free
hit counter

10 Tips Asas Untuk Bina Blog

Baru lepas layan cerita Batman – The Dark Knight. Cerita arahan Christopher Nolan, terbitan Warner Bros. Cerita ni keluar 18 Julai 2008. Berkisar mengenai perjuangan Batman melawan si Joker. Dan kat dalam cerita ni jugak la punca kemunculan Two Face nanti. So, apa motif aku bercerita pasal Batman padahal tajuk artikel ni 10 Tips Asas Bina Blog? Agak agak la…

buat blog
buat blog

Batman adalah hero fantasi pujaan aku.

Okey..

Aku yakin,tika dan saat ini, jam ini, ada beratus, beribu ataupun berjuta pengguna internet yang sedang dalam usaha memikirkan cara untuk membangunkan blog masing masing. Pelbagai cara dan usaha dilakukan untuk membentuk blog yang amat kacak.

Apa sebabnya?

Sebabnya sekarang adalah dunia blog. Berita dan isu bergerak pantas dengan kuasa blog. Berbalik pada pengguna pengguna internet di luar sana,aku juga yakin tak kurang juga yang sedang berfikir-fikir domain apa yang sesuai untuk blog yang bakal dibina. Dan sudah tentu ramai bakal blogger sedang mencari info tentang asas untuk membina sebuah blog yang berjaya.

Korang di siaran yang betul sekarang..jangan alih siaran,teruskan membaca.

Berdasarkan pada intro di perenggan pertama,

Apa kaitan Batman dan tips asas bina blog?
Sebenarnya daripada 10 Tips Asas Bina Blog yang aku nak ceritakan, ada 8 ciri yang boleh dikaitkan dengan Batman manakala 2 lagi berkaitan dengan blog dan blogger itu sendiri. Macam mana pulak Tips Asas Bina Blog berkaitan dengan Batman? Yang setakat kita tahu, Batman takde la pulak asyik duduk depan komputer dan bina sebuah blog berkaitan dengan diri sendiri. Sebabnya, itu boleh mengundang padah jika Joker atau Two Face dapat mengesan lokasi beliau bersembunyi. Tambahan pula,apa yang telah diplotkan oleh pengarah, Batman hanya akan keluar pada waktu malam melindungi Gotham City daripada kerakusan penjenayah. Takdenye dalam cerita tu menggambarkan yang Batman adalah seorang penulis blog. So,apa kaitan 10 Tips Asas Bina Blog dengan Batman?

Aku ceritakan satu persatu.Bermula dengan 8 Tips yang boleh dikaitkan dengan hero pujaan aku dulu.

8 Tips Membina Blog Yang Boleh Dikaitkan Dengan Batman

1. Domain Sendiri
Batman menggunakan Domain yang diilhamkan sendiri.Nama yang dipilih oleh Batman atau pengilham cerita sungguh ringkas, mudah disebut dan semua orang boleh tahu maksud yang ingin disampaikan berdasarkan namanya sahaja.. orang kelawar..dan kelawar hanya beraksi pada waktu malam. Begitu juga dengan nama domain blog. Domain yang dipilih seboleh-bolehnya mesti mudah disebut, tak panjang meleret leret macam ucapan guru besar sekolah masa perhimpunan pagi dan seboleh-bolehnya menggambarkan niche blog tersebut. Rasanya aku tak perlu berikan contoh di sini sebab itu korang kena pilih dan fikir sendiri demi kebaikan blog korang.

2. Originaliti
Originaliti ataupun dalam bahasa yang mudah difahami,keaslian. Watak Batman yang menjadi hero pujaan aku memiliki keaslian yang tersendiri. Ia tak ditiru daripada superhero pujaan Faizal Tahir..Superman, tidak ditiru dari Plasticman, Captain America ataupun mana-mana superhero fantasi yang lain di planet bumi termasuklah Polis Angkasa Gaban. Perkara ini sama di dalam pembinaan sesebuah blog. Perlu diingatkan setiap penghasilan blog perlulah memiliki originaliti,tidak dicedok daripada idea penulis blog yang lain. Penulis blog perlu jadi diri sendiri, jujur dan ikhlas di dalam penyampaian. Aku yakin setiap artikel yang dihasilkan dengan penuh rasa jujur, ikhlas dan tidak di copy paste akan lebih mendatangkan kepuasan kepada penulis sesebuah blog dan akan menjadikan penulis tersebut lebih kacak daripada aku…haa..haa..

