free
hit counter

Sekolah Rendah Cina Menjadi Pilihan Utama Semua Bangsa

Menurut data terbaru dari Kementerian Pendidikan, peratusan pelajar bukan Cina yang belajar di sekolah rendah Cina telah meningkat dalam sepuluh tahun kebelakangan ini, tetapi peratusan untuk pelajar Cina pula berkurang hampir 8%.

sekolah rendah cina

Trend ini telah lama ditelusuri, dan sebab utama adalah penurunan kadar kesuburan orang Cina. Menurut Laporan Banci Nasional 2010, orang Cina adalah kumpulan etnik yang mempunyai penurunan kadar kesuburannya yang paling banyak, dari 2.6% pada tahun 2000 sampai menjadi 1.5% pada tahun 2010. Oleh kerana populasi Cina telah menurun, jumlah sekolah rendah Cina secara semula jadi juga menurun.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, gaya hidup orang Cina pada umumnya telah berubah, dan nilai-nilai membesarkan anak-anak juga telah berubah. Generasi muda menganjurkan untuk menjadi bujang, atau berkahwin lewat.

Ada sesetengah daripada mereka yang mempunyai pendapatan yang rendah dan tidak mampu untuk berumahtangga. Ada juga keluarga yang bimbang dengan beban hidup yang berat setelah berkahwin, dan memilih untuk mengurangkan kelahiran.

Walaupun terdapat beberapa kumpulan Cina telah menawarkan ganjaran untuk mendorong lebih banyak anak keturunan Cina, tetapi sambutannya agak dingin. Masalah mempunyai anak adalah pilihan peribadi, dan penurunan kadar kelahiran juga merupakan trend untuk zaman ini yang tidak dapat dielakkan.

Perkembangan Pesat Sekolah Antarabangsa dan Swasta

Sekolah antarabangsa dan swasta telah berkembang dalam bidang pendidikan dengan pesat buat beberapa tahun ini juga. Data menunjukkan bahawa ibu bapa Cina yang tidak menghadapi beban kewangan dapat menghantar anak mereka ke sekolah antarabangsa dan swasta.

Trend ini semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ini juga merupakan antara sebab yang mengakibatkan penurunan pelajar Cina di sekolah rendah Cina.

Antara sebab-sebab mengapa ibu bapa memilih sekolah antarabangsa atau swasta adalah mereka tidak berpuas hati dengan dasar pendidikan kerajaan yang berubah dari hari ke hari, sekolah kerajaan terlalu fokus pada peperiksaan, gaya pembelajaran sekolah antarabangsa yang bebas, pengambilan berat pada pengajaran Bahasa Inggeris, dan tidak mengabaikan pendidikan Cina dan Melayu. Semua sebab ni sudah dapat menarik minat pelajar tertentu.

Melayu Sudah Sedar Tentang Kepentingan Bahasa Cina

Rakan Melayu yang berpandangan jauh menyedari betapa pentingnya multibahasa, terutamanya bahasa Cina. Pada masa yang sama, kebanyakan daripada mereka juga mula terima konsep Cina yang mementingkan pendidikan anak-anak.

Sudah tentu, sekolah rendah Cina mempunyai semangat sekolah yang baik dan sikap pengajaran guru yang serius, yang sangat membantu dalam membentuk perkembangan keperibadian anak-anak untuk masa depan. Jadi, tidak hairanlah semakin banyak golongan Melayu yang memilih untuk hantar anak-anak belajar di sekolah rendah Cina.

Trend Yang Baik dan Maju

Dengan lebih ramai ibu bapa dari masyarakat Melayu memilih untuk hantar anak-anak mereka untuk belajar di sekolah rendah Cina, ia akan dapat membantu mematahkan pemikiran keras kepala terhadap etnik dan chauvinis pendidikan.

Pada masa yang sama, ia juga dapat mencegah kehancuran dan kerosakkan yang dilakukan oleh sebilangan ahli politik untuk menimbulkan isu perkauman. Kewujudan sekolah rendah Cina sebenarnya tidak menghalang perpaduan rakyat, sebaliknya, ia dapat menjadi sebuah jambatan antara etnik yang berlainan.

Sekolah rendah Cina sama dengan sekolah rendah Kebangsaan saja. Pelajar dari semua etnik dapat berkomunikasi secara harmoni di sekolah dan saling belajar mengenai kehormatan, toleransi dan persahabatan. Di sekolah rendah Cina, pelajar dari semua etnik dilayan sama tanpa prejudis. Budaya, agama dan adat masing-masing dapat dihormati oleh sekolah.

Kebersamaan sekolah dengan pelbagai sumber adalah kelebihan utama untuk negara kita. Sekolah dari pelbagai sumber saling bersaing untuk membantu meningkatkan tahap dan kualiti pendidikan negara kita. Ibu bapa untuk semua etnik boleh memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang diingini mengikut keperluan dan konsep pendidikan mereka sendiri.

Kuncinya ialah kerajaan mesti berusaha sebaik mungkin untuk mengekalkan ciri sekolah dengan pelbagai sumber, memperlakukan dan memperkuat sekolah dari semua sumber dengan adil, agar semua etnik dapat menikmati sumber pendidikan nasional yang sama.

Di bawah sistem pendidikan kebangsaan, kelebihan terbesar untuk sekolah rendah Cina ialah ia masih menikmati tahap autonomi tertentu, terutama dalam meningkatkan kualiti pendidikan. Selagi setiap orang mempunyai tujuan yang sama dan bekerjasama, sekolah rendah Cina masih boleh menjadi pilihan pertama dari semua etnik.

Leave a Comment