free
hit counter

Fungsi UiTM Student Portal iLearn dan SIMSWEB

UiTM Student Portal merupakan portal rasmi yang disediakan khas bagi para pelajar yang belajar di Universiti Teknologi Mara. Laman web ini mempunyai beberapa fungsi utama yang termasuk Kemasukan(Admission), Akademik(Academic), Peperiksaan(Examination), Majlis Graduasi(Convocation), Hal-Ehwal Murid(Student Affair) dan Log Masuk Murid(Student Login).

Selain daripada itu, portal ini masih lagi beberapa sub kategori yang penting seperti eAcademic, iLearn Portal, FinePortal(yang berkaitan dengan finance) dan eHep. Portal ini membolehkan anda membuatsemakan kolej atau surat tawaran dengan mudah.

Boleh muat turun(download) mobile apps ini dari Google Play. Ia merupakan application yang amat berguna untuk pelajar yang belajar di UiTM.

carta uitm student portal

Kandungan Portal

Portal ini mengandungi 6 kategori utama:

1. Admission(Kemasukan) – Faham syarat-syarat dan kelayakan untuk masuk ke UiTM.

  • Status Permohonan – Semak status permohonan pelajaran. Pelajar boleh pilih sama ada meneruskan pembelajaran dari rumah atau di kolej kediaman.

2. Academic(Akademik)

  • Jadual Kelas – Jadual untuk semua kelas bagi kursus yang berlainan.
  • Appeal(Gugur Taraf) – Bahagian ini memberitahu pelajar jika mereka gagal mendaftar kursus atau tidak bayar yuran pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Sistem Pendaftaran eCourse(eCourse Registration System [eCR]) – Untuk mereka yang nak daftar eCourse.
  • Peraturan Akademik – Kenali semua peraturan yang perlu dipatuhi semasa dalam kampus.
  • Transkrip Akademik – Boleh anda semak bil transkrip di sini.
  • Kalender Akademik – Kalender untuk kursus yang berlainan boleh didapati di sini.

3. Examination(Peperiksaan)

  • Slip Peperiksaan
  • Jadual Peperiksaan
  • Semak Semula Keputusan Peperiksaan

4. Convocation (Konvokesyen) – Kategori ini adalah tentang graduation yang mengendalikan pengurusan rekod pelajar dan istiadat Konvokesyen.

5. Student Affair

  • Hal ehwal Murid – boleh anda perolehi sinopsis, butiran, kokurikulum, dan sebagainya di sini.
  • Alumni – Segala yang berkenaan dengan alumni (Alumni UiTM)

6. Student Login – Log masuk dengan pakai Student ID dan katalaluan yang anda tetapkan.

Sub kategori yang sedia ada dalam applikasi ini:

1. eAcademic

  • Jadual Kelas(Class Timetable) – pelajar boleh semak jadual kelas, jadual peperiksaan(exam timetable), jadual final exam, dan lain-lain jadual di sini.
  • Keputusan Peperiksaan(Examination Result)
  • Permohonan Cuti Khas – penyedia borang cuti khas untuk pelajar isi jika nak mohon cuti.
  • Permohonan Lanjutan Pengajian – sekiranya anda sudah habis diploma dan ingin lanjut lagi pelajaran, boleh anda layar kategori ini.
  • Permohonan Trankrip Akademik

2. iLearn Portal

  • iClass
  • SuFO

3. FinePortal

  • Bayaran Bil – Bursary untuk bayar bil pelajar bagi pelbagai hal.

4. eHep –  Ia mengandungi fungsi tentang semua Hal Ehwal Pelajar.

  • e-Kolej
  • Insentif Makan
  • Zakat
  • Stiker Kenderaan
  • Saman Lalulintas
  • Pelajar NR
  • Stiker Elektrik
  • Bantuan Aktiviti Kampus(eSPAK)
  • Kebajikan dan Bantuan Kewangan Pelajar

Segala pengumuman(announcement) akan diumumkan dalam portal ini juga.

Cara Daftar First Time Login ke UiTM Student Portal SIMSWeb

Jika anda belum ada akaun lagi, anda boleh kunjungi ke portal ikut pautan ini dan sign up.  Sebab anda belum ada akaun lagi, anda tidak akan dapat login.

Apa yang and perlu buat adalah klik “First Time Login“untuk daftar satu akaun baru terlebih dahulu. Jika nak tukar katalaluan(change password), boleh klik “Forgot Your Password”.

first time login

Anda akan dibawa ke halaman “Password Recovery“, masukkan maklumat yang diminta supaya anda dapat jaya berdaftar akaun anda.

pwd recovery

Selepas anda sudah berjaya buat pendaftaran, sudah boleh anda log masuk ke portal ini.

Students’ Feedback On-line (SuFO) adalah sistem Universiti yang disediakan dalam UiTM Student Portal untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar pada semester akademik tertentu.

