free
hit counter

Bagaimana Kata-Kata Seorang Guru Boleh Memberi Kesan Kepada Seorang Pelajar

Selagi memori mampu mengingat, selagi jari mampu bergerak, selagi hati masih mahu dan selagi internet masih valid.

Saya mahu mengabdikan memori ni di suatu tempat. Tapi oleh kerana ia pasti berguna untuk orang lain. Kepada guru-guru untuk terus mengucapkan perkataan positif dan kepada pelajar untuk terus menerima sifat positif. Jadi, masuk dalam blog lah untuk jawabnya.

guru kepada pelajar
guru kepada pelajar

Dalam banyak-banyak nasihat yang pernah saya terima, bukan semua masuk dalam memori saya dalam jangka panjang, apatah lagi diaplikasikan ke dalam diri sendiri. Ada masanya, nasihat atau ilmu yang diterima itu saya terima macam ni huh.

Tapi dalam banyak-banyak tu, ada juga yang sangkut di otak saya. Sangkut pula bukan sebarang sangkut, ia tersangkut dengan kail mata tajam yang besar di jantung ni. Lepas tu lama-lama, jadilah ia sebahagian daripada diri saya.

Antara mutiara kata yang saya masih ingat sampai sekarang ialah:

1. Daripada guru besar sekolah rendah saya, Cikgu Roslan Daiman, katanya dalam satu perhimpunan “Ingat, kalau bukan beradab, maksudnya biadab”.

Jadi dengan sebab ni, saya fikir dalam dunia ni tiada perkara lain yang terkecuali daripada beradab atau biadab. Kalau tak biadab maksudnya beradab, kalau tak beradab maksudnya biadab.

Jadi, kalau boleh, adalah baik untuk kita sentiasa beradab kalau tak nak dicop sebagai biadab. Tapi sekarang saya sudah tahu dan faham, everything happen for a reason. Jadi, lebih baik kita selalu mempunyai niat yang baik tidak kira bila-bila masa pun.

2. Daripada Cikgu Martina, semasa saya belajar di tingkatan 2 “Kalau bergurau jangan melampau”. Hmm, cikgu katakan ayat ni bila saya sudah tidak dapat ingat. Tapi apa yang penting ialah cikgu tu cakap macam ni bukan sebab marahkan kami. Mungkin masa tu cikgu tengah bercerita dengan kami tu.

3. Daripada Ustazah Sabarina semasa saya belajar di tingkatan 3. “Siapa tidur sebelum jam 8 malam, dia takkan lulus PMR”.. hah, cuak cuak cuak. Masa tu saya kuat tidur betul.

Jam 7.50 malam dah tidur sampailah ke pagi. Tapi lepas ustazah cakap macam tu, saya akan tunggu selepas jam 8 malam barulah boleh tidur. Tak kesahlah saya buat apa, main game pc ke, makan ke.. Yang penting tidur selepas jam 8 malam.. Walaupun tak belajar. hehe, jangan ikut tau..

4. Daripada pengetua sekolah menengah, En. Majus Munsing. Katanya macam ni dalam satu perhimpunan bersama form 5, “Mungkin masih ramai yang belum ada cita-cita. Tidak apalah untuk sekarang. Lambat laun kamu akan tahu juga apa yang kamu mahu. Yang penting sekarang ni, mengarahlah ke arah jurusan kedoktoran, mungkin akan terpesong sikit. Jadi dentist atau cikgu.. Tapi takpa.” ..

Saya tah, pengetua cakap macam tu sebab, kalau mengarah ke arah kedoktoran, masih luas perjalanan untuk memilih bidang lain. Lagipun boleh ambil seni dalam subjek SPM kalau nak. Nah, sekarang tengok saya dah masuk bidang mana, kedoktoran.

5. Daripada Cikgu Ruslani semasa form 5 “Fizik itu simple”… dan “Kalau tak tau, apa jalan terakhir?? Jalan terakhir ialah fikir logik!” .. Sampai sekarang lah saya guna jalan terakhir ni, hehe. Okeh, jalan terakhir bukan meniru, faham tak..

6. Daripada guru kelas saya semasa form 5 “kekuatan sebenar terletak pada hati”.. Ayat ni boleh digunakan dalam pelbagai situasi.. Sangat berguna.

7. Yang ni saya tak ingat, tapi saya pernah ikut sukan lari-lari jugak suatu masa dulu.. Lebih kurang macam ni ayatnya “Peperiksaan tu macam sukan larian.

Bila dah hampir ke garisan penamat, kebanyakan pelari akan memperlahankan langkahnya, padahal masa tu lah yang paling penting untuk mencapai kemenangan”.. Ayat ini available untuk saya, yang bila dah last-last paper tu, dah mula malas.

Buat asal buat. Tapi sebab ayat ni dah jadi prinsip dalam diri saya, maka saya memang sampai sekarang akan buat yang terbaik sampailah ke paper yang terakhir.

Banyak lagilah, tapi yang ni adalah yang saya ingat time taip entri ni.. Sampai situasi yang sebenar, saya akan ingat macam-macam lagi nasihat orang.

Saya pun macam student lain juga. saya bukannya budak yang sangat baik dan akan menerima nasihat terus, tapi sebenarnya, sebelum masuk dalam fikiran, saya cerna dulu. Perdebatan monolog akan berlaku.. Dush dush dush. Haha. Kalau betul, ok pass.

Jadi, kepada guru-guru di luar sana. Jangan nak jemu-jemu pula untuk memberi kata-kata positif. Memanglah bukan semua nasihat akan masuk ke dalam diri pelajar. Pelajar bukannya ada harddisk macam komputer, fikiran kami ni bukan semuanya tersusun macam buku atas rak. Tapi, insyaAllah akan ada satu yang sangkut. Dan ia akan membimbing pelajar itu seumur hidup. insyaAllah.

wallahualam.

Baca juga: Bagaimana Menjadi Pelajar Terbaik Dalam Sekolah

Leave a Comment