free
hit counter

Perasaan dan Emosi Gembira Sedih

Adakah anda rasa gembira hari ini atau sedang berduka? Terima kasih kepada kakak-kakak, abang-abang yang mulai mengambil berat dan ingin tahu bagaimana mereka dapat membantu untuk memastikan kejayaan anak mereka. Selamat datang ke alam Bakat.

gembira sedih

Tanpa membuang masa, ayuh kita ke artikel utama motivasi kita hari ini. Adakah anda rasa gembira sekarang dengan kehidupan anda? Berapakah umur anda sekarang?

Kajian Yang Dijalani Kepada Golongan Umur 40

Kajian yang telah dijalankan menunjukkan adanya kaitan antara dua perkara tersebut. Kajian kaitan umur dan tahap gembira telah dijalankan dan umur 40 telah dikenalpasti sebagai titik tolak sebuah kehidupan yang gembira.

Richard Easternlin yang merupakan seorang ahli ekonomi daripada Universiti Southern California, menyatakan wanita merupakan golongan yang gembira sebelum titik umur 40 tersebut. Sebabnya pada umur 20an dan 30an, mereka gembira secara umum dengan apa yang telah dicapai.

Tetapi berbeza dengan lelaki, pada umur di bawah 40 tahun, mereka kurang gembira dengan kehidupan yang ada. Mereka berasa kurangnya kepuasan yang diperolehi daripada kerjaya mereka. Pada peringkat ini, mereka masih cuba untuk hidup.

Tetapi semuannya bertukar apabila angka 40 menjengah. Lelaki mula gembira dengan kehidupan mereka yang lebih baik. Pendapatan yang diperolehi mereka lebih tinggi. Mereka kini mampu membeli apa yang diinginkan. Kehidupan mereka mula stabil.

Apa Yang Beza Dari Lelaki Dengan Wanita

Berbeza dengan wanita, graf mereka mula jatuh. Mereka kurang berpuas hati dengan kehidupan yang dilalui. Pengalaman ibubapa mereka yang lalu mula bermain dalam minda mereka yang seterusnya menambah lagi tahap ketidakgembiraan mereka.

Terkejut bukan. Bagaimana dengan pendapat anda? Saya tidak kisah dengan hasil kajian tersebut. Bagi saya, kita bertanggungjawab dalam kehidupan kita. Mengapa perlu membiarkan umur mengganggu potensi kita untuk lebih hidup lebih bahagia? Jadi apa-kata kita mencabar hasil kajian ini.

Buktikan hanya kita yang menentukan kegembiraan kita. Kita yang perlu merencanakan masa hadapan kita.

Saya kurang setuju dengan pendapat itu, ini adalah kerana kajian itu lebih sesuai dan cenderung pada masalah yang dihadapi di negara barat.

Jika kita melihat pada masyarakat di Malaysia, kebanyakan daripada mereka mencapai lebih kebahagian pada awal 40an. Ini adalah kerana kebanyakan wanita yang berada pada umur tersebut telah mengalami di mana anak-anak mereka telah besar dan kehidupan mereka sudah jadi stabil.

Pada ketika umur inilah kebanyakan wanita mencapai kejayaan. Contohnya Zeti Aziz (Gabenor Bank Negara) yang menjadi gabenor terbaik dunia. Pada umur 40an, wanita menjadi lebih matang dan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran yang besar.

Perkataan Yang Berkait Dengan Emosi

Ketahuilah penggunaan perkataan adalah begitu penting dalam hidup kita. Ramai di antara kita kurang sedar mengenai kesannya untuk mengguna perkataan pada masa yang sesuai.

Kita selalu menggunakan perkataan-perkataan tertentu tanpa kita sedar kesannya pada sikap kita. Seterusnya perkataan itu memberi impak pada hidup kita sama ada menjadikan kita rasa gembira atau sedih.

Perkataan Emosi Membentuk Sikap Kita

Perkataan yang berkaitan emosi dan sering digunakan mampu membentuk sikap kita. Dengan itu, kita boleh tahu bahawa penggunaan perkataan adalah amatlah penting dalam kehidupan kita.

Saya namakan ianya sebagai ‘kosa kata emosi’. Pemilihan terhadap penggunaan kosa kata ini merupakan sesuatu yang amat kritikal.

Contohnya apabila kita berada dalam keadaan yang kurang menyenangkan, kebiasaannya kita akan menggunakan perkataan ‘tension’ untuk menggambarkan keadaan yang kita berada pada ketika itu.

Tetapi tahukah anda bahawa semasa kita mengeluarkan perkataan seperti ini, tanpa kita sedar ianya sudah tersimpan dan telah terakam dalam minda kita.

Jadi, apabila perkataan ini disebutkan mungkin secara sengaja atau tidak pada waktu yang lain, minda kita mula mengembalikan kisah lama yang berlaku yang berkenaan dengan kosa kata tersebut. Akibat daripada ini ialah ia menimbulkan kesan atas minda kita di mana kita mula berasa kurang menyenangkan.

Contoh lain yang boleh saya tunjukkan di sini adalah seperti perkataan ‘aiskrim’. Mungkin ianya menjadi kosa kota emosi bagi sesetengah orang. Apabila dia menyebutkan perkataan aiskrim, tiba-tiba perasaannya mula berubah.

Mungkin pada masa itu dia sedang berasa sedih hati. Tetapi apabila terdengar perkataan ‘aiskrim’, kesedihannya jadi kurang. Ini adalah disebabkan oleh mindanya tanpa sedar sudah mengembalikan nostalgia kenangan lama yang manis atau gembira tu. Jiwang pula dah mungkin anda fikir tapi memang ada ramai orang yang mempunyai pengalami seperti ini.

Kesimpulannya adalah anda perlu berhati-hati dalam menyebut sesetengah perkataan yang mampu membangkitkan emosi sedih anda. Pemilihan untuk menyatakan perkataan yang betul mampu membuat anda berada dalam keadaan yang positif buat sepanjang hari.

Salam bakat dan inspirasi. Lepas kongsi tentang emosi ini, tba-tiba rasa nak makan aiskrim vanilla dan coklat pula.

Leave a Comment