free
hit counter

Rahsia Untuk Menjadi Genius dan Pelajar Cemerlang

Ini merupakan sebuah kisah di bilik pensyarah yang baloi untuk saya fikirkan.

Tok,tok! Kedengaran bunyi yang diketuk pada pintu di bilik itu.

Nyata yang mengetuknya adalah seorang pelajar yang ingin berjumpa dengan pensyarahnya. Mungkin pensyarah kesayangannya. Haha..

pelajar genius

Borakan berlaku. Tetapi itu bukan bahagian yang penting. Kerana tidak lama lagi mereka akan berborak sebuah rahsia iaitu cara menjadi genius yang sebenar. Rahsia jadi pelajar cemerlang yang mungkin selama ini tidak diketahui. Rahsia bernilai tinggi cuma kali ini ianya diperolehi secara percuma oleh pelajar tersebut.

“Bagaimana dengan keputusan peperiksaan semester lepas awak? Ok atau KO?”, saya mula bertanya.

“Ok sahaja Cikgu Zamrud. Biasa sahaja. Tidak cemerlang di mana-mana pun”, pelajar itu berbalas.

“Alah, saya tahu markah result yang awak dapat. Bagi saya result awak itu sudah dikira sangat ok”, saya cakap.

“Tapi ramai lagi pelajar yang dapat result yang lagi ok. Cikgu Zamrud tahu tak result tentang Abu? Dia memang pelajar yang genius dalam kelas saya”, tanya pelajar itu.

Orang Yang Hebat dan Rajin Belajar, bukan genius semula jadi

“Saya tahu. dia memang seorang pelajar yang hebat dan rajin. Tetapi saya rasa itu bukan genius. Bagi saya definisi genius adalah lain”, saya jawab.

“Kenapa begitu? Ok, mari kita lihat satu demi satu subjek yang telah diambil oleh awak. Dalam subjek ekonomi yang diajar oleh saya, kebanyakkan daripada pelajar-pelajar dalam kelas awak yang mendapat A adalah pelajar yang telah mengambil subjek tersebut semasa matrik. Mereka telah menjumpainya terlebih dahulu. Mereka telah melakukan latihan lebih awal dan latihan yang banyak kalau dibandingkan dengan awak.”

“Ok sekarang, cuba kita ambil subjek C++ iaitu subjek yang mengenai pengkomputeran. Awak rasa amat susahkan? Awak tahu tidak kenapa Abu dan Yusri boleh mendapat A? Sekadar berkongsi Yusri tidak mendapat A untuk subjek ekonomi tetapi dapat A dalam subjek C++ ini.

“Kenapa ye Cikgu Zamrud?”, tanya pelajar tersebut dengan bersungguh-sungguh untuk mengetahui apa yang menyebabkan keadaan seperti ini berlaku.

Mengetahui Subjek Itu Terlebih Dahulu

“Untuk pengetahuan awak, mereka belajar di matrik asasi UM. Di sana mereka telah didedahkan dengan subjek C++ dengan lebih awal daripada awak. Ini bermaksud mereka telah terjumpa dan membuat latihan yang lebih banyak daripada awak. Sebab itulah mereka serupa menjadi genius dalam subjek itu.”

“Ok sekarang boleh kita cuba cakap tentang pengambilan Kalkulus. Dalam subjek Kalkulus kawan awak si Fahrin telah mendapat A bukan. Awak rasa kenapa dia boleh dapat A?”, saya tanya pelajar itu.

“Sebab dia telah menjumpai dengan subjek ini terlebih dahulu. Sebab dia telah membuat latihan itu terlebih dahulu dan lebih banyak daripada saya”, jawab pelajar itu.

“Memang betul tu, pandainya awak. Akhirnya awak faham kenapa mereka menjadi genius bukan?”

“Lisa Surihani, Saya bukan tidak percaya pada pelajar yang genius. Pelajar genius memang ada wujud di dunia ini. Tetapi ianya adalah sebuah kes yang jarang. Mungkin cuma boleh dapat cari seorang yang genius dalam setiap 10,000 orang. Tetapi ini bukan bermakna awak tidak boleh menjadi genius seperti mereka wahai Lisa.”

“Genius adalah orang yang berusaha dengan lebih banyak daripada orang lain. Ketika orang lain mungkin menganggap membuat latihan dengan jawab 5 soalan sudah mencukupi, mereka yang dikatakan genius membuat soalan sebanyak 10 atau lebih daripada ini lagi.”

“Mereka mara dengan perlahan-lahan. Andai kata mereka ke hadapan hari ini, bukan bermakna mereka genius bila mereka dilahirkan. Ini mungkin kerana mereka telah membuat latihan dengan lebih awal, iaitu sejak kecil lagi daripada awak. Mungkin mereka sedar atau mereka tidak. Jadi, awak boleh mengawal dan menjadi genius seperti mereka juga. Caranya adalah menjadikan diri awak ‘terjumpa’ latihan itu.”

Genius Atau Tidak Bukan Yang Paling Penting

Sama ada seseorang adalah genius atau tidak bukan sesuatu yang paling penting, apa yang jadi lebih penting adalah semua orang perlu berusaha.

Kita memang panggil orang tu genius, tapi itu semua sebab kita tak nampak usaha-usaha mereka yang mereka buat di belakang kita. Di dunia yang nyata ini  memang tidak mungkin tiba-tiba seseorang tu boleh jawab soalan tanpa buat soalan demi soalan, hari demi hari. Jadi, kesimpulannya adalah semua orang berpotensi untuk jadi seorang genius asalkan mereka tekun, rajin dan berusaha dengan bersungguh-sungguh setiap hari.

P/S: Watak Lisa Surihani yang dinyatakan dalam artikel ini sebenarnya adalah lelaki dan saya pakai nama yang lain dalam post ini sebab nama yang benar terpaksa dirahsiakan untuk melindungi pelajar itu. Kisah benar memang ada ditambah dengan sedikit perisa untuk menjadikannya keseluruh cerita lebih menarik dibaca.

Baca juga: Bagaimana Kata-Kata Seorang Guru Boleh Memberi Kesan Kepada Seorang Pelajar

Leave a Comment