free
hit counter

7 Tip Membina Jenama Blog

Blog merupakan media sosial yang cukup hebat ketika ini. Meskipun masih berada dibelakang Facebook dan Twitter, pengaruhnya bukan calang-calang. Blog boleh menjanakan pendapatan,memajukan perniagaan dan penunjuk aras tahap keilmuan seseorang.

jenama blog
jenama blog

Dalam sesuatu perniagaan, jenama adalah satu reputasi. Orang kenal produk melalui jenama. Ada juga yang hanya menggunakan produk yang berjenama sahaja kerana kepuasan,prestij dan ‘perasan diri’.

Sebab itu jika blog ada jenama seperti denaihati, rotikaya, beautifulnara, redmummy, paultan, benashari dan mungkin akan datang ke blog saya ( dalam impian) tidak perlu diperkenalkan lagi. Orang sudah tahu. Dah kenal. Senang cerita blog ini dah boleh dijadikan inspirasi kepada blog-blog yang baru.

Mari kita singkap 7 tip untuk membina jenama blog. Apa-apapun ia adalah pandangan peribadi saya yang tidak berkaitan dengan blog yang masih hidup atau yang masih menyepi tanpa berita.

1. Domain yang tersendiri

Saya tidak kisah dan peduli sama ada nak pakai yang percuma atau berbayar. Paling afdal guna yang berbayar kerana pembaca lebih yakin kerana berakhir dengan .com, .com.my, .net, .org. Saya tak maksudkan domain yang berakhir blogspot atau wordpress.com tak baik atau tak bagus.

2. Trafik yang mantap

Blog yang ada pelawat 100,000 sehari lebih baik daripada blog yang pelawatnya sekadar 10 ke 20 orang sehari. Jika lebih banyak maka lebih baiklah jawabnya.

3. Entri yang berkualiti

Bukan senang nak karang entri yang berkualiti. Ada yang main belasah tanpa sebarang isi bermanfaat. Tak kurang juga yang memaparkan info yang dah basi dan tidak disukai ramai.

4. Ranking Alexa yang rendah

Saya juga faham ada yang tak kisah juga kerana perkara ini boleh dimanipulasikan dengan teknik tertentu. Apa yang ingin saya sampaikan bahawa petunjuk aras ini sudah diterima pakai diseluruh dunia.

5. Page Rank yang tinggi

Ada yang berpendapat Page Rank yang tinggi mudah mendominasikan halaman utama enjin carian. Memang betul pun. Nak cakap apa lagi!

6. Jumlah komen pembaca

Komen pembaca menunjukkan entri yang ditulis dalam blog terbabit menimbulkan reaksi. Sama dengan kenyataan dalam Facebook. Jika tiada komen tak meriah gayanya.

7. Blog yang mesra SEO

Selain penggunaan theme premium, SEO sesuatu blog banyak dipengaruhi oleh keyword yang paling hangat. Jadi jika nak bina jenama yang baik punya kemahiran SEO mesti dikuasai. Buat permulaan peringkat asaspun jadilah.

Kini terpulang kepada empunya blog sendiri. Nak dengan tak nak sahaja. Blogger itu sendiri yang wajar buat keputusan.

Sekarang ni saya rasa lebih seronok menulis apabila ada blog sendiri yang menggunakan perkhidmatan domain bersama dengan hosting berbayar.

Kalau blogspot, boleh malas-malas nak tulis. Dengan wordpress self hosted, kita ada komitmen yang perlu kita penuhi.

Aku nampak nak bina jenama ni kena ada duit. Contohnya macam blog-blog popular tu, berapa banyak pelaburan mereka sebelum orang kenal. Duit keluar mencurah-curah. Dengan strategi yang disusun cantik, bersama dengan 7 elemen yang disebutkan tadi disusun dan diikut. Pasti kejayaan menjenama blog tu milik orang yg berusaha.

Baca juga: 7 Kelayakan Untuk Menjadi Seorang Blogger Yang Berjaya

Hidup Kita Dalam Bentuk Blog

Dunia telah dikuasai oleh seorang gadis anggun lagi cantik. Setiap mata yang memandangnya pasti akan terpukau, ia bagaikan keindahan dunia yang tiada bandingannya. Setiap butir kata yang keluar dari bibir merah gadis itu pasti menjadi satu perintah yang tiada siapa di dunia ini boleh membantahnya. Suatu hari, gadis itu berkata ; Saya mahu blog menjadi satu dunia seperti bumi.

Mulai saat itu, manusia mula aktif dalam berblogging dan tidak terkecuali awak! Orang yang mulanya sangat bersosial dalam komunikasi, kini bersosial di dalam blog. Perniagaan kini menggunakan blog. Hadiah hari jadi kini dihantar dan diterima melalui blog. Blog telah berubah dan menjadi lebih canggih. Sehingga memasak dan ke tandas pun akan melalui blog. Blog blog blog. Semua orang dah hilang akal. Hidup mereka dalam bentuk blog. Oh tidak!

Sehinggalah pada suatu hari setelah berkurun lamanya, seekor monyet menceroboh masuk ke rumah seorang mamat hensem yang sedang bersarapan melalui blog. u a aa u aaa! Monyet tersebut menarik-narik rambut mamat tersebut untuk mencari kutu. Mamat tersebut yang sedang asyik bersarapan daripada sarapan.org mula rimas. Rimas! dan bengang! Dengan tangan kanannya yang berotot kerana selalu datang ke gym.com, dia memulas tangan monyet tersebut dan menghentaknya ke lantai. Ini lah penangan terlalu khusyuk kepada dunia sendiri.

