free
hit counter

Kajian Status 3 Kategori Ibu Tunggal

Satu jawatankuasa telah ditubuhkan pada bulan Jun 2014 untuk mendefinasikan kategori ibu tunggal dari pandangan perundangan. Lazimnya masyarakat memandang ibu tunggal ialah seorang wanita yang mempunyai anak, tetapi tidak mempunyai suami.

ibu tunggal

Setelah kategori baru ini diumumkan, dijangkakan terdapat perubahan dari segi bilangan single mum di Malaysia dan cara pengagihan bantuan. Semestinya pengkelasan ini dilakukan bagi memastikan bantuan sampai ke golongan sasar, dengan menakrifkan terlebih dahulu secara terperinci golongan yang dimaksudkan.

Kategori Pertama

Kumpulan pertama lebih kepada maksud yang sedia difahami oleh masyarakat. Ibu tunggal dalam kumpulan ini terdiri daripada wanita yang telah bercerai atau berpisah kekal dengan suami. Wanita ini mestilah mempunyai anak yang belum berkahwin, tetapi masih tinggal bersama. Mereka menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menyara diri dan anaknya.

Kategori Kedua

Kumpulan kedua merupakan wanita yang menjadi ketua keluarga kerana keuzuran suami dari perspektif kesihatan. Suami yang hilang upaya kekal atau mempunyai penyakit kronik yang menghalangnya daripada bekerja menyebabkan isteri terpaksa memikul tanggungjawab menyara keluarga.

Wanita dari kumpulan ini turut disyaratkan mempunyai anak yang belum berkahwin dan masih tinggal bersama dengannya untuk dikategorikan sebagai ibu tunggal.

Kategori Ketiga

Kumpulan ketiga pula terdiri daripada wanita yang tidak pernah berkahwin tetapi ada memelihara anak. Mereka dianggap sebagai ibu tunggal sekiranya mempunyai anak angkat atau anak tidak sah taraf yang tingal bersama. Anak tersebut mestilah belum berkahwin.

Ketiga-tiga kategori ini menyatakan hanya wanita di bawah umur 60 tahun sahaja yang layak dianggap sebagai ibu tunggal, manakala di atas paras umur tersebut, lebih sesuai dikelaskan sebagai warga tua.

Namun, pihak berwajib bersedia melihat faktor umur ini dari segi case to case basis memandangkan kemungkinan ada ibu tunggal yang melebihi usia tetapi masih memelihara anak yang mungkin terdiri dari golongan OKU atau anak angkat.

Impak Kategori Ibu Tunggal Didefinasikan Semula

Adakah tiga kategori baharu ibu tunggal ini akan meningkatkan jumlah ibu tunggal di Malaysia? Tidak. Sebaliknya, jumlah ibu tunggal yang berdaftar dengan Kementeri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menyusut kepada 30% daripada jumlah asal.

Buat masa ini seramai lebih kurang 800,000 orang berdaftar sebagai ibu tunggal. Pengkelasan baharu ibu tunggal ini akan menurunkan jumlah individu tersebut kepada 235,240 orang.

Penyusutan ini tidak semestinya sesuatu yang negatif, tetapi dilihat sebagai satu fokus baharu untuk membantu golongan yang betul-betul memerlukan.

Bagi individu yang tidak termasuk dalam tiga kumpulan di atas, mereka berkemungkinan besar lebih alayah menerima bantuan di bawah kategori lain selain ibu tunggal.

Angka di atas juga mungkin berubah dalam sedikit masa kerana definasi yang jelas ini mungkin akan menggalakkan ibu tunggal yang belum berdaftar agar berdaftar kerana menepati definasi yang dikelaskan.

Perubahan ini merupakan langkah di bawah Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. Diharapkan langkah ini dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

Leave a Comment