free
hit counter

Tips Pengurusan Masa Yang Bijak dan Berkesan

Sebenarnya terdapat banyak perkara yang berlaku dalam tempoh 2 minggu ini. Kekangan masa yang digunakan untuk membangun laman web lain, serta hujung minggu yang padat dengan aktiviti-aktiviti lain.

Lebih-lebih lagi salah seorang kawan baik saya telah melangsungkan perkahwinan, dan mahu atau tidak sebagai kawan yang hensem pada zaman sekolah, saya telah dipaksa menjadi pengapit beliau, haha. Melawak sahaja. Terima kasih menjemput saya! Semoga berbahagia.

pengurusan masa

Hari ini saya ingin berkongsi tips pengurusan masa yang telah memberi kesan baik pada hidup saya. Ianya sedikit sebanyak membuat hidup saya sedikit terancang dan berjaya memperolehi sesuatu yang lebih sedikit. Sedikit demi sedikit impian tercapai.

Antara Tips Pengurusan Masa Yang Boleh Diamalkan

1. Jangan buka email pada waktu awal pagi

Tidak dinafikan penggunaan email amat penting untuk kita pada hari ini. Namun, sedar atau tidak, perkara inilah yang memakan masa kita.

Pernahkah kita alami, apabila kita membuka email, kita mengatakan bahawa kita sekadar ingin membukanya untuk satu tempoh yang singkat, tetapi apabila masa berlalu, sebenarnya kita telah menggunakan hampir kebanyakan masa yang ada.

Pernah saya berkata ingin menyemak email sekadar untuk 15 minit, tetapi akhirnya masa telah digunakan adalah lebih sejam. Ini bukan sekadar pernah, memang selalu alaminya! Ia menjadi sesuatu pembaziran yang sangat besar daripada sudut masa.

2. Catat perkara yang ingin dilakukan pada malam hari

Anda perlu mencatat perkara yang ingin dilakukan pada keesokannya pada malam hari. Kenal pasti aktiviti utama yang perlu dilakukan. Sebaik sahaja tiba pada keesokkan harinya, teruslah membuat perkara yang telah dinyatakan.

Jangan bagi alasan untuk anda melakukan perkara lain walaupun ianya mungkin mengambil masa yang singkat. Terutamanya TV dan Facebook, serius merbahaya!

Terus membuatnya, dan jangan memberi peluang untuk anda mengulat. Hanya merewardkan diri sendiri setelah ianya tamat dan bukan sebelum kerja bermula.

3. Guna perang psikologi untuk motivasi

Guna perang psikologi untuk membantu anda bersemangat. Adalah normal untuk berasa bosan apabila melakukan sesuatu kerja dalam sesuatu tempoh yang panjang. Lebih-lebih lagi apabila impian itu tampak jauh. Tambahan nama pun kerja, sudah pasti kebiasaannya ianya sesuatu yang membosankan.

Dalam kes saya, memasukkan input dalam laman web adalah sesuatu yang membosankan, walaupun saya tahu matlamat akhir ianya sesuatu yang mengembirakan iaitu menjadikan laman web saya terkenal.

Tetapi biasalah untuk berasa bosan pada pertengahan jalan. Jadi apa yang saya guna adalah untuk memberi semangat adalah dengan mengatakan bahawa saya sudah pun hampir tua. Mempersoal apakah kejayaan hidup.

Umur sudah pun semakin meningkat, namun apakah kejayaan yang telah diperolehi saya? Kemudian saya akan bandingkan dengan watak lain yang telah berjaya pada umur yang muda.

Seperti arwah tuan punya NAZA yang telah menjadi jutawan pada umur 22 tahun, Syed Mokhtar Bukhari, jutawan Melayu Malaysia dan lain-lain. Dengan membandingkan semua ini, ianya memberi semangat untuk saya untuk terus berusaha. Susah juga ye memberi motivasi pada diri.

Pengurusan Masa Dengan Email

Pengurusan masa merupakan salah satu elemen penting dalam kejayaan diri seseorang. Bagaimana seseorang mengawal masanya, daripada situ dapat dianggar berapa jauh kejayaan yang diperolehi.

Perkara yang saya ingin bincang dengan lebih lanjut adalah tentang mengawal masa anda membaca email. Dunia pada hari ini adalah dunia tanpa sempadan dan membaca email adalah perkara biasa bagi kebanyakan orang.

Tetapi tahukah kita bahawa begitu banyak masa telah dihabiskan untuk membacanya. Lainlah kalau email itu sememangnya penting, tetapi yang malangnya rata-rata kandungan email itu langsung tidak mengena dengan dengan kita dan seterusnya menyebabkan pengurusan masa kita sedikit kucar-kacir.

Membaca email begitu mengambil masa kita tanpa kita sedar akannya. Walaupun kita menyangka ianya sebentar, tetapi masa yang diperuntukkan sebenarnya lebih panjang daripada itu. Oleh itu, penulis ‘The 4 Hour Work Week’, Timothy Ferriss telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini.

  1. Meletakkan masa untuk menyemak emailnya hanya pada waktu tertentu.
  2. Memberitahu kenalannya bahawa beliau hanya akan membuka emailnya pada waktu yang dinyatakan.
  3. Tidak menyemak email pada awal pagi untuk mengelak pembaziran masa membaca email dan melakukan perkara yang penting sehingga pukul 11 pagi.
  4. Memperutukkan masa membaca emailnya hanya pada 12 tengahari dan 4 petang.

