free
hit counter

Teknik Membina Tabiat Melalui Proses Ulangan

Saya menganggap tabiat (habit) sebagai satu kebiasaan yang berlaku secara spontan dan berlaku di luar kawalan. Kelakuan (tabiat) ini mungkin boleh berlaku dalam keadaan separa sedar atau diluar sedar. Tabiat boleh terdiri daripada sesuatu kelakuan yang baik dan bermanfaat atau sesuatu yang buruk dan merugikan. Berita baik bagi kita semua, hal ini telah lama dibincangkan dan dikaji oleh ilmuan dalam pelbagai bidang.

bina tabiat

Tabiat merupakan perbuatan spontan yang berlaku dengan kawalan yang sedikit atau tanpa sedar si pelaku. Setiap perbuatan yang berlaku mesti dicetuskan oleh sesuatu. Sebagai contoh, bayangkan seseorang yang tersepak batu, lalu dia mencarut. Pada awal pembentukan tabiat ini, kemungkinan responnya masih berada dalam kawalan, namun apabila sudah berulang dan menjadi kebiasaan, secara spontan perkataan yang sama akan terpacul di luar kawalan atau kesedaran.

Sesuatu yang sering diulang-ulang akan kekal berulang.

Pencetus kepada tabiat ini ialah kesakitan kerana tersepak batu tadi. Bagi mengalirkan emosinya dan kesakitan yang dialami, pelaku memilih untuk melakukan sesuatu, dalam kes ini, mengeluarkan kata-kata mencarut. Pada permulaannya, kita masih sedar dan berupaya memilih reaksi kita. Kemudian, pilihan yang sama dilakukan secara berulang. Tanpa disedari proses pengulangan itu telah membentuk satu tabiat baharu.

Manusia suka kepada perkara yang mudah. Sifat semulajadi manusia ialah sentiasa mencari jalan agar sesuatu perkara dapat dilakukan dalam masa yang paling singkat dengan tenaga atau sumber yang paling minima. Dalam kebanyakan keadaan, sifat semulajadi ini memudahkan kita dalam banyak perkara.

Dalam kes ini, kesakitan yang dihasilkan oleh batu tadi merangsang otak kita untuk memikirkan sesuatu reaksi yang sesuai. Deria memberitahu otak satu rangsangan telah berlaku dna meminta otak memutuskan tindakan yang harus diambil. Lalu kita membiarkan otak kita memberi keputusan kepada mulut untuk mengeluarkan satu perkataan mencarut. Kejadian yang sama kemudiannya berulang beberapa kali dan kerap.

Pada suatu tahap, Otak memutuskan dia tidak lagi perlu ‘berfikir’ kerana setiap kali ransangan tersebut berlaku, keputusan yang kita hendak tetap sama, iaitu mencarut. Otak tidak lagi merasakan kita perlu diberikan masa untuk berfikir, kerana berfikir itu memerlukan tenaga dan masa. Oleh itu otak telah menyusun atur ‘wiring’ di dalam fungsinya agar bagi rangsangan batu tadi terus dikeluarkan reaksi mencarut. Inilah yang dinamakan refleks dan tabiat.

Perkara ini disebabkan otak menjalankan fungsinya untuk menjimatkan mas dan tenaga dan telah ‘mengingat’ aturan ini melalui proses pengulangan tadi. dengan memahami proses ini, kita boleh menggunakan peluang yang ada di awal proses pembentukan tabiat tadi. Semasa masih berpeluang, kita boleh memilih reaksi yang sesuai dan berguna untuk di’automatik’kan menjadi tabiat.

Sesuatu yang kekal berulang boleh dihentikan dari berulang-ulang.

Konsep yang sama juga boleh digunakan untuk menghilangkan tabiat buruk sedia ada pada masa ini. Apabila kita dapati diri telah melakukan tabiat buruk secara spontan, lakukan reaksi lain secara ‘paksa’ yang berbeza dengan kebiasaan reaksi kita. Otak kemudian akan mendapat isyarat bahawa untuk rangsangan tersebut, terdapat hasil yang berbeza dari sedia ada. Lalu otak memutuskan perkara sedia ada tidak boleh lagi terus dikeluarkan sebagai reaksi automatik.

Dengan pengulangan yang cukup, otak akan menghilangkan ‘shortcut’ kepada tabiat lama dan memberi masa kepada otak untuk menilai dan memilih reaksi yang sesuai bagi rangsangan yang lama itu. Apabila reaksi yang baru ini pula diulang-ulang, otak akan mencipta pula ‘shortcut’ yang baharu, menjadikan tabiat lama tersebut berjaya diprogram semula kepada tabiat yang baru.

Cabarang mengubah tabiat buruk dan membina tabiat baharu.

Manusia tidak suka kepada perubahan. Apabila kita secara paksa atau unnatural cuba mengubah sesuatu akan terdapat sedikit tentangan emosi dan fizikal. Namun, dengan keazaman, itu boleh diatasi. We are the master of our body and mind.

Gunakan teman rapat atau pasangan sebagai spotter yang boleh mengesan dan menyedarkan kita setiap kali kita melakukan tabiat yang boleh diubah.

Gunakan konsep visualization iaitu dengan duduk secara tenang (atau baring) dan mengulang-ulang imej positif yang kita ingin bentuk dalam diri.

Leave a Comment