SuFO berfungsi sebagai mekanisme untuk memfasilitasi fakulti, pusat akademik, dan kampus cawangan UiTM dalam meningkatkan kualiti aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Mini Transkrip(Mini Transcript)

Jika anda nak dapat mini transkrip, boleh and rujuk ke jadual di bawah dan ikuti langkah-langkah yang diberikan.

mini transcript

Apa yang anda perlu buat ialah:

  1. Layar ke https://forms.gle/nexHn3o43JakN2oa7
  2. Scan QR Code dan isi borang permohonan untuk penjanaan bil mini transkrip.
  3. Lepas buat bayaran, anda akan dapat satu resit. Resit ini perlu dihantar kepada Cawangan/Fakulti supaya mini transkrip anda dapat dicetak.

Portal Kemasukan Pelajar

Bahagian ini merupakan bahagian pengambilan pelajar. Pengambilan termasuk Program Pra Diploma, Diploma, Asasi, Sarjana Muda, Profesional, Lepasan Ijazah Sarjana Muda, Program Pengajian Luar Kampus (PLK) Dan Setara Sepenuh Masa (SS), dan Master.

Boleh anda dapat maklumat yang diperlukan di sini.

IPSis UiTMInstitut Pengajian Siswazah adalah pusat sehenti untuk pelajar pasca siswazah(Postgraduate Students).

Institut Pengajian Siswazah

Cara lakukan pengesahan kursus(Course Validation)

  1. Kunjungi UiTM Student Portal.
  2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan anda
  3. Di bawah menu pelajar, klik ‘Course Registration’
  4. Klik ‘Start your course validation – server 1’
  5. Periksa kod & kumpulan kursus yang berdaftar
  6. Sekiranya semua maklumat betul, klik ‘Validate My Registration’
  7. Cetak slip pengesahan sebagai bukti bahawa anda telah mengesahkan kursus berdaftar anda
  8. Log keluar

e-Aduan

e-Aduan adalah sistem maklum balas pelajaran. Ia ditubuhkan untuk memberi pelajar hubung dengan pihak berkenaan untuk menyuarakan keluhan mereka mengenai hal-hal yang berkaitan dengan UiTM.

Terdapat 3 e-Aduan yang berlainan:

  1. e-Aduan UiTM – boleh pakai untuk maklum balas masalah umum tentang UiTM.
  2. e-Aduan Fasiliti – pakai untuk buat aduan tentang fasiliti UiTM termasuk elektrik, mekanikal, telekomunikasi, lanskap, infrastruktur dan pengurusan acara.
  3. e-Aduan ICT – pakai untuk buat aduan tentang segala isu ICT.

Macam mana buat daftaran atas kursus yang saya nak?(Course Register)

Anda boleh daftar kursus yang anda nak dengan log masuk UiTM Student Portal dalam tempoh yang diumumkan.

Mengapa saya selalu mengalami di mana UiTM Student Portal tak boleh buka?

Kadang-kala portal akan mengalami masalah untuk akses online. Ini adalah disebabkan kadang-kala pihak ada melakukan penyelenggaraan terhadap server portal. Jika ada terlalu ramai pelajar yang akses portal pada masa yang sama, ia juga memberatkan beban server dan bila server tidak mampu menanggung akses yang melampau, ia akan terganggu.

Ini merupakan satu masalah yang perlu diambil berat oleh pihak berkenaan untuk meningkatkan taraf server supaya dapat kurangkan masalah tidak boleh akses tu.

Online Database – EZ Access

Halaman ini seperti online library yang menyediakan pautan bagi anda kunjung ke pangkalan data dan penyedia e-book. Maklumat boleh anda perolehi di pangkalan data adalah artikel jurnal, makalah persidangan, artikel berita, statistik, gambar, dan paten.

Electronic Question Paper System (EQPS)

EQPS adalah sistem yang mengumpulkan koleksi kertas soalan yang lalu(past year question) dari tahun 2000 hingga tahun semasa. Perpustakaan UiTM menyediakan akses ke pelbagai sumber elektronik (e-resources) untuk memberi sokongan kepada kajian, penyelidikan dan pengajaran anda.

Microsoft Online Office 365

Sekiranya anda merupakan seorang pelajar di UiTM, anda boleh pakai Microsoft Online Office 365 dengan percuma. Ia disediakan untuk pelajar yang sedang mengikuti institusi akademik di UiTM.

Perkhidmatan ini merangkumi laman Office Online (Word, PowerPoint, Excel, dan OneNote), laman OneDrivestorage, Yammer, dan SharePoint tanpa had.

Boleh rujuk pautan ini untuk tahu dengan lebih banyak.

Entrance Survey dan Exit Survey

Terdapat entrance survey dan exit survey pada laman ini dengan tujuan untuk menilai sejauh mana tahap kefahaman pelajar sebelum dan selepas pengambilan kursus mereka.

Pelajar perlu jawab soalan entrance survey pada awal semester dan exit survey pada akhir semester.

Sekiranya anda sedang fikir untuk buat penerapan UiTM atau mohon UPU ke Ijazah UiTM, boleh anda berkenalan dengan portal ini.

Segala masalah yang berkaitan dengan Student Portal, boleh anda hubungi:

INFOTECH
www.infotech.uitm.edu.my
Nombor Hubuing(Contact number): 03 – 5544 2203

Leave a Comment