free
hit counter

3 Teknik Membaca Yang Patut Anda Amalkan

Membaca biasanya dianggap susah, membosankan, dan mengambil masa yang lama. Sebenarnya kita boleh membaca buku setebal 200 muka surat tidak sampai lima minit. Ramai yang tak percaya, kerana mereka tidak mengetahui teknik membaca yang menjimatkan masa ini.

teknik membaca

Kita tidak perlu banyak membaca, hanya banyakkan bacaan yang perlu sahaja.

Scanning

Setiap benda yang kita baca, sama ada buku, majalah, ebook, atau blog, harus dimulakan dengan teknik ini. Scanning merupakan teknik saringan awal dalam memilih apa yang perlu dibaca. Paling berkesan teknik ini digunakan ialah ketika berada di kedai buku, atau perpustakaan.

Langkah-langkah untuk melaksankan teknik scanning ini amat mudah;

  1. Kenalpasti tajuk dan penulis.
  2. Kenalpasti bila bahan tersebut diterbitkan.
  3. Kenalpasti jumlah bab dalam buku tersebut.
  4. Baca sinopsis di kulit belakang.
  5. Baca Table Of Content dan indeks.

Setelah empat langkah diatas dilakukan kita sepatutnya tahu bidang yang disentuh oleh buku berkenaan. Keputusan yang perlu dibuat pada masa ini ialah;

Adakah bidang kita berminat dengan bidang ini?

Kita belum memutuskan sama ada kita berminat atau tidak dengan bahan bacaan (buku) tersebut. Kita hanya perlu buat keputusan sama ada bidang ini menarik atau tidak sahaja. Sekiranya kita ingin tahu tentang bidang ini, bolehlah maju ke teknik seterusnya.

 Skimming

Mungkin boleh ditakrifkan skimming ini sebagai menyentuh bahagian permukaan sahaja. Setelah berminat dengan bidang yang ingin dibaca tadi, kita lihat pula sama ada bahan bacaan yang kita telah scan tadi berbaloi unutk dibaca. Ada kalanya kita berminat dengan bidangnya tapi bukunya kurang menarik.

Skimming boleh dilakukan dengan mudah.

  1. Mulakan dengan membaca kata aluan atau prakata. Biasanya penulis akan menyatakan siapa yang sesuai sebagai sasaran penulisannya.
  2. Baca perenggan pertama dan terakhir sahaja bagi setiap bab. (disini memerlukan displin agar kita tidak tertarik untuk membaca lebih banyak dari ini). Sekiranya kita teruja untuk membaca lebih dari perenggan pertama dan terakhir, kemungkinan besar buku itu berbaloi.

Dengan membaca perenggan pertama setiap bab dan perenggan terakhirnya, kita dapat mengenalpasti skop setiap bab. Perkara kedua pula, kita dapat kenalpasti gaya dan cara penulis menyampaikan isi. Disini kita boleh buat keputusan sama ada buku tersebut perlu dibaca atau tidak.

Baca Yang Mendalaman

Peringkat ini ialah bacaan penuh. Dari huruf pertama sehingga terakhir. Bagi mereka yang tidak menggunakan ketiga-tiga teknik ini akan terus ke peringkat ini tanpa melakukan scanning dan skimming. Setelah memabca separuh jalan, mereka memaksa untuk meneruskan bacaan sedikit lagi. Namun akhirnya terhenti. Kalau habis sekalipun, mereka merasakan masa yang digunakan tidak berbaloi.

Sentiasa pastikan langkah pertama dan kedua dilakukan sebelum langkah ketiga. Jika sudah mendapat keputusan negatif di peringkat pertama dan kedua jangan teruskan ke peringkat ketiga kerana ia akan membazirkan masa.

Ramai yang tahu kaedah ini tapi tidak melazimkannya. Cuba jadikan kebiasaan, dan kita akan menjadi seorang yang cekap membaca.

Leave a Comment