free
hit counter

5 Tips Menulis Artikel Blog Yang Hebat

Aku yakin,ramai blogger di seantero dunia internet khasnya di dalam dunia blogging yang sedang mencari-cari tips bagaimana cara membuahkan hasil penulisan yang bagus atau dengan kata lain cara menghasilkan artikel yang baik.

Sebelum itu, secara jujurnya,

Aku akui aku masih di dalam peringkat pembelajaran di dalam semua perkara dan aspek tentang tips dan cara membina sebuah blog,apatah lagi cara membina sebuah blog yang hebat. Tujuan aku menulis tips-tips mengenai cara berblog bukanlah bertujuan untuk menunjukkan aku pandai di dalam ilmu blogging.Tidak sama sekali. Tolong jangan anggap aku begitu..aku harap sangat-sangat.

tulis artikel blog
tulis artikel blog

Tujuan utama,

Telah aku tekankan sebelum ini bahawa tujuan utama aku mewujudkan blog ini adalah untuk mencabar diri aku sendiri di dalam memahami ilmu dunia blogging. Dengan cara membaca di blog blogger otai, praktikkan di blog aku dan kemudiannya aku persembahkan di dalam artikel-artikel yang aku olah mengikut gaya penceritaan sendiri..gaya yang aku suka..dengan satu azam bahawa aku akan dapat menguasai imu-ilmu blogging hebat suatu hari nanti. Itu adalah suatu sistem pembelajaran sebenarnya..dan juga sebagai satu cabaran yang hebat buat aku.

Sistem pembelajaran berkesan bagi aku (dalam konteks ilmu blogging) :

  1. Membaca.
  2. Menghafal / Mengingat apa yang dibaca.
  3. Praktikkan
  4. Menulis semula apa yang dihafal (mengikut cara sendiri) dalam bentuk artikel blog.
  5. Membaca semula apa yang telah ditulis (proses menghafal peringkat kedua).

Tetapi..

Layak ke seorang blogger setahun jagung seperti aku menulis sesuatu bagaimana cara untuk menulis artikel blog?Bagaimana tanggapan blogger yang dah lama menceburkan diri di dalam dunia blogging terhadap aku nanti?Tak ke akan nampak macam aku ni seperti memandai-mandai nak ajar orang yang lagi lama dari aku?

Perlu aku tekankan sekali lagi,tujuan aku menulis sesuatu artikel yang berunsurkan tips adalah bertujuan untuk mengajar diri aku sendiri sebenarnya.Di samping dapat berkongsi ilmu dengan blogger blogger baru.

So,aku akan teruskan..

Jika ada salah silap,harap dimaaf dan diperbetul.

Berbalik kepada tajuk asal..Tips Menulis Artikel Blog Yang Hebat.

Apa yang diperlukan untuk menulis artikel yang bagus,berinformasi serta mengikut gaya penceritaan sendiri?

Kita mulakan sekarang..

1. Persekitaran

Ini adalah faktor yang perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu penulisan artikel blog.Tempat menulis yang sesuai perlulah dilihat berdasarkan kepada keselesaan.Keselesaan akan menimbulkan bibit-bibit idea yang bernas di dalam penulisan.Perkara asas yang perlu ada bagi memastikan keselesaan di dalam menulis adalah seperti mempunyai sebuah bilik khas yang bebas dari gangguan luar,sebuah meja dan kerusi yang sesuai dan apa yang sangat penting adalah persekitaran internet yang mantap.Kalau line internet terhegeh-hegeh dok loading page susah jugak.Ini akan menimbulkan perasan bosan dan tertekan di dalam penghasilan artikel dan yang paling utama..buang masa!

2. Tiada penghalang

Apa yang dimaksudkan dengan tiada penghalang di dalam penghasilan sesuatu artikel blog?Siapa yang nak halang korang dari menulis blog?

Tiada penghalang yang aku maksudkan lebih terarah kepada perkara yang melibatkan situasi atau keadaan.Sebagai contoh,jika korang adalah seorang blogger yang mempunyai kerjaya hakiki yang lain..contohnya korang adalah seorang guru manakala blogging adalah hobi ataupun part time job korang.

Untuk menghasilkan artikel yang hebat,di dalam konteks korang sebagai seorang guru,cuba elakkan daripada menulis artikel semasa sedang bekerja.Ini kerana,pada masa tersebut korang adalah sebagai seorang guru,bukannya blogger.Jadi komitmen perlu ditumpukan kepada seorang guru.Penulisan artikel yang hebat tidak akan terhasil sekiranya tiada tumpuan yang khusus di dalam penulisan.Bagi yang bekerja,seboleh-bolehnya cuba mulakan penulisan artikel pada sebelah malam.Ini lebih membawa ketenangan di dalam penulisan.

Itu jika korang mempunyai kerjaya tetap dan blogging merupakan aktiviti sampingan sahaja.Bagaimana jika korang memang adalah blogger sepenuh masa?Adakah tiada faktor penghalang bagi seorang fulltime blogger?

Tentu ada..

Blogger sepenuh masa pun mempunyai faktor penghalang yang tertentu.Oleh kerana korang adalah blogger sepenuh masa,maka kerja yang dilakukan adalah berdasarkan masa sendiri,tidak terlibat dengan mana-mana rakan sekerja ataupun bos.Jadi sudah tentu tanggungjawab di dalam menguruskan kehidupan diserahkan kepada korang.

Sebagai contoh..