U a aa u aaa! Monyet tersebut menggigit tangan mamat tersebut. Ada sedikit darah. Mamat tersebut semakin bengang. Tapi tiba-tiba terkesima apabila melihat darah yang mengalir di tangannya secara live. Dia terpegun dan mula menyedari, ada dunia yang sebenar selain blog.

Mamat tersebut segera berlari melihat ibunya, ayahnya, adiknya. Semuanya sedang berblog. Mamat tersebut berlari ke luar rumah. Mamat tersebut (Sudah-sudahlah mamat, saya bagi nama ye. Mamat ni nama dia Zayn Malik). Zayn terpegun, rumah jirannnya sedang diconstruct oleh robot.txt. Di manakah manusia lain?

computer geek
computer geek

Zayn kini cuma ditemani oleh haiwan dan seekor Orang Utan. Zayn sedar, dia telah kehilangan fokus untuk terus berblog. Zayn berasa lebih senang di dunia ini, ada benda dari tanah yang berwarna hijau dan ada header biru cerah yang luas di atas sana. Apa yang bersinar megah di atas tu?

Zayn masih lapar dan di dunia ini, tiada siapa memasak. Zayn kembali mengakses blognya dan terus berblog sehingga kuburnya pun berada di dunia blog.

saya cuma menaip mengikut perut saya yang tengah lapar. Sabar. Last-last, saya taktau macamana perbetulkan dunia di atas. Habislah! (tepuk dahi)

Tolong saya untuk buat ending berwarna merah di atas kepada happy ending versi kamu pula.. Ending siapa paling best.

5 Nasihat kepada Blogger Newbie

Hello. saya bukan otai dalam blog, jauh sekali sifu. Paling dekat pun pro je.. haha, please lah, disebabkan penghujung tahun dah semakin hampir. Yang bermaksud holidays are coming.

And so, sekali lagi. Pasti blogger akan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Dengan ini, saya nak kasi nasihat sikit untuk newbies sekalian. Mudah-mudahan berguna lah ye.

Newbie Blogger
Newbie Blogger

Di bawah adalah 5 nasihat yang saya ingin berkongsi bersama Blogger Newbie:

1. Hargai masa.

Jangan terlalu taksub berblogging sehingga habis 24 jam jika blog bukan kepentingan pertama untuk diri. Masa awal-awal berblog tu lah yang selalunya newbie akan habiskan banyak masa mengadap komputer, ye lah, baru nak tau, nak kenal.

Habis blog tutorial diselongkar untuk dapatkan tutor. Tapi makan, minum, solat, riadah… Jangan lupa. Then, mata tu kena jaga juga.. Seeloknya, plan dulu duration dan masa yang mahu digunakan untuk berblog.

2. Usah terlalu gairah memuat naik gambar-gambar peribadi.

Sebab, sekali korang dah upload gambar korang. Orang akan nampak. Ada sesetengah orang tu pandai nak ambik gambar korang, pastu letak kat cerita-cerita lain.

So, macam korang yang buat. Jadi, kalau nak upload gambar, buat stamp copyright kat gambar tu. Tapi once dah upload, korang tau tak kat mana gambar tu disimpan? Bukan kat blog korang, tapi kat host blogger ni.

Korang ingat korang dah delete, tapi dalam simpanan sebenar taktau dah delete ke belum. So, hati-hati sebelum upload gambar. Ingat, satu gambar boleh diertikan kepada seribu satu erti.

3. Elakkan mengupdate entri ketika sedang marah.

Jika mood anda tidak baik di mana mungkin anda baru bergaduh dengan orang lain, atau bertengkar dengan ibu bapa/kawan anda, pada masa dalam keadaan seperti itu, adalah baik bagi anda elakkan untuk tulis sebarangan entri.

Sebab apabila dalam keadaan marah, otak dan badan anda penuh dengan semua tenaga negatif, dan apa yang anda tulis mungkin juga jadi negatif dan ia akan membawa kesan yang buruk untuk blog anda.

4. Elakkan daripada copy paste sebijik daripada entri orang lain.

Atau dalam erti kata lain, mencuri idea orang lain tanpa kebenaran.. Kesian kat orang yang dah penat-penat mengerah idea dan mencatat draft berjam-jam.

Kalau dengan kebenaran tu boleh, sharing is caring. Caring is loving. loving is lovely. Tapi, copy tak copy. Kena tengok juga “adakah apa yang saya copy paste ini benar dan tepat?”

5. Ini point yang amat penting! Sila ingat emel dan password anda.

Anda perlu simpan emel akaun dan kata laluan di sesuatu tempat yang selamat. Boleh anda catatkan dalam diary dan simpan di dalam laci.

Yang penting jangan tulis terlalu jelas emel dan password ini adalah untuk blog anda. Boleh bagi sikit hint dalam simpanan password supaya anda boleh ingatkan password dan emel anda apabila lupa.

Password yang boleh anda taruh seperti nama sekolah rendah saya, nama dan warna kucing pertama saya, tempat yang pertama kali saya pergi melancong dan sebagainya. Dan ingat jangan anda share password anda bersama orang lain biarpun dia adalah seorang yang anda percayai.

Baca juga: 10 Tips Asas Untuk Bina Blog

Leave a Comment