free
hit counter

Ke Mana Duit Saya Hilang

Salam motivasi dan sejahtera. Apa yang berlaku tentang semalam di mana server hosting yang saya beli daripada Sempoihosting telah down. Kesannya, ramai pembeli yang tidak dapat masuk ke page jualan ebook untuk order ebook.

duit hilang

Post yang dipaparkan di blog pun merupakan post yang lama dan bukan yang paling update punya. Tetapi apa-apa pun masalah ini berjaya diselesaikan oleh tuan punya syarikat hosting tersebut. Terima kasih Shuth kerana berjaya menyelesaikan masalah ini dalam masa 24 jam.

Hari ini tulisan saya panjang sedikit dan harap anda bersabar untuk baca. Jika ada apa-apa nak bincang boleh bagi komen ya. Kalau tak tulis pendek je lain kali. (Hehe dah pandai merajuk nampak)

Beratur di ATM CIMB di KL Sentral

Okay, ceritanya bermula seperti berikut:

Beberapa hari yang lepas, ketika saya berada di KL Sentral, lokasi yang saya berada ialah saya tunggu di depan satu mesin ATM CIMB. Saya tengah beratur untuk keluarkan duit sebab duit dalam dompet sudah habis dibelanja dan perlu diisi dengan duit yang baru.

Pada masa itu line sungguh panjang untuk hari itu. Tetapi tidaklah terlalu panjang juga. Terdapat 2 sampai 4 orang sebelum tiba giliran saya.

Saya bercadang ingin mengeluarkan sedikit duit kerana ingin membeli sesuatu barang. Duit memang tidak cukup di dompet. Jadi terpaksalah saya pergi ke mesin ATM yang berhampiran untuk mengeluarkan duit yang saya perlukan.

Sambil beratur pelbagai persoalan bermain dalam kepala saya,

“Eh! Kenapae duit aku macam semakin kurang? Kenapa aku selalu rasa duit tak cukup untuk belanja, pada hal gaji aku macam ok saja? Rasanya tidaklah boros sangat bagi saya untuk bulan ni. Kawan lain yang pakai kereta tentu lagi susah tetapi mereka macam ok saja pun. Tetapi saya pula yang rasa sesak. Adakah saya terlalu boros?”

Saya mula rasa hairan dengan diri sendiri sebab duit saya sentiasa rasa tidak mencukupi. Saya hairan kenapa kawan-kawan saya yang mendapat gaji sedemikian mampu memiliki telefon pintar yang canggih.

Malah handphone adik saya lagi mahal daripada saya walaupun dia masih lagi belajar. Bukankah ia sesuatu yang hairan di mana handphone budak universiti boleh lagi canggih daripada saya.

Saya masih lagi pakai dengan handphone yang lama. Model Samsung yang saya beli beberapa tahun yang lalu. Terasa hendak tukar untuk model yang baru, tetapi takut duit tidak mencukupi nanti untuk perbelanjaan bulan ni.

Lagi bertambah hairan, kawan saya mampu hidup dengan ok saja macam saya walaupun mereka mempunyai handphone yang canggih dan kereta yang mewah. Mereka perlu bayar atas minyak lagi. Tetapi mengapa mereka masih lagi cukup untuk perbelanjaan mereka ni? Kalau nak ikutkan saya bukan ada tanggungan pun. Kahwin pun belum. Baru sahaja bekerja selepas tamat belajar.

Ke Mana Semua Duit Yang Saya Dapat Tu Eh?

Akhirnya persoalan saya menemui jawapannya. Lantas saya kembali bertanya kepada diri mengapa saya beratur ketika itu. Saya beratur untuk mengeluarkan duit sebanyak RM30. Duit itu bertujuan untuk membeli sebuah buku yang bertajuk ‘Nota Jutawan Nota Perniagaan’ yang merupakan tulisan daripada penulis Irfan Kahiri tentang tips perniagaan.

Lantas persoalan saya terjawab semuanya. Saya akhirnya tahu ke mana sebahagin duit saya keluar dan menghilang. Duit saya hilang sebab saya melaburkannya untuk membeli buku-buku dan mengikut apa yang disaran olehnya.

Kenapa saya tidak membeli kereta lagi walaupun gaji saya rasanya cukup dan mampu bagi saya memiliki sebuah kereta?

Sebabnya saya terbaca buku Robert Kiyosaki, jangan membeli liabiliti tetapi belilah aset. Aset tersebutlah seterusnya menjana wang yang dapat digunakan untuk membeli liabiliti. Jadi saya memang mematuhi apa yang diajar oleh Robert Kiyosaki itu.

Kenapa Duit Saya Tidak Mencukupi?

Ini adalah disebabkan saya terbaca buku kewangan menyarankan untuk menyimpan 10% daripada gaji saya setiap bulan. Jadi saya terpaksa hidup dengan cuma 90% daripada gaji saya dari bulan ke bulan.

Ke mana duit saya menghilang?

Sebabnya saya membeli ebook atau buku-buku tentang pelbagai ilmu yang mampu membantu meningkatkan diri saya. Yes, akhirnya saya tahu ke mana semua duit yang saya menghilang.

Walaupun duit saya selalu tidak mencukupi untuk perbelanjaan bulanan, tetapi saya bersyukur dengan sikap boros saya membelanjakan duit tersebut. Walaupun handphone saya sudah lama digunakan, dan saya tiada kereta seperti kawan lain tetapi saya yakin duit yang saya belanja atas mendapatkan ilmu tambahan adalah berbaloi. Saya memang yakin diri dengan pelaburan yang saya buat itu. Rupa-rupanya angkara buku.

Anda bagaimana? Persoalannya hari ini ialah ke manakah duit anda menghilang? Pelaburan apa yang anda lakukan? Adakah anda belanja duit anda atas benda yang berbaloi untuk anda?

Baca juga: Cara Untuk Jimat Wang Semasa Bercinta

Leave a Comment