free
hit counter

Tip Untuk Kembalikan Semangat Belajar

Ehhh.. dia sini ada siapa yang mempunyai penyakit malas untuk belajar tak? Angkat tumit! okay, memang kita sama jenis sajalah, hahaha. Oh..kalau makan kenapa kebanyakan tidak rasa malas untuk lakukan pula? Pastilah, makan satu perkara yang menyeronokkan untuk melakukan, kan? Hehehe.

rasa penat

Di sini adalah beberapa tips yang tak seberapa ni tapi Saya ingat berbaloi untuk berkongsi bersama para pembaca. Mungkin sedikit sebanyak ia boleh bantu anda untuk hidupkan semangat beljar.

1. Suasana

Suasana yang betul memang dapat menghidupkan mood belajar. Ya! boleh anda pertimbangkan untuk wujudkan suasana yang ceria, lapang dan tak selerak.

Boleh anda cuba untuk letak buku yang anda ingin baca sahaja. Contohnya, kalau anda ingin belajar buku fizik pada hari ini, maka perlu anda cuma letak buku fizik saja atas meja. Simpankan semua buku-buku yang lain supaya ia tidak mengalihkan perhatian anda.

Jangan anda terlalu tamak dan ayang-ayang sekalian. Kalau anda letak buku-buku lain yang tidak berkaitan buku yang ingin anda belajar hari ini, maka boleh gerenti tak sampai 30 minit lepas baca anda sudah naik muak untuk belajar. Jadi, ia adalah penting untuk anda elakkan letak buku yang bertimbun-timbun.

2. Pasang Muzik Ketika Belajar

Muzik memang dapat membantu untuk meningkatkan mood anda untuk belajar juga. Dengan mendengar muzik yang harmoni, anda boleh sambil belajar dan sambil rilek.

Jangan paksa anda dengan terlalu kuat untuk tumpuh 100% perhatian atas pelajaran. Jangan anggap belajar itu satu benda yang membebankan. Boleh anda sambil belajar, sambil nyanyi. Tapi  jangan terlampau sangat.

Ingat bahawa jangan pula anda pergi mainkan lagu yang rock atau disko yang banyak bising punya. Jika tidak, habislah nanti. Buku entah ke mana sebab tidak dapat tumpu perhatian.

Jadi haru anda pilih lagu yang ringan dan soft. Carilah lagu yang sedap telinga mendengarlah katakan. Di Youtube memang ada banyak lagu yang boleh dengar.

3. Menari Bila Sudah Mula Bosan Baca

Tajuk macam umph… haha. tak apa. Asalkan mesej yang nak sampaikan dapat diterima dengan baik. Boleh anda pasang lagu yang rancak-rancak, kemudian nikmatinya!

Tidak kisahh gaya apa yang anda ada sekali pun. Asalkan anda dapat nikmati diri. Lepaskan segalanya dan henti baca buat sementara. Jika nak lompat boleh juga, buat senaman sambil menari. Memang seronok dan ini dapat juga mengurangkan tekanan anda dari membaca dengan masa yang panjang. Ia sangatlah membantu untuk menghilangkan mengantuk juga. Bila sudah rasa minda dan tubuh badan sudah menyegarkan, barulah kembali baik untuk menghadap buku.

4. Selalu Ingat Motif dan Impian


Jangan lupa motif dan impian kita semasa belajar. Boleh kita cuba untuk ingatkan muka ibubapa bila rasa tidak dapat teruskan pelajaran. Kalau rasa hilang arahan, boleh tutup buku, duduk atas kerusi dan tanya diri balik. Apa yang sudah jadi dengan aku? Sebab apa yang jadikan aku rasa malas? Adakah aku sudah hilang semangat untuk belajar?

Jangan nak melayan sangat perasaan negatif yang timbul dalam otak. Perlu anda kuatkan diri. Air pun ada pasang surutnya. Apatah lagi hidup manusia. Di dunia ini memang ada orang yang lebih perit pada kita, tapi mereka masih boleh senyum. kenapa kita tak boleh pula?

5. Tetapkan Jadual Belajar

Jika anda ingin dapat manfaat untuk baca dan hafalkan sesuatu subjek, boleh anda tetapkan jadual belajar yang sesuai dengan pelajaran anda. Lepas tetapkan, anda perlu mengikuti jadual itu dengan ketat,

Katakan anda menetapkan satu atau dua jam untuk sesuatu mata pelajaran, maka anda perlu tetapkan matlamat bahawa mungkin anda akan habiskan satu bab untuk mata pelajaran ini. Atau jika subjek itu adalah matematik, boleh anda tetapkan jadual di mana anda akan selesaikan 20 soalan sampai anda betul-betul tahu membuat kiraan itu.

Dengan ini, anda akan belajar dengan produktif.

6. Buat Satu Kumpulan Belajar

Sekiranya kawan-kawan atau rakan sekelas anda sering bertanya kepada anda untuk tujuan belajar ketika itu, anda boleh membuat kumpulan belajar di mana anda semua dapat belajar bersama sehingga semua rakan sekelas dalam kumpulan itu dapat saling bertanya tentang keraguan dalam sesuatu subjek yang temui.

Ini akan membantu anda kerana anda juga akan mendapat rakan belajar dan menghilangkan keraguan anda semasa belajar dan anda tidak perlu menunggu pertolongan. Pastikan kumpulan yang anda tetapkan cuma mengandungi pelajar yang ikhlas dan betul-betul serius dengan pelajaran.

7. Dapat Tidur Yang Cukup dan Buat Senaman Selalu

Pelajar perlu menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka selalu. Untuk mencapainya, anda harus kerap bersenam, makan makanan yang baik dan berkhasiat.

Berehat sepenuhnya dengan tidur sekurang-kurangnya 6-8 jam setiap hari. Dengan mengikuti cara yang sihat dalam kehidupan mereka, pelajar juga tidak akan dipengaruhi oleh tekanan, kemalasan atau penundaan. Dengan ini, pelajaran anda tidak akan menderita dan terjejas.

Leave a Comment