Korang perlu memasak,mengemas rumah,membuang sampah,ambil anak sekolah,dating dengan aweks,pegi bank,pegi pejabat pos dan lain lain lagi urusan seharian.Jadi,sebagai seorang blogger yang tentunya perlu menguruskan hal kehidupan peribadi,pastikan semua urusan diselesaikan terlebih dahulu sebelum memulakan penulisan artikel blog.Ini akan membolehkan tumpuan 100% diberikan terhadap penulisan artikel tersebut dan jika kena pada gayanya,artikel blog yang hebat dapat dihasilkan.

3. Buat rangka dan isi-isi penting

Teringat masa zaman sekolah dulu..semasa sedang duduki peperiksaan.

Seingat aku,aku telah dilatih oleh cikgu supaya membuat rangka dan mencari isi-isi penting ketika melayan soalan berkaitan dengan karangan.Ini penting bagi memudahkan kita semasa membuat karangan.

Praktikkan.

Itu adalah ilmu lama yang aku praktikkan di dalam penulisan artikel blog.Adalah penting untuk mandapatkan point-point penting sebelum melakukan penulisan artikel.Point-point penting ini kemudiannya akan digarap dan diolah menjadi sebuah artikel blog yang hebat.

4. Fokus (elakkan Facebook, Twitter, Instagram)

Zaman serba canggih.Pelbagai perkara boleh dilakukan di dalam suatu masa ketika melayan internet.Apatah lagi ketika menggunakan gajet yang multitasking seperti iPad atau iPhone.

Elakkan multitasking..

Penulis blog perlu fokus di dalam penulisan.Aktiviti multitasking ketika menulis aritkel blog boleh menyebabkan blogger tersebut hilang tumpuan dan seterusnya akan meyebabkan idea-idea cun terbang macam tu aje.Ini sudah tentu akan menyebabkan artikel yang dihasilkan tidak memenuhi apa yang ingin disampaikan pada peringkat awal penulisan.

5. Memikirkan tujuan asal

Fikirkan target asal korang di dalam dunia blogging.Maksudnya,apa tujuan korang berblog.Adakah bertujuan untuk memberi ilmu kepada pembaca,menjadi terkenal ataupun untuk membuat keuntungan?Atau ada tujuan-tujuan lain yang tidak disebutkan di sini?

Memberi semangat dan inspirasi..

Dengan cara memikirkan semula tujuan asal semasa mula-mula berblogging,ia akan memberikan semangat extra dan juga inspirasi luar biasa yang mana elemen tersebut akan membantu korang di dalam menghasilkan artikel blog yang hebat.Tak percaya?Cuba praktikkan..

Aku yakin tips ini juga berhasil untuk digunakan pada blogger yang telah mula luntur semangat untuk terus menulis disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.

Cara-cara Menulis Entri Blog Dengan Baik

Yalah, saya tahu, tak payah duduk habaq. Saya tahu ramai sangat yang rindukan dengan celoteh saya. Saya sedar akan semua tu… 🙂 Kalau tak, masakan inbox saya dipenuhi dengan pertanyaan ke mana menghilang. Dan kalau tak rindu juga, masakan anda duduk sibuk baca entri lama dalam blog saya ni.

Ya atau tidak?

Adakah saya kehabisan idea menulis?

Ish… takdelah noks. Syukur Alhamdulillah otak saya ni masih berhubung, yang sebenarnya saya sibuk bercuti di Kota Kinabalu. Sambil-sambil tu ambil peluang selesaikan segala urusan seri paduka baginda yang tergendala. Ye, saya tengok perkasam di sana.

Okey, serius itu semua gurau tadi. Herm… tak mau cakap banyak, hari ini saya hanya ingin menjawab pertanyaan daripada pembaca blog ini, yang dihantar melalui kaunter pertanyaan.

Soalannya berbunyi begini:

Subject: cara nak menulis dengan baik

Message Body:
Saya minat baca artikel anda dan rasa anda boleh tolong saya dengan meengajar cara nak menulis. Saya seorang profesional dalam bidang teknikal tapi kurang mahir menulis rencana atau artikel dalam bahasa melayu. Saya suka travel dan suka ambil gambar dan video untuk kenangan. Sekarang saya bercadang nak buat rencana trip saya melalui gambar yang saya ambil. Saya dah cuba tapi anak saya kata cara saya seperti melayu klasik. Jadi ingin belajar cara yang terbaik untuk menulis artikel trip-trip saya.

Dan jawapan saya pula berbunyi begini:

Hi! Ayat yang dikarang oleh saudara memang sungguh istimewa dan klasik bunyinya 🙂 Seperti sedang membaca ayat-ayat yang ditulis oleh pelajar zaman 80-an.

Saya jujurkan? He he he…

Untuk membuat artikel pengembaraan, saya cadangkan agar saudara:

  • Tulis artikel anda secara santai.
  • Be funny – biar pembaca blog anda rasa seronok untuk membaca artikel yang anda tulis.
  • Perbaiki ejaan, istilah, dan tanda baca sesuai dengan peredaran waktu.
  • Tumpukan pada kesan dan efek gambar. Bukan muka dan cara kita berposing.
  • Be yourself – bina identiti yang melambangkan diri saudara.
  • Practice made perfect – percayalah! Semakin banyak saudara menulis, maka semakin baiklah hasilnya nanti.
  • Artikel yang ditulis perlu mesra SEO dengan mempunyai keyword yang patut ada pada artikel tu supaya ia dapat rank di Google search engine dan dapat pembaca cari blog anda melalui Google.

Baca juga: Blog Tidak Semestinya Perlukan Pengiklanan

Leave a Comment