Hukum Parkinson

Hukum Parkinson telah diperkenalkan sendiri oleh Tuan Parkinson dalam bukunya iaitu ‘Parkinson’s law : The Pursuit Of Progress’. Ianya buku yang berceritakan tentang produktiviti.

Hukum Parkinson ini secara umumnya menceritakan mengenai produktiviti seseorang. Apakah itu maksud produktiviti? Arr, penat juga hendak ceritakan. Secara umumnya boleh dikatakan berapa efiksyen seseorang itu. Contohnya, suatu tugasan yang sama telah diberikan kepada Abu dan Lisa Surihani.

Abu didapati hanya memerlukan 1 jam sahaja untuk menyiapkan tugasan tersebut berbanding Lisa Surihani yang mengambil masa 2 jam. Jadi kesimpulannya, Abu lebih produktiviti daripada Lisa Surihani. Sama juga dengan benda lain. Setiap orang mempunyai produktiviti berbeza.

Dalam buku ini menceritakan bagaimana kita mampu untuk meningkatkan produktiviti kerja kita. Caranya adalah dengan Hukum Parkinson. Hukum Parkinson mengatakan sebenarnya sesuatu perkara itu dapat dibuat lebih cepat daripada kita jangkakan.

Contohnya, untuk menulis buku, kita mungkin menganggap kita memerlukan 1-2 tahun lamanya. Tetapi sebenarnya ia lebih cepat. Buktinya ada sahaja orang mampu menyiapkan ebook atau buku dalam tempoh tidak sampah 3 atau 4 bulan.

Contoh lain adalah semasa belajar. Ingat lagi ketika melakukan tugasan yang diberikan oleh cikgu atau pensyarah? Andai diberikan tugasan itu selama 2 minggu, biasanya kita akan mula membuatnya 3-4 hari sebelumnya. Selalunya tugasan kita akan siap sahaja walaupun pada awalnya kita berkata kepada pengajar kita.

Dia ni ingat senang ke?

Jadi dalam pengurusan masa mengikut Hukum Parkinson kita boleh menyiapkan tugasan atau kerja yang dibuat sebenarnya lebih cepat daripada jangkaan. Jadi untuk itu, apa yang kita boleh buat adalah mengeksplotasikan masa yang ada. Katakanlah secara normalnya tugasan itu memerlukan 3 hari untuk siap, jadi apa kata kita berikan tarikh baru kepada diri anda untuk menyiapkannya dalam masa 2 hari sahaja.

Serius 2 hari saja?

Betullah, cuba buat dahulu dan lihat kesannya nanti.

Hukum Pareto

Pernah dengar hukum Pareto? Hukum ini adalah berkaitan dengan prinsip 80/20. Pareto merupakan ahli akademik dalam bidang Ekonomi. Terjumpa dengan prinsip ini apabila beliau membuat kajian terhadap kekayaan dan siapakah peratusan empunyanya.

Beliau mendapati bahawa kekayaan yang ada di muka bumi ini iaitu sebanyak 80% datangnya dan dipunyai oleh golongan 20%. Begitu juga sebaliknya. Bermaksud, 20%kekayaan pula adalah dipunyai oleh golongan 80%.

Ini tidak mengejutkan dan nyata hampir benar. Tidak percaya lihat sahaja kekayaan di Malaysia sendiri. Jika kita gabungkan 40 orang terkaya di Malaysia, harta mereka sudah pun hampir 80% daripada keseluruhan kekayaan penduduk Malaysia. Itu baru rasanya 40, belum sampai ke 20% golongan kaya ini.

Jadi apa kaitan hukum Pareto dengan tips pengurusan masa hari ini? Katanya, masa juga tidak terkecuali. 80% kegebiraan kita datangnya daripada 20% aktiviti yang dibuat oleh kita. Dan selebihnya iaitu sebanyak 80% hanya menyumbang kepada 20% kegembiraan kita.

Betul ke ni? Macam tipu je?

Betullah. Contohnya mari kita ambil kiraan mudah. Cuba kita lihat, kebanyakkan masa kita dihabiskan dengan kerja. Daripada 9-5petang untuk 5 hari. Jika kita kira, ia hampir mencapai 80% masa kita. Ditambah lagi beberapa aktiviti yang tidak disukai. Ia mencukupkan 80% ketidak gembiraan. Soalan cepu mas di sini, adakah kita gembira dengan aktiviti tersebut?

Mungkin ada yang akan kata Ya, tetapi saya percaya ramai yang akan berkata Tidak. icon smile Tips Pengurusan Masa Mengikut Pareto

Betul juga. Jadi bagaimana ya?

Sambil tersenyum saya berkata, tunggu post seterusnya. Cukuplah post untuk hari ini tentang Hukum Pareto yang begitu membuktikan aktiviti harian kita. Tidak kiralah dari sudut kekayaan ataupun masa itu sendiri.

Harap tips pengurusan masa yang dikongsi membantu. Tips itu datang daripada pengalaman membaca beberapa buku motivasi mengenai hal ini dan dipraktikkan nampak kesannya. Harap ianya turut memberi kesan pada pembaca sekalian.

Leave a Comment