ialah uar-uar yang bermaksud pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat.

Selain itu kita juga boleh menggantikannya dengan perkataan Wara-wara yang bermaksud pemberitahuan, pengumuman, atau pun pengisytiharan yang saya yakin tidak ramai mengetahuinya.

Apa yang cukup menarik perhatian saya, tiada satu pun kenyataan dalam laman web rasmi Dewan Bahasa Dan Pustaka mengaitkan war-war dengan maksud yang sama seperti yang sudah tertanam di dalam minda separa sedar saya sedari dulu. Justeru ianya membawa satu maksud yang lain iaitu berasa dahaga kerana makan kacang, kuih dan lain-lain lagi.

Agak-agak kenapa kesilapan sebegini berlaku? Adakah saya sendiri yang salah dengar, tafsir dan baca atau cikgu yang salah ajar, bagi dan tanda kepada saya? Boleh jadi generasi yang terdahulu sebenarnya yang salah faham mengenai ejaan tepat perkataan ini…

Ada kawan saya yang jelaskan kepada saya bahawa sebenarnya perkataan “war-war” adalah daripada perkataan “warta” yang selalu didengar “warta berita” “warta kerajaan persekutuan”. Warta adalah bermaksud atau bererti hebahan, siaran atau perkeliling. “War” bererti hebah, heboh dan ianya adalah perkataan melayu.

Tetapi masih kita perlu buat kajian yang dalam untuk menentukan maksud and makna yang sebenarnya tentang perkataan ini. Bukan berikan maksud dan ajar pelajar begitu saja tanpa mempunyai sumber maklumat yang tepat dan pasti.

Jika terdapat banyak cikgu yang mengajar secara demikian, maka pelajar-pelajar di sekolah mungkin boleh jadi mangsa ilmu yang tertaruk kepada banyak maklumat yang tidak sah dan mungkin salah tanpa ketahuan mereka.

Jadi ini semua adalah tanggungjawab cikgu dan harap semua cikgu boleh memberi panduan yang baik kepada para pelajar.

Baca juga: Bagaimana Kata-Kata Seorang Guru Boleh Memberi Kesan Kepada Seorang Pelajar

Leave a Comment