free
hit counter

Kelebihan dan Kelemahan Masuk Tingkatan 6

Sekiranya anda ingin mendapat kelayakan kemasukan ke program ijazah tempatan dan antarabangsa, serta peluang untuk menyertai perkhidmatan awam, maka anda perlu pertimbangkan untuk pilih lanjut ke Tingkatan 6. Ia merupakan pelajaran yang ditawarkan kepada lepasan sekolah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan di sekolah-sekolah di seluruh negara.

Bagaimanapun, ada juga pelajar yang ingat masuk ke Tingkatan 6 bukan apa yang mereka ingin dan mereka akan pilih untuk melanjutkan pelajaran dengan masuk ke kolej swasta. Adakah anda juga menghadapi masalah sama ada nak masuk ke Tingkatan 6 atau pilih kolej lain untuk belajar?

tingkatan 6

Di sini ada senarai kebaikan dan keburukan tentang masuk ke Tingakatan 6 yang boleh anda rujukkan dan mungkin ia dapat membantu anda untuk membuat keputusan.

Kebaikan

1. Pelajaran adalah percuma

Saya terkejut kerana terdapat saudara dan kawan-kawan saya tidak mengetahui bahawa belajar di Tingkatan 6 adalah percuma. Pendidikan ini diberikan oleh kerajaan secara percuma untuk semua pelajar rakyat Malaysia. Anda langsung tidak perlu membayar yuran peperiksaan.

Anda cuma perlu buat sikit bayaran untuk yuran sekolah, beli buku dan pakaian seragam. Sekiranya anda pilih untuk belajar di kolej, anda akan perlu bayar lebih dari RM10,000 untuk pelajaran. Ini boleh jadi beban untuk kebanyakan ibu bapa yang bukan berpendapatan banyak.

Di samping itu, anda juga perlu membayar pelbagai yuran dan caj yang dikenakan. Walaupun kebanyakan kolej ada tawarkan biasiswa dan pengecualian untuk sebilangan pelajar, tetapi bukan senang untuk anda dapatkan.

2. Ia Diiktiraf Secara Luas

STPM diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa sebagai kelayakan pra-universiti. Sebilangan besar subjek mempunyai komponen School-Based Assessment (SBA). Kerja projek sekolah, kajian lapangan dan kerja praktikal akan membantu menyumbang ke tahap pengukuran kelulusan untuk markah dan keputusan.

3. Beri penyediaan untuk anda masuk ke universiti

Anda mungkin boleh mengatakan bahawa majoriti program pra universiti lain macam lebih baik, tetapi saya merasakan bahawa STPM merupakan pilihan yang amat baik juga. Kenapa? Izinkan saya meluangkan masa untuk menerangkan kepada pelajar yang masih bersekolah di sekolah menengah.

Sekiranya anda menganggap SPM sukar untuk lulus, maka STPM akan jadi lebih sukar untuk anda luluskan. Pendidikan sekolah menengah pada dasarnya cikgu-cikgu akan memberi anda pengetahuan dan soalan-soalan mengenai SPM itu secara langsung tanpa perlu anda fikir dengan banyak. Tetapi pendidikan di Tingkatan 6 memerlukan anda mempunyai pemikiran kritis. Terutama dalam STPM yang gemar mengemukakan soalan dengan implikasi tersembunyi di mana anda perlu menghabiskan lebih banyak masa untuk memikirkan kehendak soalan daripada menjawab soalan tersebut.

4. Beri masa untuk anda buat keputusan

Sekiranya anda masih tidak tahu apa yang anda mahukan, dan anda masih fikir tentang apa pelajaran yang anda ingin melanjut, maka boleh anda pilih untuk belajar di Tingkatan 6 dulu. Ia dapat memberikan anda masa untuk fikir tentang apa pelajaran yang ingin anda belajar.

Seorang pelajar akan menjadi lebih matang di Tingkatan 6. Ini mungkin akan membantu anda sedar apa yang sebenarnya anda minat. Sekiranya anda belajar separuh jalan di aliran sains baru anda insaf bahawa anda lebih gemar untuk bisnes, maka anda masih berpeluang untuk tukar haluan.

5. Mempunyai tekanan rakan sebaya untuk mendorong anda

Satu kebaikan untuk belajar di Tingkatan 6 adalah anda dapat belajar untuk menyesuaikan diri dengan kesukaran dengan lebih cepat. Kehidupan universiti kemudian akan jadi lebih mudah.

Jika anda seorang pemalas, boleh anda pertimbangkan untuk masuk ke Tingkatan 6. Tekanan rakan sebaya dan sukatan pelajaran yang panjang akan membuat anda jadi rajin, kecuali jika anda kebal terhadapnya. Boleh anda anggapkan kehidupan belajar di Tingkatan 6 sebagai satu latihan peningkatan diri anda.

