free
hit counter

Jika Saya Merupakan Pemimpin Malaysia

Sebelum saya masuk ke kursus motivasi pada petang ini, saya ingin tulis satu artikel bertemakan ‘Jika Saya Merupakan Pemimpin Malaysia’. Saya sudah cuba apa yang terbaik dan saya serahkan kepada juri menilai artikel di bawah.

Jika Saya Pemimpin Malaysia

Pemimpin ialah individu yang mengetuai, menerajui sesebuah organisasi untuk mememastikan organisasi tersebut berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia. Malaysia merupakan sebuah negara yang makmur, berbilang agama dan bangsa, sebuah negara yang majmuk, sangat aman dan membangun. Namun, jika diteliti masih banyak perkara yang perlu diperbaiki.

jadi pemimpin

Laksana Akta Yang Tegas

Jika saya pemimpin Malaysia, pertama sekali saya akan laksanakan satu akta yang tegas dan menguatkuasakannya untuk memastikan negara bersih dan sedap mata memandang. Ini kerana, kebanyakkan penduduk di Malaysia tidak begitu menitik beratkan soal kebersihan dan alam sekitar terutamanya pendatang tanpa izin. Denda dan tindakan yang dibuat begitu enteng untuk diambil kira.

Lancarkan Sistem Pendidikan Luar Bandar

Yang keduanya, saya ingin melancarkan satu sistem pendidikan luar bandar yang lebih cemerlang. Selain itu, menyediakan pelajar luar bandar dengan prasarana yang setaraf dengan pelajar di bandar. Ini penting bagi memastikan pelajar luar bandar mempunyai daya saing yang lebih tinggi untuk mencapai kejayaan sepertimana pelajar di bandar.

Tumbuhkan Organisasi Untuk Para Remaja

Yang ketiga, institusi-institusi pendidikan sekarang tidaklah begitu memberansangkan. Ini kerana masih terdapat gejala-gejala yang mencemarkan jiwa remaja. Terlalu banyak masalah yang tidak dibendung. Kebanyakkan punca telah kita ketahui, namun tindakan tidak juga diambil.

Maka, saya sebagai pemimpin akan menubuhkan satu organisasi untuk mendekati para remaja (pelajar) yang bermasalah. Satu organisasi yang menganggap mereka sebagai kawan bukan sebagai lawan atau penentang.

Jadikan Badan Pencegah Rasuah Bebas Dari Kawalan Kerajaan

Jika saya pemimpin Malaysia, satu badan pencegah rasuah yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik dan organisasi akan ditubuhkan. Badan ini akan bergerak membanteras rasuah dan penyelewengan yang semakin berleluasa di negara Malaysia. Undang-undang yang sedia ada dikuatkuasakan dan tindakan akan dilaksanakan. Ini untuk memastikan setiap keadilan dapat ditegakkan.

Malaysia dan projek terbengkalai sudah menjadi sinonim. Bangunan-bangunan yang terbengkalai perlu dimajukan semula. Jika dibiarkan, ia akan mencacatkan pemandangan. Tindakan yang keras dan berat akan dilaksanakan untuk dijadikan pengajaran kepada pemaju yang lain suapaya tidak mengulangi kesalahan. Sebagai contoh, penyelewengan.

Menggalakkan Seni Awam

Jika saya pemimpin Malaysia, saya akan memartabatkan industri seni di mana ia lebih fokus kepada seni jalanan. Jika diperhatikan, remaja dan vandalisme adalah perkara biasa. Oleh itu, tidak salah sekiranya saya mengumpul mereka (remaja) untuk mencorakkan dinding-dinding kota yang kosong dengan lukisan yang menerapkan nilai-nilai murni. Namun, semua ini akan dilsayakan dalam pengawasan yang ketat supaya kesenian itu dapat diterima masyarakat umum.

Hapuskan Isu Perkauman

Negara kita merupakan sebuah negara yang didirikan dengan pelbagai kaum. Kaum yang berlainan  mempunyai bahasa, adat resam, agama, dan budaya yang berlainan. Untuk membolehkan semua kaum boleh hidup dalam keadaan yang aman damai dan harmoni, perlulah pemimpin menumbuhkan peraturan dan undang-undang untuk hapuskan sebarang isu yang disebabkan oleh perkauman. Dan saya akan pastikan peraturan dan undang-undang itu dilaksanakan tanpa sebarang prasangka.

Kanak-kanak dan remaja membentuk sebahagian besar pendapat mereka berdasarkan pendapat ibu bapa mereka. Apa yang mereka dengar di sekeliling mereka akan mempengaruhi pengetahuan mereka terhadap isu perkauman. Sebagai seorang pemimpin, saya dapat membantu menghentikan isu perkauman dengan mengajar kanak-kanak dan remaja mengenai sejarah masalah perkauman sejak mereka belajar di sekolah.

Bermesyuarat dan Buat Perbincangan Dengan Semua Pihak

Saya akan membuat perbincangan bersama-sama dengan golongan berlainan pada waktu yang sesuai dengan sekutu dan musuh untuk berkongsi kejayaan yang kita pelajari semasa negara kita maju ke hadapan. Saya mengharapkan mereka melakukan perkara yang akan bermanfaat kepada negara ini.

Saya akan menggalakkan dan mendorong kedamaian terhadap kemarahan dan perjuangan yang sepihak kepada para pemimpin negara yang mendorong agenda egois mereka sendiri dengan cara yang betul. Saya akan menjelaskannya sambil tersenyum bahawa tingkah laku seperti ini tidak akan diterima atau ditoleransi dan saya akan berhentikan mesyuarat tersebut jika ia tidak lagi produktif.

Halang Kerajaan Menceburi Pendidikan

Tujuan sekolah awam di negara ini bukanlah untuk mendidik anak muda tetapi mengubahnya menjadi seorang yang mematuhi dengar ajar saja. Anak-anak kita hampir tidak belajar apa-apa yang berguna di sekolah.

Selain itu, terdapat banyak tingkah laku dan pembuli yang tidak teratur. Ini bukan fenomena yang hanya didapati di bandar-bandar saja tetapi ia juga muncul di pinggir atau sekolah yang berada di luar bandar dan kampung. Cara terbaik untuk melakukan adalah dengan membuang undang-undang wajib hadir atau ponteng sekolah.

Saya akan tumbuhkan pertubuhan pendidikan berdikari untuk membuat kajian atas pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak dan remaja dari umur yang berlainan. Dengan membekalkan pelajaran yang dapat bermanfaat kepada mereka.

Banyak lagi perkara yang ingin saya lsayakan jika saya pemimpin Malaysia. Namun, saya sedar untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan disegani adalah sukar kerana pemimpin itu perlu memiliki ilmu yang tinggi dan karakter yang tersendiri. Malah, pelbagai kriteria yang perlu ada bagi memastikan setiap apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.

Leave a Comment