3. Kreatif
Satu lagi ciri Batman yang boleh dipraktikkan di dalam dunia blogging adalah kreatif. Batman kreatif di dalam menghasilkan gajet-gajet dan senjata yang digunakan untuk menentang penjenayah. Bagi penulis blog pula, sifat kreatif ini tentunya membuatkan pengunjung akan tertarik dengan persembahan blog tersebut dan mungkin akan berkunjung lagi di lain waktu dan hari. Dari sini sedikit demi sedikit sesebuah blog tersebut dapat mengumpul peminatnya yang tersendiri. Tidak mustahil jumlah peminat sesebuah blog yang kreatif cara penampilan dan persembahannya akan lebih ramai daripada jumlah peminat penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza..hebat bukan?So,bagi blogger baru di luar sana,jadilah lebih kreatif di dalam penghasilan blog dan juga artikel. Kekreatifan penghasilan sesebuah artikel adalah amat penting kerana ia merupakan aset yang berharga bagi sebuah blog.

4. Tentukan niche blog
Tentukan niche blog korang. Apa niche Batman? Niche Batman adalah perkara yang berkaitan dengan perjuangan menentang penjenayah di Gotham City. So, korang pun, kalau nak bina blog yang hebat, kena ada niche sendiri. Kena ada penetapan halatuju. Contoh niche biasa yang ada di dunia blog adalah politik, hiburan, teknologi, masakan, keluarga, isu semasa dan lain-lain lagi niche yang korang kena fikir sendiri. Terus terang, aku tak dapat bantu dari segi tu.

5. Guna wordpress
Batman guna WordPress ke? Haa..haa..mungkin kot..mana aku tahu..aku tak pernah pergi ke pusat operasi beliau walaupun aku adalah peminat beliau.Jadi apa yang boleh dikaitkan antara Batman dan WordPress? Memang tak boleh sebenarnya tapi maksud yang ingin aku sampaikan adalah..Batman hanya menggunakan tools yang bagus dan berkualiti di dalam operasi beliau melawan penjahat. So, di sini aku tekankan, kepada blogger baru seboleh-bolehnya pilih la WordPress sebagai medan penulisan blog korang.Banyak kelebihannya menggunakan WordPress ni..dan pilihan di tangan korang.Aku tak memaksa. 😀

wordpress
wordpress

6. Pilih theme
Termasuk juga sebagai elemen penting di dalam asas pembinaan blog, penting. Merujuk kepada kisah Batman, beliau juga memilih theme beliau sendiri di dalam penampilan menentang penjahat Gotham City. Begitu juga di dalam asas pembinaan sesebuah blog. Pemilik blog harus menetapkan rupa theme yang bagaimana yang harus digunakan. Ada theme yang boleh diperolehi secara percuma dan ada juga yang berbayar. Pilihan di tangan sendiri, berdasarkan bajet. Apa yang penting mengenai theme adalah, cuba kekalkan theme tersebut dalam jangkamasa yang agak lama. Cuba korang perhatikan Batman. Ada ke dia tukar costum dia sekejap merah, sekejap biru, esok pulak dia pakai putih dan lusa merah jambu? Tidak bukan? Apa yang dikekalkan oleh Batman adalah costum (theme) warna hitam berserta topeng serta mantel. Daripada situ, penduduk Gotham City akan mengenali yang beliau adalah Batman yang original, bukannya palsu..(ada ke?)

7. Contact
Contact? Boleh call handphone Batman ke kalau ada penjenayah yang sedang merompak bank? Atau boleh email, whatsapp, viber atau tweet Batman? Takde la sampai macam tu. Aku rasa Batman susah nak tekan button telefon sebab dia ada pakai sarung tangan. Dan sarung tangan tersebut akan susahkan beliau untuk menggunakan apa apa jenis telefon pun termasuk la yang touch screen.