6. Ijazah untuk tahun pertama adalah sangat senang

Pilihan untuk mengambil jalan yang lebih riang rendah dengan pergi ke kolej nampaknya lebih menarik bagi seorang pelajar muda yang sudah melalui 11 tahun dalam kehidupan sekolah.

Akan tetapi, berita baik untuk belajar di Tingakatan 6 adalah bukan semua masa yang dihabiskan adalah bersia-sia. Salah satu sebab bagi pelajar lebih sukar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM adalah kerana pelajaran memerlukan pelajar jadi lebih analitis.

Oleh itu, anda boleh mempersiapkan diri anda dengan lengkap untuk memperoleh ijazah anda. Ini adalah sesuatu yang bagus kerana anda akan sangat bersedia sehingga tahun pertama ijazah anda mungkin terasa seperti tahun bulan madu. Sementara rakan-rakan anda yang tidak belajar dengan rajin mungkin perlu berusaha keras untuk mengejar pelajaran.

Kelemahan

1. Anda mungkin tidak mendapat kursus yang anda mahukan

Sekiranya anda memilih IPTA (universiti awam tempatan), keputusan STPM anda pasti sangat baik terutamanya jika anda ingin mendapat kursus yang mempunyai permintaan tinggi seperti perubatan, farmasi, undang-undang, pergigian, kejuruteraan. Dan juga jika anda mahu masuk ke IPTA yang lebih baik dan popular.

IPTA lebih sukar untuk masuk adalah disebabkan anda akan bersaing dengan lulusan Matrikulasi Tempatan yang lebih mudah, sehingga banyak pelajar dapat memperolehi.

2. Kewajipan diperlukan

Anda perlu mengambil bahagian dalam semua aktiviti sekolah dan rancangan kerajaan. Kadang-kadang acktiviti-ackitivi dan rancangan yang perlu anda ambil bahagian adalah sangat bosan punya, Tetapi anda tidak ada pilih dan ia adalah wajib untuk anda hadir.

3. Boleh menjadi sangat tertekan

Melangkah ke tingkatan 6 boleh menjadi sesuatu tekanan dalam kehidupan seharian anda. Anda mesti menghadapi dengan banyak pelajaran dan banyak ulang kaji yang diperlukan untuk anda dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM, Kecuali jika anda adalah seorang pelajar yang sangat genius yang tidak perlu banyak buat ulang kaji tetapi masih boleh dapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.

4. Tuisyen diperlukan sekiranya anda tidak dapat mengikuti pelajaran di sekolah

Buku teks dan rujukan bukan banyak sangat bila belajar di Tingkatan 6. Anda mungkin perlukan pergi tuisyen tambahan jika anda lemah dalam apa-apa subjek. Dan tuisyen untuk STPM adalah lebih sukar untuk dicari berbanding tuisyen SPM. Konsep yang anda pelajari juga sangat cepat untuk dilupakan kerana kebanyakannya terlalu mendalam untuk dihafalkan.

5. Boleh menjadi sesuatu yang menderita

Anda mungkin rasa menderita pada awal peringkat (seperti A-Level), tetapi secara beransur-ansur akan menjadi baik. MIsalnya Biologi mengimport beberapa konsep dari bab belakang ke bab pertama, anda akan sukar untuk memahami pada mulanya. Mendapat A dalam STPM bukan senang seperti SPM. Jangan anda letak harapan terlalu tinggi untuk dapatkan A. Asalkan anda hafalkan apa yang anda belajar sudah cukup.

Nasihat Yang Diberikan

-Beli lebih banyak buku rujukan dan mula baca. Buku-buku ini benar-benar dapat membantu jika anda terus membaca dengan berulang kali. Anda mesti memahami konsep yang ingin disampaikan.

– seimbangkan tekanan dengan sukan atau hobi anda. Cuba elakkan permainan komputer sebab ia akan mengalihkan perhatian dan ingatan anda. Cara yang paling baik untuk relaks minda anda adalah dengar muzik ringan.

Boleh pertimbangkan untuk ambil 4 mata pelajaran jika anda yakin dengan apa yang anda mahukan, Macam ini ia jadi lebih terkawal.

Kesimpulan

Masuk ke Tingkatan 6 bukan begitu sukar jika anda mendapat maklumat yang mencukupi tentang kemasukan IPTA dan IPTS. Standardnya juga telah turun berbanding dengan dulu. Anda dicadangkan untuk masuk ke Tingkatan 6 sekiranya anda mahukan kehidupan universiti yang lebih mudah. Sebab anda sudah menyesuaikan diri dengan keadaan pembelajaran yang keras terlebih dahulu sebelum masuk ke universiti.

Baca juga:

Leave a Comment