free
hit counter

Macam Mana Saya Bina Minat Topik Motivasi

Topik motivasi adalah satu topik yang ramai orang ambil berat. Teringat pula pada kisah lama, yang menjadi titik tolak bagaimana motivasi mula menjadi minatku.

Selepas habis ambil peperiksaan SPM, saya menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Saya memasuki tingkatan 6 kerana, pada masa itu saya sendiri tidak tahu ke mana arah tuju.

Malah tidak pernah terlintas pun untuk memasuki universiti. saya memang sedar, keluargsaya memang tidak mampu untuk membiayai pelajaranku di sana. Apa yang saya faham pada masa itu, saya mesti bersekolah lagi.

be positive

Saya merupakan anak yang sulung, saya menjadi tempat bergantung kepada ibu dan bapsaya yang semakin uzur juga kepada adik-adikku. Tambahan pula keputusan SPM ku hanya sederhana, hanya cukup makan saja.

Seingatku apa yang ada dikotak fikiranku pada masa itu adalah bagaimana nak cari duit. Saya masih ingat lagi sepanjang saya di tingkatan 6, saya hanya membawa sedikit wang sekadar cukup untuk tambang bas pergi dan balik sekolah sahaja. Dalam tempoh setahun setengah di sana hanya beberapa kali saya singgah di kantin.

Dalam keadaan begitu, saya tidak juga menjadi pelajar yang cemerlang. Tapi seingat saya, cuma cemerlang dalam mencari kenalan. Khususnya kenalan lelaki. Saban hari peti surat (zon B, peti 2- terletak di kedai sebuah kedai runcit. Peti surat itu tidak pernah lengang dengan surat yang dialamatkan kepadsaya. Malah ada ketikanya saya menerima sehingga berpuluh pucuk surat sehari. saya mempunyai kenalan di setiap negeri di Malaysia.

Peliknya walau mempunyai beratus kenalan lelaki, akhirnya saya betemu jodohku hanya pada umur 30 tahun. Mengingatkan kisah itu, selalu membuat saya tersenyum…..juga membuatku sedih, kerana zaman remaja itu, tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk menimba pelbagai ilmu.

Melihat keputusan STPM, memang tidak melayakkan saya untuk memohon ke mana-mana universiti. Malah saya memang berniat untuk mula bekerja. Saya menjadi guru sandaran di Sekolah Rendah Damansara Utama. Mengajar murid darjah dua.

Damansara Utama adalah kawasan perumahan elit. Kebanyakan mereka adalah professional dan businessman. Sedang saya pula tinggal di perkampungan setinggan bersebelahan dengan kawasan perumahan elit itu. Kampung itu dikenali sebagai ciliwong kecil. Berderetan rumah di sepanjang Sungai Kayu Ara itu. Rumah-rumah setinggan itu kebanyakannya dihuni oleh warga Indonesia yang berstatus penduduk tetap. Saya salah seorang daripadanya.

Murid-murid darjah dua itu begitu advance pemikirannya. Sangat ekspresi sifatnya. Saya sempat kaget dengan dengan telatah murid-murid yang baru berumur lapan tahun itu.

“Cikgu dah ada kawin ke?” Sebuah pertanyaan hinggap pada hari pertama saya singgah di kelas 2 Melati itu.

“Cikgu, dia kata cikgu cantiklah..!” Satu lagi suara kedengaran dari hujung kelas.

“Cikgu, kenapa baju cikgu besar sangat?” Satu suara dilontarkan dari sebelah tepi kelas.

Oh! baju yang saya pakai pada hari itu adalah baju kurung berlengan panjang, berwarna kuning muda. Baju itu saya beli di pasar malam (second hand) sehari sebelumnya. Ada sedikit lubang kecil di lengan kirinya.

“Saya segera sedar, saya perlu cepat menguasai ilmu komunikasi. Saya rasa perlu untuk membaca buku-buku berkenaan kepimpinan dan motivasi. Anak-anak murid ini nampaknya lebih advanced dan berani dari yang saya jangka. Saya perlu menguasai mereka dan jangan sampai mereka pula yang menguasai saya. Tambahan pula saya akan sering berhadapan dengan ibu-bapa mereka” Bisikku di dalam hati

Pengalaman mengajar hampir enam bulan di SRKDU, telah memberikan saya title cikgu. Itulah panggilan orang kampung dan kawan-kawan yang rapat denganku. Title itu sedikit sebanyak telah meningkatkan selfesteemku. Panggilan itu juga secara tidak langsung mendorongku untuk lebih rajin membaca. Membaca pelbagai bahan bacaan, dan yang paling menarik minatku adalah motivasi. Malah saya kerap menyediakan duit setiap bulan khusus untuk bajet membeli buku.

Mula Baca Buku-buku Motivasi

Membaca buku-buku motivasi mengajarku untuk mula mencipta impian. Membuatku sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik. Membaca buku motivasi mendorongku untuk mula melakar rancangan hidup. Membaca buku motivasi mengajarku untuk mula membina impian jangka pendek dan jangka panjang. Membaca buku motivasi telah mengajarku untuk segera berlatih menjadi pemimpin. Malah yang paling saya kenang adalah, kecenderunganku untuk belajar menguasai ilmu public speaking.

Seingat saya, ilmu public speaking memang telah banyak membantuku untuk explore pada pelbagai kerjaya. Saya memiliki lebih dari 30 jenis pekerjaan sepanjang hidupku. Kadang-kadang saya termenung juga bila memikirkan takdir hidup ini.

“Rencam sungguh perjalanan hidupku ini. Pelbagai ranjau sudah dilalui. Malah lebih banyak ranjau perlu ditempuhi. Hidup adalah ujian. Hidup adalah perjuangan. Apakah agaknya yang Allah mahu anugerahkan kepadsaya” Bisikku

**************************

Sedang saya membelek-belek koleksi buku-buku itu, saya terpandang pada sehelai kertas yang terselit pada sebuah buku berwarna kuning. Buku berwarna kuning itu sendiri mempunyai kenangan yang istimewa. Buku yang diterbitkan pada tahun 1996 itu saya perolehi sebagai hadiah dari satu pertandingan kuiz. .

Penulisnya Jac Kinder, JR. dan Garry D.Kinder telah datang ke Malaysia pada tahun tersebut. Dua nama ini adalah nama besar dalam bidang motivasi khususnya dalam industri insuran hayat. Mereka dijemput oleh AIA datang ke Malaysia.

Mereka datang bersama dengan membawa beberapa naskah buku yang baru saja diterbitkan dan masih tidak terdapat di pasaran Malaysia. Bebarapa naskah buku itu akan diberikan sebagai hadiah pertandingan kuiz tersebut. Itulah antara maklumat yang saya baca dari iklan di akbar berbahasa Inggeris.

Saya begitu teruja untuk memiliki buku itu, malah sebelum melangkah ke ball room Hotel Pan Pacific itu saya sudah bertekad untuk memiliknya. Alhamdulillah akhirnya impian itu menjadi nyata. saya masih terasa lagi detik-detik naik ke pentas dan menerima hadiah itu. Ia menjadi kenangan indah dalam diari hidupku.

Baca juga: Teknik Membina Tabiat Melalui Proses Ulangan

Leave a Comment