free
hit counter

Peer Pressure – Tekanan Rakan Sebaya

Peer pressure Memang Sampai Mati

Saya ingin menulis sesuatu berkenaan peer pressure atau dalam bahasa melayunya tekanan rakan sebaya. Saya nak mulakan dengan contoh sewaktu saya masuk belajar di darjah 1, saya ingat lagi ketika mana hari pertama masuk sekolah, abah belikan beg thundercat, tapi bila ada kawan tunjukkan beg mereka beg askar, mulalah rasa beg thundercat tu sudah tak best, maklumlah waktu tu filem berkaitan tentera ni memang menjadi ‘hit’ pada waktu itu.

peer pressure

Masuk darjah 4, sibuk nak ada rakan sekelas untuk diminati, waktu itu rakan sekelas paling comel bernama Juliana, since ada seorang kawan dah ‘chop’ Juliana, yang lain pun sibuk nak ada rakan sekelas untuk minat juga.

Waktu itu saya memilih seorang anak cikgu bernama Siti Hafiza. Kelakar bila dikenang, ni semua adalah dari pengaruh rakan sebaya, kalau tak ada kawan yang mula nak minat budak perempuan tu, tak adalah saya nak minat Siti Hafiza tu.

Cukuplah contoh ‘peer pressure’ zaman saya sekolah dulu. Sebenarnya sekarang dan hingga akhir hayat kita akan berhadapan dengan situasi ‘peer pressure’. Di sini saya senaraikan lagi beberapa contoh yang kita alami sepanjang perjalanan hidup kita.

  1. Jiran pakai kereta cantik baru dengan harga yang mahal.
  2. Kakak sudah beli set home theater lengkap dengan 42 inci LED TV.
  3. Rakan sekerja beli smartphone yang paling baru.
  4. Majlis Kenduri kahwin yang mewah.
  5. Kawan sekolah sudah bawa motor pergi sekolah dan pandai bawa style ‘Superman’.
  6. Kawan-kawan sudah mula hisap rokok.
  7. Majlis hari jadi yang ada tema dan best.
  8. Kawan serumah beli barangan berjenama yang mahal.
  9. Kawan lain sudah ada awek.
  10. Kawan sudah beli motor, senang nak pegi kuliah dan bonceng awek.

Sepanjang hidup ni memang peer pressure akan berlaku. Dalam hal ini terpulanglah kepada kita bagaimana kita nak mengawalnya terutama sekali yang berkaitan dengan pembelian liability seperti kereta dan juga smartphone.

Smartphone sebagai contoh kena subscribe data plan sekali, sebulan sahaja sudah sampai RM 100. Sama juga dengan ‘peer pressure’ jiran yang renovate rumah dan juga miliki perabot yang mahal dan cantik, kalau kita nak milikinya, ini bermaknya kita perlu membelanjakan wang kita untuk membelinya. Atau lebih kronik lagi, berhutang.

Tidak Perlu Ikut Orang Lain

Dalam hal ini, kita tidak semestinya tunduk kepada peer pressure ini, kerana kitalah penentu bagaimana kita membelanjakan wang yang kita miliki.

Kita perlu tahu kedudukan kewangan, budget kita sebelum kita membeli sesuatu. Untuk mereka yang memberikan kita ‘peer pressure’ tu, let them be. Pedulikan, selagi mana kita tahu apa yang kita buat. Jadilah seperti ikan, biar hidup dan bernafas dan lautan yang masin, isinya tetap tak masin.

Peer Pressure Ada Baiknya Juga

Sebagaimana dinyatakan di atas, peer pressure pun juga ada baiknya. Saya bagi contoh yang berkaitan dengan diri saya sendiri. Ianya berkaitan kejayaan dalam pelajaran.

Ianya bermula dengan kakak saya sendiri yang berjaya melanjutkan tingkatan 4 di MRSM balik pulau. Di situlah kami adik beradik merasakan yang kami juga perlu sama berjaya macam kakak sulung saya juga.

Atas itu, saya dan kakak saya yang 2 orang lagi, belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Saya sendiri telah berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, Sekolah Raja Tun Azlan Shah selepas tamat UPSR.

Bila dikenang semula, dorongan dan motivasi untuk berjaya itu datang dari kakak saya yang telah berjaya. Saya membayangkan kalaulah kakak saya tidak memberikan ‘peer pressure’ untuk berjaya, rasanya saya mungkin berhadapan dengan ‘peer pressure’ untuk merokok, merempit mahupun meragut.

Beralih di zaman tinggal bekerja bujang, saat mula-mula pegang duit hasil kerja, saya akui, yang saya mula berminat untuk membeli hartanah apabila seorang rakan serumah pada ketika itu sudah membeli sebuah rumah dan dalam pencarian rumah keduanya.

Rasanya kalau saya tinggal dengan rakan serumah yang tidak menjaga perbelanjaan mereka dan hanya tahu menhabiskan wang, mungkin saya turut sama nak jadi macam mereka.

Di sini timbulnya ‘peer pressure’ bila kawan sebilik sudah beli rumah, saya akui saya cemburu dan memulakan pencarian rumah pertama saya disebabkan itu.

Nak dijadikan cerita, kawan saya itulah yang memberitahu saya yang ada satu projek perumahan sedang dijual. Jadi saya pun terus membuat pembelian pertama rumah saya. Perasaan waktu itu memang menarik mengingatkan yang saya telah membeli aset pertama saya.

Begitulah juga untuk kehidupan kita, sebagaimana kita ‘admire’ seseorang itu berjaya menguruskan wang dengan baik, berjaya dalam perniagaan, berjaya dalam blogging, berjaya sembahyang subuh berjemaah, berjaya membesarkan anak dengan baik, berjaya memakai superbike dengan separuh dari pasif income mereka, berjaya merancang wang sehingga mampu membawa seisi keluarga ke percutian luar negara selang setahun bermula usia 37 dan membiayai sepenuhnya pembinaan sebuah surau, kita patut merasakan ‘peer pressure’ itu dan berusaha untuk menjadi sama sebagaimana mereka.

 

p/s: setiap kali berlaku situasi ‘peer pressure’, saya akan berkata dalam hati ‘tak kisahlah nak pakai smartphone paling baru, adakah mereka sudah menyimpan untuk hartanah pertama mereka?’

Leave a Comment