free
hit counter

Ke mana selepas SPM? Belajar atau bekerja?

Memandangkan sekarang musim peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), maka aku terpanggil menulis sesuatu berkaitan ini. Aku yakin, calon-calon SPM tahun ni semuanya bagus-bagus.

Kepada adik-adik yang sedang dalam mood menghadapi ‘peperangan’ dengan SPM, aku sarankan supaya terus belajar dan usaha. Ditambah pula dengan solat hajat dan doa. Aku yakin, korang boleh berjaya. Doa mak dan ayah, jangan lupa mintak.

Duduk Peperiksaan SPM
Duduk Peperiksaan SPM

Tapi di sini, aku mahu lontarkan satu soalan kepada adik-adik semua.

Ke mana anda selepas SPM? Ke kolej atau terus bekerja?

Mudah bukan soalan ini? Tapi, jawapan anda kepada soalan inilah yang menentukan masa depan anda.

Apakah jawapan anda? Adakah anda ada pertimbang untuk masuk ke tingkatan 6 juga?

Jawapan pertama : Saya mahu kerja! Saya dah penat nak belajar lagi. Dah sampai masa saya cari duit sendiri!

Baiklah. Aku bawakkan satu cerita dan contoh.

Mark Zuckerberg, Steve Jobs dan Bill Gates adalah antara bilionair yang berjaya dalam bidang masing-masing. Zuckerberg dengan legasi Facebook. Steve Jobs dengan barangan komputer Apple dan Bill Gates dengan empayar Microsoft. Ketiga-tiga mereka ini mempunyai satu persamaan secara peribadi. Ya. Mereka adalah ‘drop out’ daripada Universiti masing-masing. Bill Gates dan Zuckerberg adalah bekas pelajar Harvard dan Steve Jobs pula adalah bekas pelajar Reed College (sumber Wikipedia).

Jadi apa yang dapat anda pelajari daripada kisah ketiga-tiga billionair ini?

Mereka meninggalkan kolej untuk menjadi kaya dan berjaya seperti sekarang!

Aku tahu, ramai yang akan gunakan alasan ini untuk tidak belajar di universiti. Tapi, sekurang-kurangnya mereka bertiga masih tetap ke kolej. Cumanya, mereka tidak habiskan pengajian. Berbeza bukan? Ketika di kolej, mereka sudah menemui apakah pekerjaan yang mereka mahu lakukan, maka mereka meninggalkan kolej untuk mengejar cita-cita mereka.

Anda yang memilih untuk bekerja selepas SPM ini juga seperti mereka?

Sudah tahu ke mana arah hidup anda?

REALITI DI MALAYSIA

Malaysia bukanlah seperti USA dari segi sistem pendidikan dan juga budaya. Budaya di Malaysia tidaklah sama dengan di USA. Sedikit pandangan aku mengenai mereka yang mahu terus bekerja sejurus tamat SPM.

Akan ada 2 kesusahan jika tidak menyambung pelajaran di Malaysia ini.

1. Kenaikan pangkat

Ada segelintir kawan-kawan aku yang terus bekerja selepas SPM atau memiliki Sijil, menghadapi masalah ini. Kerja sudah bertahun, tapi kenaikan pangkat tak dapat. Sebabnya? Dia tak memiliki tahap pelajaran yang dikehendaki untuk pangkat yang dihajati. Maka, rakan-rakan aku ini terpaksa sambung belajar demi kenaikan pangkat oleh majikan mereka. Dan mereka akui, menyesal tidak sambung belajar selepas tamat SPM dahulu.

Jadi..anda…

Masih tak mahu ke kolej?

2. Mencari jodoh

Bilangan perempuan kat kolej-kolej makin meningkat. Apa tandanya tu? Lelaki juga perlu ke kolej! Untuk apa? Untuk menjadi setaraf dengan si hawa idaman anda. Hujah “Cinta tak mengenal pangkat dan harta” boleh simpan dan humban jauh-jauh. Jadikan diri anda terpelajar, kemudian teruskan bercinta. Sebagai lelaki, kita perlu lebih hebat daripada perempuan. Mungkin si dia boleh terima. Tapi, keluarga si dia? Bagaimana pula?

Masih tak mahu ke kolej?

Well. Too bad.

Jawapan kedua : ‘Saya mahu ke kolej! Saya mahu menjadi terpelajar dan berjaya!’

Jika ini jawapan anda, aku ucapkan tahniah. Anda memilih jalan yang betul. Apapun pilihan anda selepas SPM, sambung belajar adalah pilihan yang paling tepat. Ya. Paling tepat berbanding pilihan yang lain.

Seperti 3 orang bilionair yang aku sebutkan tadi, mereka bekas penuntut universiti. Bezanya, cuma mereka tak tamatkan pengajian. Di Harvard contohnya, mereka tak sasarkan melahirkan pelajar yang mahu makan gaji sahaja. Mereka membangunkan sistem pendidikan yang mampu menjadikan pelajar-pelajar mereka majikan selepas tamat pembelajaran. Atas dasar ini, ramai lepasan Harvard menjadi berjaya. Jika anda ke kolej atau universiti, dan sudah menjumpai pasaran kerja yang baru untuk diterokai, maka anda dipersilakan keluar daripada sisitem pendidikan dan menjadi berjaya seperti mereka. Tapi jika anda masih tak menjumpai ke mana arah tujuan anda jika keluar daripada kolej, maka sila teruskan pengajian anda.

Ada rakan blogger aku yang sekarang menjadi berjaya dalam bisnes networking dan dunia blogging. Mr. R. Ramai blogger yang pasti kenal dengan Mr. R. Ditanya mengapa Mr. R memilih untuk menjadi Internet Marketer dan blogging, Mr. R menjawab dia mendapat idea tersebut sewaktu di kolej swasta dahulu hasil daripada perbincangan dengan rakan-rakan sekelas ketika itu. Dan Mr. R tidak pernah rasa menyesal dengan keputusan ke kolej. Jika tidak kerana kehidupan kolej, tak mungkin dia dapat menjumpai kehidupan seperti sekarang. Tak kurang juga ada rakan-rakan yang lain yang berjaya dengan bisnes online mereka. Hasil daripada jaringan kenalan di kolej.

Di kolej dan universiti adalah tempat yang terbaik anda untuk membina jaringan (network) kenalan. Di universiti adalah mudah untuk mengumpulkan pelajar dan juga manusia yang pelbagai kerenah. Dengan jaringan kenalan inilah yang membantu mengembangkan pemikiran anda.

Setiap orang lain perwatakan dan lain cara pemikiran. Dengan bergaul dengan mereka-mereka yang benar-benar kreatif dan positif, anda pasti dapat menjana sesuatu yang unik dan baru dalam pemikiran dan diri anda.

Percayalah, silalah ke kolej dan sambung pelajaran anda. Jadilah terpelajar dan berjaya. Aku yakin. Inilah jalan yang terbaik bagi setiap orang. Pendidikan adalah jalan keluar bagi mereka yang dalam kesusahan lebih-lebih lagi bagi mereka yang berasal daripada keluarga yang susah.

Dan pendidikan juga adalah jalan terbaik mengembangkan pemikiran anda untuk terus berjaya.

Jadilah terpelajar.

Marilah menjadikan Malaysia ini maju ke hadapan. Andalah harapan bangsa dan negara.

P/s: Mr. R tu bukan nama sebenar. Mihmihmihmih

Baca juga:

Leave a Comment