free
hit counter

Cara Memupuk Minat Untuk Membaca Buku

Rasanya aku dah tulis tajuk dia sejak dari aku tengok satu majalah buat poll mengenai minat membaca di kalangan rakyat Malaysia lagi. Bila entah poll tu? Yang pasti bulan lepas. Mungkin awal bulan 2. Fuhhh! Dah sebulan lebih la kalau macam tu.

baca buku

Rakyat Malaysia Tak Suka Membaca

Tapi tak apa, hari ni aku akan siapkan juga entry ni. Okay, bila korang baca tajuk seperti di atas tu, rakyat Malaysia tak suka membaca, apa fikiran korang? Adakah korang akan cakap “Betul la tu. Aku pun tak suka membaca”. atau korang akan cakap “Aku suka saja membaca. Orang lain yang tak suka kot”. Atau korang akan cakap “Ni propaganda politik semua ni. Saja nak bagi kecoh. Padahal tak ada apa pun”.

Apapun pendapat korang memang itulah kenyataannya. Dah banyak kaji selidik dibuat dan hasil dia tetap sama. Rakyat Malaysia memang tak suka membaca. Tak kisahlah sama ada buku sekolah, novel, majalah, suratkhabar, atau apa-apa saja bahan bacaan, memang sangat kurang pembacanya. Buku-buku ilmiah jangan cakaplah. Memang tak ada ramai orang yang nak baca pun. Agaknya kenapa boleh jadi macam ni?

Kalau ikut karangan yang selalu aku buat masa sekolah dulu alasan dia tiada yang lain. Mesti sebab kurangnya didikan ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya. Asyik-asyik alasan tu saja.

Aku yakin budak-budak sekarang ni pun kalau buat karangan mesti pakai alasan tu lagi kan? Haha! Tapi memang betul. Mak bapa kurang menggalakkan anak membaca. Yang mak bapa tahu asalkan anak pergi sekolah. Tak membaca kat rumah pun tak apa. Yang rakan sebaya ni pun satu. Anak-anak duduk berkawan dengan budak-budak nakal yang tak suka membaca. Macam mana nak pupuk minat membaca. Cuma minat nak main yang ada saja.

Benda ni sebenarnya walau pun nampak remeh tapi sebenarnya boleh menjejaskan negara. Sebab anak-anak hari ni adalah pemimpin di masa depan. Untuk jadi pemimpin yang baik kena la banyak ilmu. Dan cara untuk dapat ilmu adalah dengan membaca.

Kalau semua rakyat tak ada ilmu alamatnya nanti negara boleh jadi kacau bilau. Sekarang ni pun sudah boleh nampak kesan tak ada ilmu ni. Semua kes-kes sosial dan masyarakat yang sering berlaku setiap hari ni sebab tak ada ilmu la.

Kes buang anak, hisap dadah, merompak, mencuri, ragut, rasuah, bunuh, semuanya sebab tak ada ilmu. Kalau ada ilmu takanlah nak jadi orang jahat kan?

Jadi macam mana untuk pupuk minat baca? Boleh kita kaji bersama.

1. Sediakan Satu Kawasan Bacaan

Boleh anda sediakan satu ruang atau kawasan di rumah bersama anak-anak supaya mereka ada tempat diri untuk membaca. Dapatkan kerusi, meja, aksesori yang menyeronokkan, pelbagai buku-buku, dan anak-anak anda akan mempunyai tempat bacaan yang selesa.

2. Kunjungi Perpustakaan Tempat Anda

Boleh anda ambil anak anda untuk kunjungi ke perpustakaan yang dekat dengan tempat tinggal anda. Menjadikan keseronokan membaca dengan mudah dengan memohon kad perpustakaan. Boleh anak anda mendapat manfaat dari perpustakaan awam dengan pilihan buku yang banyak. Biar anak anda memilih buku yang dapat menarik perhatiannya.

3. Tetapkan Waktu dan Hari Membaca

Tetapkan waktu tertentu setiap hari untuk membaca buku yang dirancangkan untuk setiap bulan. Ketepikan gangguan seperti tutup TV dan telefon pintar yang boleh menghalang masa membaca anda.

Bersedia sekurang-kurangnya 30-40 minit sehari adalah permulaan yang baik dan akan membantu anda mengembangkan tabiat membaca yang kekal kerana anda akan sentiasa menantikan masa ini yang menyokong matlamat membaca anda.

4. Sentiasa Membawa Buku Bersama Anda

Ke mana sahaja anda pergi, bawa buku bersama anda. Semasa anda meninggalkan rumah, selain dari memastikan anda ada bawa lesen memandu, kunci, dan dompet, jangan juga anda lupa untuk membawa sebuah buku dengan anda.

Boleh anda tinggalkan buku ini di dalam kereta, dan membawanya ke mana-mana saja yang anda pergi. Kecuali anda tahu anda akan pergi ke tempat yang anda tidak akan membacanya (seperti pergi panggung wayang). Sekiranya anda ambil LRT atau duduk dalam bas, boleh saja anda buka buku dan baca. Ini merupakan cara yang baik untuk meluangkan masa dan menambah ilmu pengetahuan anda pada masa yang sama.

5. Baca Untuk Anak Anda

Sebagai ibu bapa, anda mesti membaca kepada anak anda. Menumbuhkan tabiat membaca pada anak-anak anda adalah cara terbaik untuk memastikan mereka akan menjadi pembaca ketika mereka dewasa. Ini akan membantu mereka untuk berjaya dalam hidup juga.

Cari beberapa buku kanak-kanak yang hebat, dan baca kepada mereka. Pada masa yang sama, anda mengembangkan kebiasaan membaca dalam diri anda dan meluangkan masa yang berkualiti dengan anak anda juga.

6. Jemput Pelajar Ke Dalam Sosial Membaca

Menubuhkan kelab buku atau kumpulan sosial membaca. Ramai pelajar perlu saling berinteraksi di sekitar teks. Ini meningkatkan pemahaman mereka dan menjadikan baca buku lebih menggembirakan. Orang dewasa tahu tentang kebaikan untuk aktiviti seperti ini. Jadi mari bantu anak-anak kita mempunyai pengalaman baca buku seperti ini juga.

Jadi mulai sekarang marilah kita pupuk semangat membaca dalam diri kita, anak-anak kita, sedara-sedara kita, jiran-jiran kita, sebab faedahnya bukan dapat kat orang lain. Balik kat diri kita juga.

Nabi juga pernah bersabda, “Tuntut la ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahad”. Jadi, kita sama-sama muhasabah diri kita demi masa depan bersama.

Leave a Comment