free
hit counter

7 Tip Hebat Sewaktu Bangun Tidur

Bayangkan kita tak dapat bangun dari tidur. Kita sudah kembali ke tempat asal tanpa bersedia. Kita pergi tak akan kembali. Pergi buat selama-lamanya. Baiklah. Saya berhenti nak mencarut perkara yang bukan-bukan. Saya nak berkongsi beberapa tip yang hebat sewaktu bangun tidur.

Kita tidur pada waktu malam dan bangun keesokan harinya. Dalam pada itu ada juga yang yang tidur pada waktu siang tetapi berjaga pada waktu malam. Hal demikian berlaku kepada mereka yang bekerja shift malam. Serius. Saya pernah lalui situasi demikian rupa. Memang perik kehidupan demikian. Sebab ketika berjaga malam itulah mata sangat mengantuk sekitar jam 3 pagi sehingga 5 pagi. Dahla tidur siang tidak selena tidur malam.

bangun pagi

1. Bersyukur dengan senyuman

Tatkala terbuka mata selepas bangun tidur maka kalian digalakkan untuk rasai sesaat dua nikmat syukur. Bagi mereka yang beragama Islam sepatutnya membaca Alhamdulillah kerana hidup kembali selepas menghadapi kematian kecil yakni tidur.

Bersyukur boleh diekpresikan dengan senyuman.Bagi mereka yang dah berkahwin boleh senyum dengan pasangan. Boleh juga dilanjutkan dengan memeluk atau mencium pasangan masing-masing. Selebihnya tak nak komen la. Sendiri mahu fahamkan.

2. Berimaginasi buat seketika

Ketika baru sahaja bangun tidur, gelombang otak sangat rendah. Pada waktu ini sangat bagus untuk membuat imaginasi tentang kejayaan, kekayaan dan impian. Ambil masa seketika untuk menghidupkan impian agar segala apa yang kita inginkan bisa tercapai dengan jayanya. Perlu juga kita ingat ia tidak semestinya cepat. Ada juga yang mengambil masa yang cukup lama dan panjang tempohnya.

Jika nak jadikannya dengan berkesan, boleh kita mulai hari kita dengan dengar kata-kata motivasi pagi ini setiap pagi sebaik saja kita bangun dari tidur. Dengan mendengar kata-kata motivasi pagi setiap hari, lama-lama ia akan menjadikan kita seorang yang sangat positif dan kita sanggup menghadapi semua cabaran yang kita temui setiap hari.

3. Buat senaman ringan

Setelah membuat imaginasi maka proses yang tidak kurang hebatnya ialah membuat senaman ringan. Tujuannya agar segala urat-urat dan otot-otot ‘dipanaskan’ untuk menghadapi cabaran pada hari tersebut.

Setidak-tidak kalian akan lebih segar dan lebih bersemangat selepas mandi. Untuk senaman ringan cukup sekadar menggerakkan kaki, tangan dan kepala dalam tempoh 5 minit begitu.

4. Minum segelas air panas

Secara jujur, sebaik sahaja bangun dan memberus gigi, kadang-kadang apa yang anda perlukan adalah segelas air yang panas. Minum air pada waktu pagi adalah penting kerana jika anda benar-benar tidur dengan nyenyak sepanjang malam, ini bermaksudh sudah 6 sampai 8 jam anda tidak minum setitik air pun.

Badan anda biasanya lebih dahaga daripada lapar pada waktu pagi dan kadang-kadang minum segelas air boleh membantu untuk menyegarkan minda dan perut anda. Menghilangkan rasa dahaga boleh membantu minda anda berfikir dengan lebih jelas tentang apa lagi yang anda perlu lakukan pada pagi hari ini.

5. Mandi

Mandi pada waktu pagi pasti dapat membantu anda bangun. Tiada apa-apa yang lebih baik dari dapatkan pemandian yang baik untuk memulakan hari anda dengan segar. Jika tak sempat nak mandi, boleh juga anda bilas muka dan badan. Ini sudah cukup untuk memberi anda perasaan yang segar dan bersih yang anda gemari setiap pagi.

6. Makan sarapan pagi yang berkhasiat

Mampu makan sarapan pagi yang berkhasiat (dan saya tegaskan perkataan berkahsiat) juga penting. Ramai orang cuba untuk memulakan hari-hari mereka dengan sebungkus nasi lemak, tetapi saya seorang yang suka menasihat orang lain untuk makan sarapan pagi yang sihat.

Jika apa yang anda makan adalah berkhasiat dan sihat, pastikan anda makan sedikit lebih banyak daripada biasanya. Tahap tenaga dan metabolisme anda akan berada pada tahap tertinggi pada waktu pagi dan petang awal, walaupun ia mungkin merosot lepas tu.

Mempunyai makanan yang sepadan dengan tahap tenaga anda sepanjang hari dapat membantu tubuh anda memanfaatkan tenaga yang paling efisien. Fikirkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lazat untuk sarapan dan juga jangan lupa untuk minum air yang cukup.

7. Dapatkan matahari di luar rumah

Mahu membuat senaman yang lebih sukar untuk anda? Boleh anda pertimbangkan untuk lakukan di luar rumah bawah matahari. Mendapatkan cahaya matahari pertama pada waktu pagi memberitahu badan anda tiba masanya untuk memulakan hari itu.

Terdapat banyak penyelidikan yang menunjukkan cahaya adalah apa yang mencetuskan tubuh untuk berhenti menghasilkan melatonin, hormon yang memberitahu tubuh untuk pergi tidur, dan menjadikan minda kita lebih berjaga-jaga.

Sbaliknya, pakar kesihatan tahu bahawa badan yang tidak terkena cahaya semulajadi yang cukup sepanjang hari dapat mencetuskan masalah mood seperti depresi dan tenaga yang rendah.

Saya amat percaya sesiapa yang konsisten mengamalkan tip ini akan beroleh perubahan yang positif dalam hidup mereka. In Shaa Allah saya akan sedaya upaya untuk mengamalkannya.

Baca juga: Cara Mudah Tidur Cepat dan Cukup Setiap Malam

Leave a Comment