free
hit counter

7 Kelayakan Untuk Menjadi Seorang Blogger Yang Berjaya

Blogger dikenali sebagai penulis blog. Mereka tidak diberi gaji tetap seperti seorang pekerja yang bekerja dengan majikan. Bahkan mereka tidak seperti seorang peniaga yang memperolehi keuntungan setiap hari. Blogger ada cara tersendiri untuk menjana pendapatan.

Namun rata-rata blogger di Malaysia masih menjadikan kerjaya ini separuh masa sahaja. Malah ramai lagi menjadikan kerjaya blogger sebagai hobi sahaja. Blog cuma tempat perkongsian ilmu, perasaan dan sisi kehidupan sendiri.

blogger berjaya

Dibawah ini saya kemukakan kelayakan untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Tidak kira berjaya menjana pendapatan maupun berjaya menarik trafik sebanyak mungkin setiap hari.

1. Latar belakang akademik

Akademik bukan syarat terpenting untuk diterima sebagai blogger. Kalau ada ijazah peringkat Doktor Falsafah lagi baik. Kalau setakat boleh menulis, membaca dan mengira pun kira ok. Ini kerana blogger bekerja sendiri atau popular sebagai freelance.

Cuma yang menjadi persoalan di sini ialah kepakaran bersandarkan akademik itu satu kelebihan yang tiada tolok bandingnya. Misalnya blogger yang bekerja sebagai doktor lebih kita percayai penulisanya dalam bidang kesihatan.

2. Komitmen masa

Semua manusia dan sekalian makhluk diberi masa 24 jam sehari. Terpulang kepada kita bagaimana untuk mengurus dan manfaat masa yang diberi. Jadi untuk menjadi blogger yang berjaya soal pengurusan adalah agenda utama.

Buat pembahagian masa untuk kerjaya utama, keluarga, peribadi dan pergaulan dengan masyarakat setempat. Kita buang masa pun orang tak marah kerana itu hak kita.

Cuma mensia-siakan masa adalah satu pembaziran. Kalau jadi blogger masa untuk menonton TV mungkin sudah berkurangan. Masa untuk tidur juga kadang-kadang dikorbankan. Ia sudah menjadi komitmen seorang blogger.

3. Kemahiran menulis

Seperti mana yang saya nyatakan awal-awal tadi kemahiran menulis perlu ada. Tulislah apa sahaja yang bermain difikiran. Terjemahkan dalam bentuk entri blog.

Saya sendiri mengakui penulisan saya bukan bagus pun. Namun saya gigih dan terus berlatih untuk menulis sebaik mungkin. Kalau dulu ayat-ayat panjang sekarang saya tukar kepada ayat-ayat pendek. Sejujurnya saya mengingatkan diri sendiri untuk jangan berpuas hati dengan gaya bahasa yang digunakan sekarang ini.

Dari semasa ke semasa tukar dan perbaiki. Begitu juga kepada rakan-rakan blogger yang lain mungkin tengah bekerja keras untuk meningkatkan kemahiran menulis yang versital.

4. Sikap positif

Bukan sahaja dalam dunia blogger perlu bersikap positif, dunia luar sana amat menuntut perkara ini. Seorang blogger yang ingin berjaya tidak harus malas, berputus asa, hilang sabar dan berprasangka buruk. Kita boleh amalkan 16 nilai murni yang diajar dalam pendidikan Moral.

Dunia blogger terlalu hebat cabarannya. Isu plagiat dan ketandusan idea pasti menyerang sesiapa sahaja. Mood menulis menjunam ke dalam gaung pun ada.

Perkara ini dapat diatasi dengan lupakan dunia blog selama beberapa hari. Nanti bertapaklah perasaan rindu kepada blog itu semula setelah sekian hari. Logiknya manusia perlu berehat dan bercuti meskipun seorang blogger.

5. Minat membaca

Perbendaharaan kata bersumberkan pembacaan. Lagi luas pembacaan maka lagi berkualiti juga perbendaharaan kata seseorang blogger. Saya tidak mengatakan dengan penggunaan perbendaharaan kata yang biasa tidak menarik.

Cuma identiti blogger ada nilai tersendiri. Dia tidak akan sama dengan blogger yang lain. Minat membaca dalam zaman muktahir tidak terhad kepada buku dan suratkhabar sahaja.

Kini sumber pembacaan terlampau banyak sama ada melalui blog,note dalam Facebook dan tweet dalam Twitter. Terpulang kepada blogger untuk membaca dari mana-mana sumber. Perkara baik masuk akan mengeluarkan perkara baik juga. Begitu sebaliknya.

6. Peka isu semasa

Seorang blogger tidak dapat tidak mesti peka isu semasa.Baik perkara berlaku dalam negara maupun luar negara. Dengan pengamatan isu semasa mutu entri blognya akan hidup dan tidak ketinggalan bas express. Kini sudah menjadi trend untuk mendapatkan keywords terbaik dalam blog.

Blogger yang bijak menggunakan teknik SEO keywords mudah mendapat pelawat organik.Mereka tidak seperti blogger yang ada blog. Mereka sekadar pencari maklumat untuk memenuhi naluri ingin tahu.

Keban mereka mungkin dari pengguna Facebook atau memang pelayar laut internet biasa. Jadi isu semasa memang bahan carian mereka. Kita sebagai blogger bertanggungjawab berkongsikan maklumat ini untuk mereka.

7. Kemampuan kewangan

Kalau tak ada duit masih boleh menjadi blogger dengan menggunakan platform blogspot dan wordpress yang percuma. Template atau theme yang percuma. Malah boleh menggunakan talian internet percuma di kawasan kampung tanpa wayar.

Tidak ada alasan untuk menjadi blogger jika kewangan sangat terhad.Namun bagi mereka yang ada kemampuan kewangan merupakan satu kelebihan. Mereka boleh berada setapak atau dua tapak dihadapan berbanding golongan yang pertama tadi.

Mereka boleh membeli domain menarik, hosting terbaik dan theme yang mesra SEO. Kehebatan ini hanya dirasai oleh pengguna WordPress yang mempunyai domain dan hosting berbayar. Kadar kecepatan menjana kewangan pula usah ragui lagi. Dalam pada itu soal wang adalah soal peribadi, sendiri mau tau la.

Nota:

Melihat kepanjangan entri ini saya sudah naik risau dan bimbang. Risau orang tak nak baca. Bimbang orang tak lalu nak singgah ke blog ini. Namun saya tiada pilihan kerana topik ini memerlukan keseriusan untuk menerangkannya.

Saya juga setkan matlamat untuk mendapat Page Rank yang cantik dan Domain Authorities melalui penulisan begini.

Baca juga: 5 Tips Menulis Artikel Blog Yang Hebat

Leave a Comment