free
hit counter

Gembira Sementara Paling Membunuh

Perkataan bunuh adalah satu perkataan yang agak keras, tapi apa yang saya nak perihalkan dalam blog entry ni ialah bagaimana sesuatu kegembiraan sementara yang kita nikmati mempunyai implikasi yang MEMBUNUH kita di kemudian hari. Perkataan yg lembut sikit ialah menyusahkan. Di sini boleh saya berikan sikit contoh yang berkenaan.

gembira bazir wang

1. Mengadakan kenduri perkahwinan yang sangat grand. Tetapi kegembiraannya cuma dapat kekal untuk satu hari saja. Tak kiralah berhutang atau pakai wang tunai, kekal leaps tu kita masih tiada duit seperti sebelum perkahwinan.

2. Beli kereta yang mewah dengan harga yang mahal yang kononnya sama dengan status selaku engineer. Mungkin boleh rasa gembira untuk satu tahun saja sebab bila kereta itu cukup 1 tahun kena buat full servis, kena bayar roadtax dan insuran baru. Kena pula nak berkahwin, lagi la pening nak cari duit.

3. Beli superbike dengan membuat installment setiap bulan untuk RM 800. Mungkin pada peringkat awalnya rasa macam best sangat boleh beli superbike yang bukan ramai orang mampu kena pula superbike kena curi, atau lagi teruk kena accident, tak ke kegembiraan tu sekejap. Even nak bayar installment pun susah kalau duit setiap bulan cuma cukup untuk perbelanjaan bulanan saja.

4. Berzina dengan pelacur, rasa gembira untuk waktu sekejap. Alih-alih menjangkiti penyakit HIV, seumur hidup sudak dirosakkan.

5. Menipu orang lain, pinjam duit dari along dan tidak mampu untuk bayar balik. Pada masa dapat duit dan gunanya memang rasa best sekali. Tapi bila masa tak bayar silap-silap kaki pukul datang kutip duit. Tak mampu bayar akibatnya kena belasah!

6. Sakan travel oversea, sudah umur 30 sebarang wang simpanan atau apa-apa pun tak ada. Mak minta dana nak pergi haji tak boleh nak bagi, kan segan dengan adik beradik lain.

7. Seronok swipe kad kredit, beli designer cloth dan pergi shopping setiap hari. Tidak lama kemudian tak sempat 5 tahun dah diishtihar muflis dan blacklisted oleh semua bank.

Saya memang ada banyak kawan-kawan yang hidup macam tu. Dulu pakai kad kredit sampai 2-3 keping. Bila ada kad, pergi berseronok dengan swipe kad di sana dan sini. Dengan cepatnya semua kad sudah pakai sampai habis limit. Lepas tu bulan-bulan duduk mengeluh hutang keliling pinggang.

There you have it, kita kena bersedia in case kita dapat hidup dengan lama. Jadi masa kita boleh menjana duit dan boleh simpan, baiklah tahankan nafsu dan kehendak untuk berseronok, berbangga dan bermegah.

Biasanya orang yang kelihatan tak kaya ni yang sebenarnya terdapat banyak duit dan begitulah sebaliknya. Apapun saya sekadar berkongsi apa yang saya rasakan perlu selebihnya persoalan pilihan, tapi bila susah tu datang nanti, mungkin saudara pun tak mengaku saudara dan kawan pun tak mengaku.

Pokok pangkal kena berbelanja ikut kemampuan dan buat saving/investment seawal mungkin apabila kita masih dapat simpan duit. Jadi mula simpan duit dari umur semasa anda mula bekerja baru boleh anda mempunyai duit simpanan untuk membuat pelaburan pada sesuatu yang boleh memberikan kadar faedah yang lumayan untuk anda.

Adalah baik untuk anda buat bajet supaya ketahui terdapat berapa banyak duit yang anda boleh belanjakan duit gaji anda dan berapa boleh anda simpan dalam sebulan sampai setahun.

Pada saya, kita boleh buat pelaburan untuk masa panjang contohnya untuk 5 tahun. Lepas labur untuk 5 tahun, kita boleh tuai sikit sambil semai, lepas tu tuai lagi sikit selepas 5 tahun, tuai maksud beli sesuatu yang anda ingin atau pergi melancong.

Leave a Comment