Jadi, macam mana cara nak hubungi Batman? Mesti la dengan cara memancarkan cahaya berbentuk logo Batman ke langit. Hanya dengan cara tersebut Batman dapat dihubungi.
Jadi, sedangkan superhero pun ada method tertentu untuk dihubungi, ini kan pulak seorang blogger. Di dalam setiap blog yang kacak, mestilah mempunyai borang contact. Itu korang boleh cari di bahagian plugin. Blog ini menggunakan plugin Contact Form 7 untuk borang Contact.

8. Blogwalking
Apa itu blogwalking? Kalau dalam bahasa mudah, jalan-jalan melawat blog blogger lain. Ini penting bagi blogger baru. Sebabnya, ia adalah cara mudah untuk mempromosikan blog korang dan dalam masa yang sama dapat berkenalan dengan blogger lain. Sedangkan Batman pun keluar merayau-rayau di Gotham City untuk menunjukkan kehadiran dan juga meninggalkan jejak beliau, inikan pula blogger.. 😉

Kelebihan blogwalking..

Dapat memperkenalkan blog korang dengan cara meninggalkan jejak di blog yang dilawati.Macam mana cara nak tinggal jejak? Korang perlu tinggalkan komen di blog tersebut. Apabila korang meninggalkan komen di sesebuah blog, secara automatiknya link blog korang akan berada di situ. Sebab apa? Selalunya korang akan diminta untuk mengisi nama, email dan juga url blog korang. Dan jika pemilik blog tersebut ada install plugin Comment Luv, korang juga berpeluang untuk link kan mana mana artikel terkini yang hendak dipromosikan.

Bagi aku, situasi blogwalking dan tinggalkan komen ni adalah situasi menang menang di antara pemilik blog dan pengunjung. Pemilik blog dapat unique visitor, korang pulak dapat promosikan blog korang di situ..so,adil bukan
Tapi, kalau boleh tinggalkan komen yang membina dan berilmiah la ye? Jangan setakat melepaskan batuk di eskelator pulak..tapi itu semua terpulang kepada korang..aku tak nak komen pasal isi kandung komen yang hendak ditinggalkan…Malaysia negara demokrasi..

Baki Lagi 2 Tips Membina Blog Yang Berkaitan Dengan Blog Dan Blogger Itu Sendiri.

So, sekarang tinggal baki lagi dua tips yang tinggal yang mana dua-dua tips ni aku rasa ia tak berkaitan langsung dengan hero bermantel hitam. Tapi bagi aku, dua perkara tersebut perlu di dalam setiap elemen asas pembinaan blog..check it out..

9. About
About, biodata, pengenalan, tentang penulis, pemilik blog…terpulang pada korang nak namakan ia apa. Tapi apa yang penting, ia adalah satu ruang yang diwujudkan di dalam blog korang, bertujuan untuk memperkenalkan diri kepada pembaca dan pengunjung blog. Perkara ini amat penting.

Siapa ye?

Cuba kita adaptasikan situasi ini di dalam dunia nyata. Nak ke kita duduk lama lama di rumah orang yang kita tak kenal pun sapa orang tu. Entah dia penjahat ke,perompak?..atau perogol? Entah rumah yang kita kunjung tu sebuah makmal memproses dadah? Sebab apa? Sebab kita tak kenal pun siapa pemilik rumah tersebut. Apa lagi..angkat kaki,cabut la…

Sama je..

Dunia blog pun sama. Kalau halaman About tidak ada, atau tidak diwujudkan, maka pengunjung akan tertanya tanya siapa pemilik blog tersebut. Baca artikel dah sedap,nak jugak tahu siapa pemiliknya..ye tak?

So, bagi blogger baru yang belum wujudkan page About tu, faham faham je la ye..

Dan yang terakhir..

10. Twitter
Bagi aku wajib..sebabnya Twitter merupakan suatu medan sosial yang amat penting bagi seorang blogger. Pendapat ikhlas aku, bagi seorang blogger, kalau takde Facebook Fanpage tidak mengapa..jangan takde Twitter. Sebab apa? Itu korang kena cari dan faham sendiri.

Dan penyebab utama yang mengizinkan aku untuk malas nak cungkil pasal Twitter ni…AKU DAH PENAT MENAIP ARTIKEL NI…

Baca juga: 5 Tips Menulis Artikel Blog Yang Hebat

Leave a Comment