free
hit counter

Tips Berbaik Semula Dengan Bekas Kekasih

Okay, kali ni saya akan bercakap tentang cara-cara atau tips untuk berbaik semula dengan bekas kekasih atau nama saintifiknya Ex anda.

Memang saya akui, selepas putus cinta dengan bekas kekasih, seseorang tu akan rasa benci dan kecewa dengan hidupnya.

bekas kasih

Persoalan seperti “Kenapalah aku bercinta dengan lelaki/perempuan seperti dia?” atau “Kenapalah aku terlalu bodoh mempercayai janji-janji manisnya?” dan tidak kurang juga “Aku ni orang yang tidak layak bercinta dengan sesiapa sahaja.”

Kenapa orang akan berfikiran macam tu? CINTA ITU BUTA dan kadang-kadang kebanyakan orang tak sedar bahawa kekasihnya sekarang bukan cinta sejatinya namun kerana timbul perasaan leka dan khayal bercinta, semua masalah dan beban akan datang telah dilupakan.

Jadi, selepas berpisah, pada masa itu barulah otak nak berfikir kenapa boleh bercinta dengan si polan tersebut pada permulaannya. Manusia memang tak pernah mengambil sebarang iktibar daripada kesilapan yang lepas.

Mengapa saya masih perlu berkawan dengan bekas kasih saya?
Ada beberapa alasan untuk anda mengekalkan hubungan dengan bekas kasih. Sama ada kerana anda tidak mahu mereka benar-benar hilang dari hidup anda, atau kerana mereka adalah orang yang sangat baik. Bekas kasih bukan semuanya jahat.

Okay, sekiranya tips-tips di bawah ni tak menjadi lepas anda sudah cuba untuk lakukan semua, maka maaflah saya ucapkan. Saya hanya mampu untuk memberikan idea-idea seperti ini sahaja.

1. Cuba dekati bekas kekasih anda tapi dengan cara yang lembut. Pastikan anda tidak kelihatan seperti GEDIK atau TERHEGEH-HEGEH mahukan bekas kekasih anda kembali. Misalnya, anda cuba senyum kepadanya dengan senyuman yang manis.

2. Apabila anda bersama rakan-rakan dan kebetulan bekas kekasih anda ada bersama, seboleh-bolehnya cuba cari peluang untuk berbual dengannya. Anda sebagai bekas kekasihnya mesti tahu apa topik perbualan yang dia suka.

3. Buang ego anda sejauh mungkin kerana sekiranya anda masih rasa segan dan menyimpan ego anda, terdapat kemungkinan yang besar bahawa dia akan sentiasa menjadi BEKAS KEKASIH anda. Kenyataan!

4. Jangan hantar SMS  atau mesej melalui Whatsapp kepadanya kerana dia akan menganggap bahawa anda tidak boleh hidup tanpanya. Seelok-eloknya, cuba berbual secara face-to-face terlebih dahulu sebelum menghantar SMS atau Whatsapp kepadanya.

5. Anda mungkin boleh cuba untuk menghubunginya melalui Facebook atau Twitter. Sekurang-kurangnya anda tidak kelihatan seperti teringin berbaik semula dengannya.

6. Anda boleh juga menghantar mesej melalui Whatsapp kepadanya. Tapi mesej yang anda nak hantar kali ni perlulah direka supaya kelihatan seperti anda tersalah menghantar mesej itu kepadanya! Sekiranya dia membalas mesej anda, bererti anda masih ada peluang untuk berbaik dengannya.

7. Anda boleh pertimbangkan untuk menggunakan kawan anda sebagai orang tengah. Maksudnya, anda boleh meminta pertolongan kawan anda yang juga merupakan kawan bekas kekasih anda itu. Minta supaya kawan anda berbual dengannya dan menanyakan perasaannya terhadap anda.

8. Bersikap tulus mengenai persahabatan anda. Bersedia di mana bekas kasih anda akan bertemu dengan orang lain. Sekiranya semasa persahabatan anda menyedari bahawa ia memancarkan perasaan cinta dan tarikan anda atau sebaliknya, mundur dan luangkan masa sehingga perasaan itu hilang. Bersikap optimis terhadap hubungan anda dan jangan cuba membandingkannya dengan masa lalu.

9. Jalinkan perhubungan dengan bekas kekasih anda di mana anda perlu bersikap dengan minda terbuka. Beritahunya bagaimana perasaan anda dan bagaimana anda mahu terus berkawan dengannya.

Bersedia untuk apa sahaja. Bekas kasih anda mungkin sanggup teruskan perhubungan dengan anda sebagai kawan biasa dan dia juga mungkin akan menolaknya. Sekiranya dia bersetuju, cara terbaik untuk berhubung adalah dengan melepaskan tekanan dan meluangkan masa bersama dengannya dan juga kawan-kawannya.

Sekiranya dia memberi reaksi positif, tak perlu risau, anda hanya perlu melemparkan senyuman yang manis, pasti dia akan cuba menghubungi anda.

10. Apabila anda keluar atau mempunyai pengalaman baru, ambil gambar anda yang kelihatan lebih baik dan lebih menarik. Semasa anda melakukan perkara kegemaran anda, jangan lupa untuk ambil gambar.

Anda juga boleh mengambil gambar bersama dengan rakan anda.Kemudian post gambar anda di media sosial seperti instagram atau facebook. Ini akan membantu anda menarik rakan baru juga!

Bekas kasih anda mungkin akan melihat foto-foto ini juga. Buatlah apa yang anda nikmati dan anda akan menarik lebih banyak orang yang berfikiran sama dengan anda. Bekas kasih anda mungkin juga akan menghubungi balik anda jika dia perasan anda telah berubah

Tetapi jangan anda post gambar dengan terlalu banyak dalam medial sosial. Post satu gambar dalam 2-3 hari dah cukup.

Perubahan Positif Dalam Mentaliti Anda

Menjadi orang yang bahagia dan yakin mungkin adalah perkara yang paling penting jika seseorang ingin berbaik semula dengan bekas kekasihnya.

Anda perlu menyedari bahawa kebahagiaan dan keyakinan adalah sesuatu yang dapat anda peroleh dengan membuat perusahaan atas diri sendiri.

P/s : Pastikan anda tidak kelihatan seperti orang yang terhegeh-hegeh. Okay? Saya ucapkan selamat maju jaya bagi sesiapa yang ingin berbaik semula dengan bekas kekasih.

Baca juga: Hari Kekasih dan Valentine’s Day Adalah Berbeza

Leave a Comment