free
hit counter

Keyakinan Diri – Mentol Lampu Tidak Pecah

Apa yang saya telah buat pada hari Sabtu yang lepas? Saya telah menghadiri atau lebih tepat lagi menjadi AJK untuk menjemput seorang ahli motivator untuk menghadiri ke UKM.

over-confident

Tujuan untuk jemputan ini adalah memberi ceramah kepada pelajar dalam membina keyakinan diri. Motivator yang disebutkan adalah seorang ustaz dari Hijrah Minda. Ustaz Hadi telah memberi banyak motivasi dan inspirasi kepada badan-badan kerajaan dalam usia yang muda. Bila beliau membuat ucapan awan, beliau baru sahaja berumur 26 tahun.

Ustaz Hadi nampak hensem, masih muda dan masih bujang. Maklumat mengenai ustaz Hadi ini sebenarnya saya dapat daripada kawan saya iaiti Cikgu Razali yang merupakan penulis buku, “Belajar Sedikit Tetapi Dapat Banyak”.

Apa yang membuat saya memanggilnya kerana Cikgu Razali telah bercerita mengenai modul Ustaz Hadi yang saya dapati menarik. Katanya, secara umum, sebuah mentol lampu akan pecah apabila jatuh disebabkan sifatnya yang rapuh.

Tetapi pada akhir program nanti, dengan keyakinan diri yang terbina, mentol lampu yang dijatuhkan tidak pecah. Bagaimana ini berlaku?

Saya merasakan ianya sesuatu menarik. kerana ianya sememangnya ada berkaitan dengan konsep NLP yang pernah saya dengari di mana pada akhir program peserta akan diminta untuk berjalan di atas bara api tetapi tidak cedera. Sebuah program motivasi yang diadakan oleh Anthony Robbins.

Mungkin sedikit ubahsuai dari teknik ini, disebabkan itulah mentol lampu digunakan.Lantas saya terus menghubungi beliau dan segalanya menjadi sejarah.

Pada hari tersebut, pada peringkat awalnya, pelajar ditunjukkan sebuah mentol lampu yang dijatuhkan dan kemudiannya pecah. Bertujuan untuk membuktikan mentol itu rapuh. Tetapi pada akhir program, sebaliknya akan berlaku.

Kursus bermula daripada pagi dan akhirnya tibalah saat akhir untuk menguji keberkesanan program. Terdapat 4 kumpulan kesemuannya. Kumpulan pertama bermula dengan debaran.

Namun, seperti mana yang diajari, minda perlu berfikir positif bahawa tidak ada yang mustahil. Lantas dengan slogan yang kuat, akhirnya mentol yang jatuh tidak pecah. Begitu juga dengan kumpulan kedua. Mentol juga tidak pecah.

Tetapi untuk kumpulan ketiga dan keempat sedikit malang, mentol yang dijatuhkan pecah. Dalam hati saya, mungkin disebabkan suara yang halus dan tiada getaran kuat keyakinan. (Maklumlah untuk pengetahuan, kumpulan ini terdiri daripada golongan muslimah. Ataupun mungkin ada sebab yang lain. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Walau apa-apa pun saya belajar sesuatu pada hari itu, tidak apa yang mustahil untuk dicapai. Hatta mentol lampu pun. Apa yang perlu adalah berfikiran positif. Biar tuhan membuat kerjaNya, dan kita membuat kerja kita.

Overconfident yang Terlalu Tinggi!

Selain daripada belajar bagaimana membina keyakinan diri, biar kita juga belajar sedikit mengenai ilmu kewangan. Dalam pelaburan saham terdapat juga ilmu mengenai tabiat-tabiat yang sering dibuat oleh pelabur. Subjek ini dikenali sebagai Tabiat Kewangan ataupun (Behaviour of finance). Salah satunya tabiat pelabur adalah terlalu yakin atau dalam bahasa inggris yang orang cakap ‘overconfident’.

Seringkali kita berbicara bahawakeyakinan diri adalah penting untuk kejayaan bagi seseorang. Keyakinan diri yang baik, mampu membuat seseorang itu bergerak lebih jauh berbanding dengan orang lain.

Seseorang yang kurang berkeyakinan, akan kurang menyerlah berbanding yang lain. Mempunyai keyakinan diri adalah sesuatu yang baik. Tetapi masalah bagaimanakah sebaliknya?

Adakah baik mempunyai tahap keyakinan diri yang terlalu tinggi (Overconfidence)?

Jawapannya memang tidak! Seseorang yang mempunyai keyakinan diri yang terlalu tinggi dan tidak selaras dengan sepatutnya hanya akan menyebab dia jadi kurang maju.

Bila kita terlalu yakin pada diri, kita akan tidak memikirkan hal buruk yang kemungkinan berlaku. Seperti mana dalam ‘behaviour of finance’. Seringkali pelabur  mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang sepatutnya tidak perlu. Hal ini adalah kerana mereka ‘yakin’ mereka mempunyai maklumat yang banyak dan tahu selok belok mengenai saham. Tetapi sebenarnya tidak!

Terdapat banyak kajian yang sudah dijalani oleh pelbagai professional dan sudah menunjukkan bahawa tahap keyakinan pelabur bertambah lebih banyak daripada ilmu pengetahuan. Ianya tidak selaras.

Contohnya seperti Abu merasa begitu yakin untuk melabur padahal ilmu yang diperolehi sebenarnya tidak terlalu banyak sangat. Dia sepatutnya perlu mengumpul lebih banyak lagi ilmu tentang pelaburan sebelum dia keluarkan dengan lebih banyak wang untuk melabur dalam bursa saham.

Kesannya, kadang kala Abu akan mengalami kerugian dari saham yang dia beli itu yang disebabkan oleh perkembangan tahap keyakinan diri  yang tidak selaras dengan ilmu pengetahuan yang dia ada.

Perkara yang sama juga dapat diaplikasikan dalam kehidupan. Dapatkah anda lihat kesan di mana seseorang yang mempunyai keyakinan diri yang terlalu tinggi?

Mungkin dia akan pandang rendah orang lain dan rasa cuma dia yang boleh uruskan semua hal. Mungkin keyakinan yang terlalu tinggi ini akan menjadikan ramai orang benci padanya dan tidak mahu berkawan bersama dia.

Leave a Comment